Rabu, 30 Oktober 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Henti Jadikan Peruntukan dan Bantuan Pendidikan Projek Segera Untuk Raih Undi Pilihanraya

Posted: 30 Oct 2013 08:37 PM PDT

Kenyataan Media
YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas

Henti Jadikan Peruntukan dan Bantuan Pendidikan Projek Segera Untuk Raih Undi Pilihanraya

Pendidikan sepatutnya tidak dipolitikkan apatah lagi dijadikan modal untuk meraih undi ketika pilihanraya. Namun, perkara tersebut terus berlaku akibat kerakusan dan ketamakan kuasa oleh Barisan Nasional tanpa mengambil kira kesan jangka panjang akibat tindakan yang diambil.

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.25 juta untuk sekolah-sekolah Cina di sekitar kawasan DUN Sungai Limau. Tindakan mengumumkan projek segera untuk meraih undi tatkala hari mengundi menjelang beberapa hari sahaja lagi boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang amat terdesak.

Perkara yang sama turut berlaku sebelum ini, kaum Cina dan India terutamanya digula-gulakan dengan janji-janji bantuan pendidikan setiap kali adanya pilihanraya. Adakah peruntukan dan bantuan pendidikan hanya diumumkan ketika Barisan Nasional mahu memenangi sesuatu pilihanraya dan mendapat sokongan rakyat sahaja?

Saya pasti rakyat secara umumnya dan pendundi khasnya telah maklum dan matang dengan taktik memancing undi dengan menabur segala projek segera oleh Barisan Nasional. Namun dengan menjadikan pendidikan sebagai projek segera menunjukkan bahawa Barisan Nasional yang menerajui Kerajaan Pusat mengambil enteng tentang hala tuju pendidikan negara.

Keadaan ini adalah sangat membimbangkan dan tidak hairanlah  risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar. Ini terbukti melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu yang dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk PISA 2009, kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara, iaitu dibawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 juga gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains. Sepatutnya Kerajaan Pusat sedar dengan risiko jurang ini dan mengambil langkah berhemah dalam memastikan hala tuju pendidikan negara namun tetap meneruskan pendidikan sebagai projek segera mereka.

Sebarang peruntukan dan pembangunan melibatkan pendidikan seharusnya mengambil kira bukan sahaja matlamat jangka pendek malah matlamat dan kesan jangka masa panjang. Perlu mengambil kira semua peringkat umur serta menyediakan lepasan sekolah dengan kemahiran tinggi serta kemahiran teknikal untuk mewujudkan tenaga kerja mahir yang bakal menerajui negara nanti. 

Saya juga berharap Kerajaan Negeri Selangor melihat apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang menerajui Kerajaan Pusat dalam isu menjadikan pendidikan ini sebagai projek segera ini sebagai satu sempadan. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor yang akan datang ini saya berharap pembangunan pendidikan mengambil kira semua peringkat umur, keperluan semua jenis sekolah serta  matlamat jangka panjang menyediakan generasi pekerja mahir.

Menjadikan pendidikan sebagai projek segera meraih undi pada pilihanraya perlu dihentikan dengan segera dan perlu fokus kepada perancangan yang teliti untuk kehendak sebenar.    

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
ADUN SERI ANDALAS

31 OKTOBER 2013

Menghadiri Pembukaan Restoran di Kajang

Posted: 30 Oct 2013 05:46 PM PDT

Bersama YB Gobind Singh Deo pada satu majlis pembukaan sebuah restoran di Kajang pada malam 30 Oktober 2013.




Lawatan dan Serahan Hamper Deepavali di Taman Indah

Posted: 30 Oct 2013 05:36 PM PDT

YB Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Kampung, Tuan Haji Ismail meluangkan masa melawat seorang penduduk di Taman Indah, Klang yang memerlukan bantuan pada 28 Oktober lepas. Pada lawatan tersebut, YB Dr Xavier telah menyerahkan sumbangan hamper kepada Encik Ramakrishnan.



PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Kongres Nasional Khas KEADILAN 24 November

Posted: 29 Oct 2013 09:12 PM PDT

PETALING JAYA 29 OKT: KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Khas 2013 pada 24 November ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di Shah Alam.
Kongres
"Kongres itu nanti bakal dihadiri 2000 perwakilan seluruh negara termasuk Sabah Sarawak dan tetamu jemputan," kata pemangku Setiausaha Agung, Tian Chua yang juga Naib Presiden parti.

Turut sama pada sidang media itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datin Paduka Tan Yee Kew dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan parti, Hanif Mahmud Pathi.
Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil yang ditemui sebelum itu berkata, matlamat Kongres tersebut untuk membentang dan meluluskan beberapa pindaan dalam perlembagaan parti.
Menurutnya, pindaan tersebut akan memberi kesan kepada proses pemilihan parti kali ini.
Fahmi berkata, antara cadangan yang hangat dan hebat dibincangkan ialah pindaan jumlah undi untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Kongres
"Kalau sebelum ini seorang ahli boleh memilih 20 nama calon tetapi cadangan sekarang adalah meminda kepada lima nama sahaja untuk memudahkan proses pengiraan undi dan ia sedang dipertimbangkan.

"Beberapa maklumat berhubung pindaan lain akan kita maklumkan kemudian," katanya yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Mengulas berhubung perkembangan pemilihan pimpinan KEADILAN, Fahmi berkata, pemilihan tersebut akan diadakan antara April atau Mei tahun hadapan.
"Kaedah pemilihan di peringkat cabang dan pusat juga akan berlaku perubahan di mana pemilihan akan diadakan sekali untuk menjimatkan masa dan tenaga berbanding sebelum ini dibuat secara berasingan," jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56436

Gaji pegawai kanan JPM melampau, subsidi rakyat dipotong

Posted: 29 Oct 2013 09:11 PM PDT

KUALA LUMPUR 29 OKT: Tidak wajar gaji terlalu tinggi dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Minyak naik
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak dalam bajetnya baru-baru ini.

"Najib harus ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam.
Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion.
"Pada 1 Oktober lalu, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000).
"CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000).
"CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.
"Gaji bulanan semua CEO ini lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara bergaji sebulan hanya RM23,577," katanya.
Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.
"Contohnya, gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan, Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum RM31,600 sebulan.
"Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan," katanya.
Ong turut mendesak Najib menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56443

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


HEBAT! HEBAT! PERKATAAN KERAMAT YANG SERING DI FIKIRKAN PESERTA USAHAWAN DI BUKIT SENTOSA

Posted: 29 Oct 2013 10:29 AM PDT