Selasa, 16 Julai 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Menyertai PAS dan meneruskan usaha membela peneroka Felda melalui PAS

Posted: 16 Jul 2013 08:06 PM PDT

Semua saya lakukan untuk pembelaan terhadap peneroka Felda adalah diatas keinsafan dan kesedaran saya sendiri, dan saya merasakan pembelaan seperti itu tidak mendatangkan apa-apa hasil, dan selepas saya menyertai PAS saya bawa perjuangan itu melalui PAS.  Apabila saya buat melalui PAS saya sedari bahawa permohonan untuk saya pergi ke rancangan-rancangan Felda menjadi begitu rancak, dan menjadi perhatian besar daripada Felda dan UMNO.

Felda merasakan amat tertekan kerana apa yang saya perjuangkan itu mendapat sokongan daripada peneroka-peneroka.  Ramai peneroka-peneroka menyertai PAS dan di setiap rancangan Felda yang saya pergi akan tertubuh cawangan PAS, ahli-ahli UMNO terlibat keluar dari parti itu dan sama-sama menubuhkan PAS, dan di mana-mana rancangan Felda yang memang sudah wujudnya cawangan PAS keahliannya berambah.

Di dalam keadaan itu memang wujud konflik nyata antara peneroka-peneroka yang bersetuju dengan perjuangan dan yang tidak dengan perjuangan.

Saya memang berasa pelik bagaimana Felda boleh memanipulasikan pemikiran peneroka-peneroka yang menentang perjuangan itu supaya boleh menerima pengeluaran geran tanah yang berkongsi beramai-ramai diatas nama koperasi, walhal perjuangan yang kami bawakan ialah supaya setiap peneroka Felda itu dikeluarkan geran secara individu.

Saya bukan sahaja memperjuangkan geran tanah secara hakmilik individu, tetapi ada beberapa lagi item untuk perjuangan peneroka-peneroka Felda.  Saya senaraikan perjuangan itu termasuk pendapatan minima sebanyak RM500.00 sebulan, saya menentang pemecatan peneroka-peneroka Felda sebagai suatu tindakan yang zalim dan tidak bermaruah, saya juga masukkan kedalam senarai itu berhubung dengan hak perwarisan, pembinaan jalan ladang yang sempurna, bekalan baja yang berkualiti dan hak demokrasi kepada peneroka-peneroka.

Tuntutan-tuntutan ini cukup popular dan mendapat sokongan termasuk dari kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.  Walaupun saya di persona-non-gratakan oleh Felda tetapi saya tetap dapat membolosi rancangan-rancangan Felda dengan cara yang tak perlu saya ceritakan disini.  Ramai dari kalangan peneroka-peneroka Felda berjaya membawa saya masuk ke rancangan-rancangan Felda walaupun gate di Felda itu berkunci.

Penahanan saya di bawah ISA nampaknya berjaya dilakukan oleh Barisan Nasional menghalang saya ke rancangan-rancangan Felda.

Ada beberapa cerita yang melucukan bersabit dengan hak tinggal dan mengerjakan tanah-tanah ladang di Felda.

Suatu keluarga peneroka, suami, isteri dan anak-anak.  Si suami meninggal dunia, dan tanah itu diserahkan kepada si isteri.  Si isteri berkahwin dengan suami kedua.  Dan tanah diatas nama suami itu didaftarkan nama si isteri; anak-anak masih belum cukup umur untuk didaftarkan.  Dengan kehendak Allah, si isteri itu pula meninggal dunia, dan tanah itu didaftarkan atas nama suami kedua itu, dan suami kedua itu berkahwin dengan isteri baru, dan tanah itu menjadi hak si suami kedua dengan isterinya yang baru.  Anak-anak suami terdahulu terlepas begitu sahaja.  Tak taulah dari mana Felda mengambil hukum perwarisan itu, tidak mengikut hukum syarak dan tidak juga dari Kanun Tanah Negara.

Seorang peneroka Felda di Gugusan Mendi meninggal dunia dan meninggalkan anak tetapi sudah tidak ada isteri.  Anaknya yang tua adalah juga seorang peneroka Felda di Melaka.  Kerana kematian itu, anaknya di Melaka itu menuntut supaya tanah bapanya diturunkan kepadanya kerana beliau adalah satu-satunya waris kepada ayahnya.

Tuntutan ini ditolak oleh Felda diatas alasan bahawa seseorang peneroka Felda itu tidak boleh memiliki 2 kawasan Felda.  Maka tanah itu ditawarkan kepada peneroka baru tanpa apa-apa bayaran gantirugi kepada anak peneroka itu.

Seorang peneroka Felda di Kg Awah yang berasal dari Melaka, tidak terlibat dengan demonstrasi peneroka-peneroka terhadap pengurusan Felda Awah itu.  Peneroka ini datang melihat demonstrasi itu tetapi tidak terlibat dengan demonstrasi itu.  Semasa pasukan datang, semua peneroka yang berdemonstrasi sempat lari, tetapi peneroka ini tidak melarikan diri kerana dia tidak terlibat dengan demonstrasi itu dan dialah yang ditangkap oleh Polis.  Tidurlah dia di lock up Polis Kg Awah, dan apabila dia dikeluarkan dari lock-up itu dia mendapat surat dari Felda bahawa dia telah dipecat dari Felda.  Oleh kerana dia ni bukan jenis seorang peguam, dia keluar "monoi" saja dari rancangan Felda.  Yang terlibat terlepas, dan tidak terlibat dibuang rancangan.

Kejadian-kejadian melucukan menandakan bahawa Felda sangat tertekan ialah apabila akhir-akhirnya semua rancangan Felda mengunci gate untuk masuk ke Felda apabila saya dijadualkan berceramah didalam rancangan Felda itu, dan di sesetengah tempat yang saya boleh masuk, pengurus-pengurus akan merebut dari tangan saya mike, dan di sesetengah tempat mereka mendapat bantuan polis untuk merampas alat-alat pembesar suara.

Kejadian-kejadian seperti ini akhirnya membawa saya ditahan di bawah ISA.

(...bersambung...)

PEGUAM MELAYU YANG AWAL DI TEMERLOH

Posted: 16 Jul 2013 05:02 PM PDT

Semasa saya memulakan firma guaman saya di Temerloh, saya adalah diantara peguam Melayu yang paling awal di Temerloh dan peguam yang terawal di Jerantut.  Saya bertujuan untuk memberikan bantuan guaman percuma untuk klien-klien yang tidak ada kemampuan.  Ini saya lakukan sebelum pihak peguam Negeri Pahang mengadakan Biro Bantuan Guaman untuk membantu klien-klien yang kurang mampu, bukan percuma tetapi dengan kaedah bayaran yang boleh dimampukan oleh klien-klien.

Oleh kerana saya mempunyai terlalu banyak kes-kes pinjaman bank dan kes-kes perumahan dengan memberikan pendapatan yang besar kepada firma saya, maka mana-mana klien-klien didalam kes-kes jenayah yang tidak berkemampuan akan saya berikan guaman percuma.  Maka ramailah klien-klien mahu menggunakan firma saya bagi membela mereka di dalam kes-kes jenayah.  Juga saya berikan guaman percuma kepada klien-klien yang terdiri daripada peneroka-peneroka Felda.

Kes-kes jenayah peneroka Felda adalah amat anih.  Kebanyakan dari mereka dituduh mencuri getah-getah beku, mereka mencuri dari kebun mereka sendiri, dan mereka sendiri juga menoreh getah tersebut, mereka sendiri membawa keluar dari Felda getah-getah beku itu untuk dijual kepada pembeli-pembeli di luar rancangan Felda.

Kehidupan peneroka-peneroka Felda pada ketika itu amatlah sukar.  Mereka disediakan kedai-kedai PNF didalam rancangan-rancangan Felda.  Mereka boleh mengambil barang-barangan dari kedai itu mengikut had yang dibenarkan dan pada hari "balance" pendapatan mereka akan dipotong untuk membayar ke kedai PNF selain dari potongan-potongan wajib yang perlu dibayar oleh peneroka.  Pendapatan mereka setelah dibuat pemotongan hanyalah tinggal tidak lebih dari RM10.00 dan ada yang hanya menerima statement minus RM10.00 atau RM20.00.

Mereka yang mempunyai anak-anak yang bersekolah amat sukar mengatasi masalah kos persekolahan anak-anak dan itulah yang menyebabkan mereka terpaksa menjualkan getah-getah beku dari kebun mereka keluar.  Felda menganggap menjualkan getah beku sendiri ke luar rancangan Felda sebagai melakukan kecurian.  Maka ramailah di kalangan mereka yang dibawa ke Mahkamah diatas pertuduhan curi.

Dan bagi mereka yang didapati bersalah menghadapi pula risiko dibuang dari rancangan Felda.  Maka disinilah saya memberikan khidmat guaman percuma saya iaitu membela mereka dari segi kes jenayah curi dan membela mereka yang dibuang dari rancangan Felda.

Alhamdulillah, Magistrate-Magistrate zaman itu masih mengambil sikap terbuka dan kes-kes mencuri getah beku sendiri dibebaskan dari kesalahan jenayah.  Mana-mana peneroka yang tidak diwakili oleh peguam biasanya akan terus mengaku bersalah, dan mereka inilah yang diberikan notis tunjuk sebab kenapa mereka tidak boleh dipecat dari rancangan Felda.  Ada peneroka-peneroka yang sudah bosan dengan pendapatan kecil dan diambil berbagai-bagai tindakan oleh Felda dan golongan ini tidak membuat apa-apa rayuan dan mereka meninggalkan rancangan-rancangan Felda dan pulang ke kampung masing-masing walaupun tidak mempunyai tanah sendiri.  Mereka menoreh di kebun-kebun getah orang kampung dan pendapatan mereka cukuplah untuk keperluan keluarga dan persekolahan anak-anak.

Zaman itulah zaman yang memperlihatkan pengurus-pengurus Felda dipasung rumah mereka dari luar dan pengurus-pengurus itu tidak boleh keluar rumah sehinggalah mereka diselamatkan oleh Polis.  Tidak kurang pula kejadian-kejadian pengurus-pengurus  itu diletakkan dibawah kancah.  Biasanya pengurus-pengurus yang sombong diambil tindakan sedemikian oleh peneroka-peneroka.

Saya sendiri mempunyai ramai saudara-mara terdiri daripada peneroka-peneroka Felda, saya mendapat peluang membaca surat Perjanjian Utama yang ditandatangani oleh Peneroka dan Felda, dan melalui pemahaman saya terhadap Surat Perjanjian ini menyebabkan saya terlibat dengan lebih bersungguh-sungguh membela nasib peneroka-peneroka Felda.  Kisah pembelaan saya terhadap peneroka-peneroka Felda ini telah saya tuliskan dua buah buku iaitu SAYA SEORANG PENEROKA dan sebuah lagi MASALAH SOSIAL PENROKA FELDA yang dijualkan dengan harga kos sahaja menyebabkan dua buah buku itu betul-betul laris semacam goreng pisang panas.

Pembelaan saya terhadap peneroka-peneroka Felda inilah yang menjadi punca saya ditahan dibawah ISA kononnya saya memecahbelakan masayarakat peneroka Felda.

Saya mengambil tindakan yang benar-benar serius untuk memperjuangkan supaya peneroka felda diberikan geran tanah diatas nama individu dan tidak diatas nama kelompok seramai 20 orang diatas nama koperasi seperti yang tertera didalam Surat Perjanjian diantara Peneroka dan Felda.  Isu ini menjadi begitu hangat di seluruh negara, sehinggakan saya dihalang dari memasuki rancangan-rancangan Felda seolah-olah saya dijadikan PERSONA NON GRATA di semua rancangan Felda.

Yang menentang saya didalam perjuangan ini adalah Felda dan cawangan-cawangan UMNO di setiap rancangan Felda, dan mereka itu seperti muka tak malu, sanggup pula menerima geran hakmilik individu apabila dasar pemberian geran itu diterima oleh Kerajaan dan Felda, sedangkan saya yang memperjuangkan hak peneroka itu disumbat ke dalam ISA.

Kisah saya sebagai seorang peguam di Temerloh akan saya ceritakan dengan lebih lanjut didalam lambaran akan datang.

(...bersambung...)

Kembali ke Kampong untuk memulakan pekerjaan dan berkhidmat untuk masyarakat luar bandar

Posted: 16 Jul 2013 03:34 AM PDT

Semasa saya mula kembali ke Temerloh untuk memulakan hidup dan perkhidmatan baru, saya tubuhkan firma saya Jalan Tan Sri Yahya, Temerloh, dan oleh kerana pada waktu itu saya masih menjadi ahli kongsi Suhaimi Khor Zulkifli and Chang, maka saya namakan juga firma saya di Temerloh itu atas nama yang sama dan selepas itu saya tubuhkan pula firma di Jerantut di Jalan Besar, Jerantut.

Firma saya di Temerloh menjadi Panel Guaman kepada semua Bank di Temerloh menjalar ke Bentong, Raub, Triang dan Maran, dan menjadi Panel Guaman kepada semua semua badan-badan berkanun Kerajaan yang membuat projek perumahan.  Di Jerantut juga saya menjadi Panel Guaman untuk Bank Bumiputra, United Asian Bank, D & C Bank serta Affin Bank di Jengka serta Bank Bumiputra di Kuala Lipis.

Didalam pada itu ahli-ahli kongsi saya di Kuala Lumpur meminta saya menutup kedua-dua cawangan di Jerantut dan Temerloh, atas alasan bahawa kerja-kerja guaman di Kuala Lumpur begitu banyak dan memerlukan kehadiran saya di Kualqa Lumpur.  Setelah beberapa kali perbincangan saya tetap tidak bersetuju untuk menutup cawangan-cawangan di Jerantut dan Temerloh.  Pendapatan bagi ke dua-dua cawangan firma ini di Temerloh dan Jerantut.

Akhirnya saya menawarkan supaya nama Suhaimi Khor Zulkifli & Chang diteruskan tetapi saya tidak lagi mempunyai perkongsian di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak ada perkongsian di Temerloh dan Jerantut. Pendapatan firma ini di Kuala Lumpur jauh lebih besar dari Temerloh dan Jerantut tetapi apabila diambil kira pendapatan untuk dibahagi-bahagikan kepada 4 orang ahli kongsi, pendapatan itu hanyalah sekadar RM20,000.00 seorang sedangkan di Temerloh dan Jerantut saya masih boleh mengekalkan pendapatan antara RM30,000.00 hingga RM40,000.00 setiap bulan.

Selepas itu saya mengambil Harcharan Singh sebagai ahli kongsi saya tetapi ahli-ahli kongsi di Kuala Lumpur tidak bersetuju nama Harcharan Singh tertulis diatas letter head firma saya, dan tidaklah ada kompromi didalam hal ini, maka saya tukarkan nama Suhaimi Khor Zulkifli & Chang kepada Suhaimi & Harcharan Singh.

Banyak perkara yang saya tidak bersetuju dengan Harcharan Singh terutamanya apabila saya menjemput Abdullah Sidek dan Radzi Mustaffa menjadi ahli kongsi yang baru di Temerloh dan Jerantut, dan pada waktu itu saya sudah mula terlibat dengan aktiviti parti pembangkang menyebabkan Panel Guaman saya banyak yang ditarik, kini firma guaman saya mendapat pendapatan yang tidak besar, dan menjadi lebih parah apabila pada tahun 1985 saya ditahan dibawah ISA.

Semasa itulah saya dapati isteri saya hanya mendapat pendapatan yang kecil dan tidak mencukupi untuk keperluan keluarga saya.  Ahli-ahli kongsi saya lebih mementingkan pendapatan diri mereka sendiri dan kebajikan isteri saya dan anak-anak tidak diperdulikan.

Apabila saya dibebaskan dari ISA, perkongsian antara saya, Abdullah Sidek dan Razi berpecah, dan saya mengambil seorang peguam bangsa Mamak sebagai ahli kongsi.  Semakin teruklah pendapatan guaman saya.

Sementara itu saya berjaya menubuhkan sebuah firma cawangan di Melaka diatas nama Suhaimi & Abdullah.  Nama ini kekal sehinggalah saya ditahan sekali lagi dibawah ISA dan apabila saya dibebaskan, saya dihantar untuk tahanan didalam rumah di Temerloh, Pahang.  Walaupun saya orang Temerloh dan ditahan didalam rumah di Temerloh, tetapi saya tidak bebas bergerak di Temerloh kerana dari jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi saya mesti berada di rumah saya di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


PR Suit against EC

Posted: 16 Jul 2013 10:13 PM PDT

PRESS STATEMENT - 17 July 2013 

Pakatan Rakyat suit is against the 7 EC officials is constitional

The Deputy Chairman of the EC has responded to the suit by Pakatan Rakyat to say that the suit is unconstitutional citing Article 118 of the Federal Constitution.

I would advise him to review his views with his legal advisors. 

The Deputy Chairman is failing to appreciate that the suit filed against the 7 members of the EC is alleging that by willfully and knowingly causing the failure of the indelible ink, they acted fraudulently, breached the constitutional rights of the Plaintiffs and also committed the tort of misfeasance in public office.  If the Court after hearing the evidence agrees with the Plaintiffs, the main reliefs sought are declarations to such effect and also payment of general damages.  There is nothing unconstitutional about such a suit for such reliefs.  Actions against public bodies based on such causes of action are well established all over the world in similar common law jurisdictions.

In the event that the Court finds that the EC officials did act fraudulently, in breach of constitutional rights and committed misfeasance in public office, then Pakatan Rakyat is also seeking consequential reliefs that the election in all 222 parliamentary seats is declared void and that the same errant officials are removed from their positions so that a fresh election can be conducted by new and credible officials.

Again, I see nothing unconstitutional in seeking such consequential reliefs. 

There are decided cases in apex courts all over the Commonwealth which have intervened in cases of election misconduct  by election officials other than purely through election petitions. I will just cite one here - Union Bank of India v Association for Democratic Reform [2005] 5 SCC 294 where the Supreme Court of India in a constitutional challenge issued directions to the Election Commission.  The case was not filed as a election petition.  India has an identical provision to Article 118 of our Federal Constitution which provides that a challenge to an election can only be done via an election petition.

The Deputy Chairman of the EC seems unable to appreciate and understand the universal and fundamental principle in common law, best expressed in Latin “Ubi jus, ibi remedium” which means “Where there is a right, there is a remedy”  which has been accepted in the Courts of England, Canada, Australia and India (in other words, the mature, senior Commonwealth) to apply in constitutional litigation.  Thus, any constitutional right if violated, must have a remedy or redress, more so when the right involves the right to a free and fair election. Accordingly, Pakatan’s civil suit seeks constitutional remedies for breaches of rights guaranteed under the constitution.  One need not and in fact does not pursue them by way of an election petition in an election court.

Pakatan Rakyat is aware that the independence of the Malaysian courts is a matter of controversy particularly when high profile political cases are involved.  However Pakatan Rakyat calls upon the members of the judiciary to play their role as an independent institution and ensure that rights provided for under the Federal Constitution are upheld.

Sivarasa Rasiah
Member of Parliament for Subang
Member of Majlis Pimpinan Pusat and Political Bureau,  Parti Keadilan Rakyat.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar to sue Berita Harian for ‘evil slander’

Posted: 15 Jul 2013 10:07 PM PDT

Malaysiakini

Opposition Leader Anwar Ibrahim has declared in the Dewan Rakyat that he will sue Berita Harian for "evil slander" relating to the allegation that Pakatan Rakyat had 'received foreign funds' for its Black 505 protests.

His decision was prompted by BN parliamentarians continuing to cite the Malay daily’s report which had quoted former Indonesian vice-president Jusuf Kalla on this.

“I have decided to sue Berita Harian for this evil slander. Despite the open explanation by Jusuf in the media, why is the Home Ministry taking months to explain the matter?” posed Anwar.

He had, during Question Time today, read out a text-message by Jusuf denying that he had ever made such a statement.

Anwar also told Deputy Minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar to come clean on the status of investigation into the matter, to clear the air once and for all.

Earlier, Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) had queried the Home Ministry on whether the authorities have investigated the claim that Anwar had received foreign funds.

[PRESS STATEMENT] Attacks On Buddhism’s Shrine In Bodh Gaya Are Despicable Acts Of Terror

Posted: 15 Jul 2013 08:39 PM PDT

16 JULY 2013

The recent attacks on Buddhism's holiest shrine in Bodh Gaya are despicable acts of terror and sacrilege which must be condemned by all. The culprits must be brought to account to face the full force of the law.

Whatever may be the reasons for these attacks, it is to be stressed that Islam forbids such acts of violence and enjoins all parties to resort to peaceful means to resolve differences.

ANWAR IBRAHIM

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Formula kerajaan kawal harga rumah, NAIK CUKAI !

Posted: 15 Jul 2013 10:40 PM PDT



Boleh tak mana-mana pakar ekonomi beri ulasan bagaimana harga rumah boleh dikawal dengan menaikkan cukai jualan? Kalau formula ini berhasil, mungkin harga kereta dan barangan lain boleh dikawal dengan menaikkan cukai. Ini formula baru, sebelum ini formula menteri dari Kuala Pilah kata nak kawal harga ayam, jangan makan ayam.

Cukai jualan rumah naik
16 Julai 2013

Kerajaan mungkin menaikkan cukai jualan hartanah sehingga 30 peratus sebagai langkah terakhir menangani isu kenaikan dan spekulasi harga rumah. Ketika ini cukai jualan hartanah ialah sebanyak 15 peratus dan jika perlu Bank Negara akan diminta menaikkannya sehingga 30 peratus supaya pemilik tidak menjual hartanah pada harga yang terlalu tinggi.

Jenayah semakin menjadi-jadi, walaupun di bulan Ramadan

Posted: 15 Jul 2013 10:40 PM PDT

Jenayah semakin menjadi-jadi, penjenayah semakin kejam walaupun di bulan Ramadan. Pastikan pintu pagar, pintu rumah, pintu pejabat sentiasa dikunci walaupun di siang hari kerana penjenayah tak kenal waktu dan bulan.


Dua beranak parah ditembak
16 Julai 2013

KAMPAR – Tiga penjenayah bergelar Geng Hilux bertindak kejam apabila bukan sahaja melarikan pelbagai barangan berharga malah tergamak menembak dua beranak ketika mangsa cuba mempertahankan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux milik mereka dari dilarikan suspek kelmarin.

Kejadian di Taman Sejahtera di sini pada pukul 8.30 malam itu mencederakan seorang tauke kedai runcit, Zahari Din, 51, dan anak lelakinya, Zaharith Aiman Mahami, 13, apabila satu das tembakan yang dilepaskan menembusi perut Zahari sebelum mengenai paha kanan remaja tersebut.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kejadian berlaku apabila tiga penjenayah bersenjatakan parang, pistol dan memakai topeng tersebut menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa ketika Zahari, isteri dan anaknya sedang berehat di ruang tamu.

Katanya, suspek kemudian merampas dua buah telefon bimbit, kunci Toyota Hilux, kunci rumah, kad pengenalan, buku cek dan buku akaun Tabung Haji.


Peniaga telur pun jadi buruan penjenayah

Posted: 15 Jul 2013 10:38 PM PDT



Nampaknya penjenayah semakin menjadi-jadi bulan Ramadan ini. Apakah penjenayah pun sibuk buat persiapan raya?


Peniaga telur disuntik dadah
16 Julai 2013
    
Rembau: Seorang peniaga telur ayam di Kampung Chengkau mendakwa kerugian RM9,000 akibat disamun, selain bengkak di kepala serta disuntik dadah oleh penjenayah menyebabkan dia gagal mengingati perkara berlaku.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 43 tahun itu mendakwa disamun ketika di Kuala Lumpur selepas selesai urusan jual beli telur di Kuala Pilah, Sabtu lalu.

Begitupun, katanya polis masih menunggu laporan perubatan, selain akan merakam keterangan mangsa yang masih dalam keadaan separuh sedar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Menurut sumber, sebelum mengetahui keadaan mangsa, isterinya berusia 22 tahun membuat laporan polis mengenai kehilangan peniaga berkenaan sejak tengah hari Sabtu lalu.

"Pada jam 7 malam (hari kejadian), mangsa ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isteri memaklumkan dia tidak tahu di mana dia berada. "Bimbang dengan situasi itu, si isteri membuat laporan polis dan kira-kira jam 9 malam, mangsa sekali lagi menghubunginya dengan suara seperti menahan kesakitan dan meminta memasukkan wang lebih RM10,000 ke akaun bank," katanya, semalam.

Main judi bulan Ramadan, di tapak pembinaan Pusat Islam.

Posted: 15 Jul 2013 10:37 PM PDT



Apa sudah jadi? 

Mati dibunuh angkara judi holo
16 Julai 2013

Seorang pendatang Indonesia yang menang dalam permainan judi jenis holo yang begitu digemari rakyat Indonesia ditemui mati dibelasah di Jalan Awang Ramli di sini malam kelmarin.

Mayat Hares Ismail, 61, yang sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Sabah, ditemui terperosok di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Pusat Islam Sibu pada kira-kira pukul 9 pagi, dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan lehernya.

Peringatan untuk wanita ketika berada di dalam kereta bersendirian.

Posted: 15 Jul 2013 10:36 PM PDT



Cabul mangsa samun
16 Julai 2013
    
Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja kerugian RM2,000 selepas disamun, malah turut dicabul seorang lelaki menyamar sebagai pengajar kelas memandu dalam kejadian di Seksyen 52, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun menunggu pengajarnya di kawasan letak kereta kelas memandu berhampiran sebuah hotel di sini, sebelum didatangi seorang lelaki yang mendakwa pengajar baru.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu memberitahu mengajar ujian jalan raya dan menyuruh mangsa memandu hingga ke kawasan berdekatan sebuah hotel. Sumber berkata, lelaki itu menyamun mangsa dengan merampas beg duit, telefon bimbit dan rantai emas. Menurutnya, selepas mendapat barangan berkenaan, lelaki itu mengarah mengikutnya ke bahagian semak.

Berhati-hati apabila sahur di luar

Posted: 15 Jul 2013 10:36 PM PDT



Berhati-hati apabila sahur di luar, penjenayah sedang mencari peluang, ruang, wang dan orang.

Mangsa culik dibebas dalam keadaan bogel
16 Julai 2013

Shah Alam: Seorang lelaki sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran 'diculik' sekumpulan lapan lelaki pada jam 3 pagi, semalam sebelum dibebaskan 90 minit kemudian dalam keadaan bogel.

Mangsa berusia 24 tahun dilarikan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya.

Suspek meminta wang pampasan RM6,000 daripada keluarga mangsa, namun hanya memperoleh RM3,000 sebelum mangsa dibebaskan di Kilometer 4.5 Lebuhraya DUKE, pada jam 4.30 pagi, hari sama.

Sumber berkata, sewaktu dibebaskan mangsa ditemui seorang pengguna lebuh raya dalam keadaan bogel dengan kesan cedera di kepala dan muka.


Remaja pun sudah tidak takut dengan polis dan undang-undang

Posted: 15 Jul 2013 10:35 PM PDT

Penyamun remaja rompak enam kedai
16 Julai 2013

Penyamun remaja. Itu yang dilakukan sekumpulan lelaki berusia belasan tahun apabila bertindak samseng menyamun enam kedai serbaneka 24 jam di sekitar Lembah Klang sejak awal bulan ini.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang terdiri daripada tiga hingga empat orang itu yang bersenjatakan parang dan menaiki kereta Proton Satria yang menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk melakukan kegiatan jenayah itu di awal pagi dan tengah hari.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, dua kedai serbaneka di Pandan Indah dan Ampang Point disamun jam 4.30 pagi dan 8 pagi.

Sementara itu, sumber polis berkata, modus operandi kumpulan berkenaan adalah menyamar sebagai pelanggan sebelum menyamun ketika tiada pelanggan lain.