Sabtu, 13 Julai 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


ALEX LEE BUKAN LEE LAM THYE

Posted: 13 Jul 2013 07:47 PM PDT

Lee Lam Thye adalah seorang tokoh politik yang digemari oleh DBKL.  Kami terasa sangat nak membantu beliau kerana sikapnya yang sangat merendah diri, dan sentiasa menghulurkan kerjasama dengan DBKL. Jika boleh dianggap bahawa Kuala Lumpur sebagai sebuah Negeri, Kuala Lumpur mengadakan Annual State Dinner setiap tahun dan tetamu-tetamu khas terdiri daripada Councillors, Menteri yang diletakkan menjaga Kerajaan Tempatan, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai DBKL dan juga wakil dari badan-badan di DBKL yang diiktiraf.

Didalam senarai yang panjang itu tidak dimasukkan ahli-ahli politik dari Parti-Parti Pembangkang kecuali Lee Lam Thye yang pada waktu itu adalah Wakil Rakyat Bukit Bintang.  Beliau adalah Ahli Parlimen mewakili DAP.  Datuk Bandar sentiasa mengingatkan supaya Lee Lam Thye dijemput sama.

Mana-mana pegawai di DBKL yang ada hubungkait dengan kerja-kerja mengatasi masalah orang ramai tentu akan bertemu dengan Lee Lam Thye tidak kurang sekali dua dalam tempoh satu minggu.  Kepada pegawai-pegawai ini Lee Lam Thye adalah seorang rakan bagi DBKL.  Setiap pagi Lee Lam Thye sudah sampai ke kawasan-kawasan yang bermasalah di Kuala Lumpur, bukan sekadar kawasan Bukit Bintang sahaja.

Dengan lapuran masalah-masalah itu Lee Lam Thye datang menemui pegawai-pegawai DBKL dan berbincang dengan pegawai-pegawai itu cara-cara mengatasi masalah.

Lee :Lam Thye akan berada di tempat banjir kilat, dia akan berada di tempat kebakaran, dia akan berada di tempat longkang tersumbat, dia akan berada di kawasan setinggan, dia akan berada di kawasan pasar, dia akan berada di kawasan-kawasan bermasalah dan membawakan masalah itu untuk diatasi oleh DBKL.

Bukan senang nak cari pemimpin politik Pembangkang yang rapat dengan pentadbiran Kerajaan dan pegawai-pegawai DBKL menyanjung tinggi tindakan-tindakan Lee Lam Thye.

Berbeza dengan ahli-ahli politik lain yang juga datang ke DBKL tetapi dengan angkuh menunjuk-nunjukkan sangat bahawa merekalah yang berkuasa, merekalah mewakili Kerajaan, cakap mereka sahajalah yang betul, bahkan mereka datang dengan saman-saman kompoun supaya kompoun itu dapat dibatalkan.

Apa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik itu, kononnya untuk merapati orang ramai ialah menunjukkan kuasa kononnya merekalah yang boleh membatalkan notis-notis kompoun.  Dan cara mereka mendatangi pegawai-pegawai bertugas untuk kompoun ini dengan cara yang amat kasar seolah-olah kakitangan DBKL tidak berhemah dan tidak tahu menjalankan tugas; bererti mereka lebih suka jika jikalau DBKL tidak mengambil tindakan atas kesalahan-kesalahan yang boleh dikompounkan itu.

Memang pegawai-pegawai kompoun itu boleh mengurangkan sedikit sebanyak jika mereka yang menerima notis itu mempunyai alasan yang kuat kenapa mereka boleh menerima kompoun yang lebih rendah.  Tetapi sesetengah ahli politik itu datang dengan puluhan notis kompoun dan memaksakan supaya notis itu dibatalkan.  Diatas sebab-sebab yang konkrit, pegawai-pegawai kompoun juga boleh membatalkan kompoun berkenaan seumpama kenderaan yang membawa orang yang sakit tenat terpaksa berhenti meletakkan kereta di tempat yang tidak dibenarkan dihadapan sesebuah klinik.

Di dalam apa juga kes kompoun ini, Datuk Bandar berkuasa untuk membatalkan notis-notis itu tetapi Datuk Bandar tidak pernah mengambil alih tugas pegawai-pegawai kompoun sebagai tanda hormat beliau keatas petugas-petugas on the ground yang menjalankan kerja.

Didalam isu kompoun ini saya masih teringat dan terluka dengan tindakan yang dilakukan oleh Alex Lee dari Parti Gerakan.

Pada suatu hari Gerakan mengadakan perjumpaan umum di Taman Tasik Perdana di kawasan yang tidak boleh parkir baik diatas jalan mahupun diatas rumput.  Hampir seribu lebih kenderaan-kenderaan diparkir diatas rumput suatu kesalahan yang boleh dikompounkan dan kompounnya telah ditetapkan sebanyak RM100.00.

Pada pagi Ahad itu, anggota-anggota Unit Penguatkuasa telah menalipon saya di rumah meminta saya datang segera ke Tasik Perdana untuk mengatasi masalah kenderaan-kenderaan dari penyokong-penyokong Parti Gerakan yang parkir diatas rumput dan diatas jalan sehingga menghalang lalulintas.

Hari Ahad adalah hari keluarga-keluarga Kuala Lumpur berehat di kawasan Tasik Perdana dan sekali-kali tidak dibenarkan mana-mana kenderaan menghalang lalulintas.  Tempat Letak Kereta memang sudah dikhaskan dan hanya di kawasan Letak Kereta sahaja boleh kenderaan-kenderaan diparkir.

Memang betul.  Apabila saya sampai di Tasik Perdana, saya lihat ribuan kereta yang parkir diatas jalan yang tidak boleh parkir dan diatas rumput dan menghalang lalulintas menyebabkan lalulintas di kawasan itu tidak dapat diuruskan.

Saya terus menghubungi pihak Polis dari Jalan Travers untuk menghantarkan bantuan, dan saya pinta anggota-anggota unit Penguatkuasa DBKL berhimpun di kawasan berkenaan untuk menjalankan tugas meletakkan notis kompoun di semua kereta yang menghalang dan yang parkir diatas rumput.

Saya bertemu dengan Alex Lee dan meminta petugas-petugas parti Gerakan supaya memberitahu penyokong-penyokong parti itu mengalihkan kenderaan mereka dari atas rumput.  Saya sanggup berkompromi supaya kereta-kereta mereka itu diparkir diatas jalan dengan teratur supaya tidak menghalang lalulintas walaupun meletak kereta di kawasan itu juga adalah kesalahan.

Jawapan dari Alex Lee sangatlah bisa, "We are the Government, what can you do?"  Saya terangkan seperti notis-notis yang diletakkan di kawasan itu bahawa meletak kereta di atas rumput dan diatas jalan di kawasan itu adalah satu kseslahan.   Tetapi Alex Lee berkata dengan angkuh bahawa,"We are a Government Party, and this is our celebration."

Sedang saya berunding dengan Alex Lee, saya ternampak Datuk Michael Chen, dan saya menceritakan perkara ini kepada Michael.  Dia tak banyak cakap, hanya dia berkata bahawa QAlex tu keras kepala, "Ambil sahaja tindakan, Suhaimi," kata Michael.

Saya beri tempoh yang cukup kepada Alex Lee untuk mengalihkan kereta-kereta penyokong-penyokong Gerakan itu, tetapi manusia angkuh itu berkata, "Even if you give us one day, we are not going to move out our cars."

Oleh kerana itu saya meminta pihak polis supaya memberikan perlindungan kepada anggota-anggota Unit Penguatkuasa DBKL yang saya arahkan untuk mengeluarkan notis-notis saman.

Melihat itu, Alex Lee dan beberapa orang lain menaiki keretanya dan saya terus ekori dia di belakang.  Seperti yang saya jangkakan pemandu Alex Lee memandu keretanya menghala ke rumah Datuk Bandar.  Belum sempat keretanya berhenti betul, Alex Lee sudah turun dari keretanya.  Saya pun berhentikan kereta saya dan saya juga turun.

Masa itu Datuk Bandar sedang relax di luar rumahnya, dan menengokkan keadaan itu, Datuk Bandar terus bertanya kepada Alex, "What's wrong Alex?"

Alex Lee terus mengatakan bahawa dia berhadapan dengan Pegawai Dewan Bandaraya yang kurang ajar.  Dia menceritakan bahawa Parti Gerakan sedang mengadakan celebration di Taman Bunga tetapi pegawai itu (dia tunjuk kearah saya) mengeluarkan saman terhadap semua kereta penyokong Gerakan.

Datuk Bandar berpaling kepada saya dan bertanya pulak kepada saya, dan saya menjawab dengan mudah bahawa ribuan kereta-kereta dari parti Gerakan sedang meletakkan kereta diatas rumput dan diatas jalan menghalang lalulintas di Taman Bunga, dan saya telah minta Alex mengarahkan ahli-ahlinya mengalihkan kereta-kereta itu diletak diatas jalan secara teratur supaya tidak menghalang lalulintas.

Datuk Bandar terus bertanya kepada Alex, "Tak boleh ke kamu meletakkan kereta supaya tidak menghalang lalulintas?  Kita ada Bye-Laws yang menghalang keras meletak kereta diletak diatas rumput di Taman Bunga itu!  Come on Alex, you are a Government man, my officer is only carrying out his duty."

Mendengar kata-kata itu dari Datuk Bandar, Alex Lee terus naik keretanya balik untuk dipandu ke Taman Bunga.  Saya ekori juga di belakangnya.  Apabila saya sampai ke Taman Bunga saya diberitahu oleh Unit Penguatkuasa bahawa semua kenderaan itu telah diberikan notis saman.

Esuknya seawal jam 9.00 pagi, Alex Lee sudah berada di Pejabat Datuk Bandar dengan 1000 lebih notis saman.  Dia minta Datuk Bandar membatalkan saman itu, dan Datuk Bandar meminta Alex Lee berjumpa dengan saya.  Di Pejabat saya Alex Lee meletakkan saman-saman itu dihadapan saya dan menyatakan bahawa Datuk Bandar mengarahkan saya supaya membatalkan saman-saman itu.

Tidak mungkin Datuk Bandar membuat arahan itu melalui Alex Lee, lagi pun saya tidak ada kuasa membatalkan saman itu, bahkan diatas kesalahan di Tasik Perdana (Taman Bunga) itu tidak ada seorang pegawai pun yang boleh mengurangkan kompoun.  Saya menalipon Datuk Bandar dan memang benar Datuk Bandar tidak mengarahkan saman-saman itu dibatalkan.

Saya beritahu Alex bahawa jika dia mahu membayar kompoun, kompoun yang ditetapkan adalah RM100.00 bagi setiap kereta, dan jika didalam tempoh tertentu, jika kompoun tidak dibayar, saman itu akan dibawa ke Mahkamah, dan saya nyatakan bahawa biarlah Magistrate sahaja yang menetapkan denda, dan denda itu tidak akan lebih rendah dari RM100.00.

Alex terus beredar dari Pejabat saya, tetapi didalam tempoh notis itu, semua saman itu telah dibayar kompoun oleh oleh pegawai-pegawai dari Parti Gerakan.

Inilah diantara kerja-kerja yang sepatutnya tidak menjadi masalah tetapi menjadi masalah kerana ada ahli-ahli politik yang merasakan bahawa dia boleh mengatasi undang-undang dan kerja-kerja menggila seperti itu tidak akan dilakukan oleh Lee Lam Thye.

Saya rasa cukuplah setakat itu kisah-kisah saya di DBKL dan selepas ini akan saya coretkan pula pengalaman-pengalaman saya sebagai seorang peguam.

(...bersambung...)


PAKSI DI HARAMKAN OLEH DATUK BANDAR

Posted: 13 Jul 2013 03:19 PM PDT

Diantara kakitangan Dewan Bancdarya Kuala Lumpur memang terdapat mereka yang berbakat di bidang seni.  Ada yang mampu berkarya di bidang seni.  Mereka telah menemui saya untuk mewujudkan sebuah persatuan untuk menampung kegemaran mereka ini.  Apabila saya memanggil satu mesyuarat untuk penubuhan sebuah badan seni di DBKL, tidak kurang dari 100 orang kakitangan yang hadir.  Diantara mereka yang hadir itu adalah mereka yang berbakat di bidang nyanyian dan muzik, bidang syair dan sajak, bidang lakonan dan melalui kemudahan yang boleh dipohon dari DBKL adalah alat-alat muzik.

Didalam bidang nyanyian itu tak sangka-sangka ramai dari kalangan yang veteran juga tampil menunjukkan bakat mereka.

Sebahagian besar juga terlibat dengan lakonan pentas, dan saya cukup yakin bahawa bakat mereka itu boleh dikembangkan lagi.

Kami telah tubuhkan Persatuan Seni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PAKSI).  Setiap hujung minggu ada beberapa jenis latihan diadakan di DBKL.  Melalui PAKSI kami berjaya mementaskan drama pentas, deklamasi sajak dan nyanyian, dan pementasan itu bukan sahaja untuk kakikatangan DBKL tetapi juga untuk orang ramai, dan kami mengenakan bayaran untuk masuk bertujuan untuk mencari tabung aktiviti kami.

Setelah menampakkan kejayaan, kami ingin mementaskan drama yang lebih besar dan kami telah memanggil orang kuat drama pentas di Malaysia pada waktu itu untuk menyiapkan skrip dan mengarahkan drama itu.

Kami adakan pementasan itu 3 malam berturut-turut.  Malam pertama adalah untuk kakitangan dan orang awam, malam kedua juga adalah untuk kakitangan dan orang awam.  Dan pada malam ketiga, iaitu kemuncak kepada pementasan itu kami jemput dhif-dhif sebagai tamu.  Diantara yang hadir termasuklah Datuk Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan dan Kebudayaa, Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan pegawai-pegawai DBKL.

Kehadiran yang memenuhi Dewan adalah petanda kejayaan pementasan kami.  Namun Pengarah pentas itu (tak baik untuk saya sebutkan namanya, namanya cukup top di dunia pentas) telah membuat perubahan skrip.  Beliau bukan sahaja menulis skrip itu, beliau juga mengarahkan drama itu, di samping menjadi Pelakon Utama.

Jalan ceritanya adalah mudah iaitu penderhakaan Hang Jebat.  Pengarah itu adalah hero didalam cerita ini berlakon sebagai Hang Tuah.  Apabila Hang Tuah dipanggil kembali ke Melaka untuk menentang Hang Jebat, masa mula keluar itu, beliau diberikan tepukan gemuruh.  Tetapi tiba-tiba ada perkara yang tak kena.
Skrip drama itu iaitu yang berhubung dengan pembicaraannya telah ditukar.  Didalam skrip asal Hang Tuah kagum dengan pembangunan Melaka sejak ditinggalkan olehnya; tetapi didalam skrip yang diubahnya Hang Tuah berkata: "Siapa Datuk Bandar tempat ini.  Bandar ini kotor.  Mungkin ditadbirkan secara rasuah." Dan bila dia berkata demikian, Hang Tuah memandang tepat kepada Tan Sri Yaakob Latiff.

Saya betul-betul sudah gelisah.  Datuk Bandar sudah tidak selesa, dan dia terus memandang kepada saya. "Kalau awak bertujuan untuk menghina saya melalui drama ini, awak telah berjaya.  Esuk datang juga saya. Puki Mak Datuk Bandar Rasuah."  Dia dan isterinya angkat punggung dan meninggalkan Dewan diikuti oleh Mohamed Rahmat dan semua dhif-dhif jemputan.

Saya tidak tahu mana nak letakkan di mana muka saya.  Saya arahkan petugas-petugas menarik curtain diatas pentas, dan pentas itu diberhentikan serta merta.

Dan apabila saya menemui Pengarah itu selepas itu, saya melahirkan perasaan tidak senang saya, tetapi dia dengan angkuh dan kurang ajar mengatakan bahawa, "Saya peduli apa?  Saya bukan kakitangan Dewan Bandaraya."  Saya putuskan hubungan saya dengan dia, dan selepas malam itu saya tidak berurusan lagi dengan dia baik sebagai kawan mahupun sebagai ahli seni.

Yaakob Latiff adalah Datuk Bandar yang terbaik, dan sikap Pengarah itu yang kurang ajar betul-betul menjijikkan!!!

Pagi-pagi esuknya saya mengadap Datuk Bandar.  Saya terima sajalah apa yang dihumbankan kata-kata terhadap saya.

Setelah hampir 15 minit Datuk Bandar "menyumpah" saya, dia pun menjatuhkan hukuman: "Persatuan kamu diharamkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur."

PAKSI mempunyai sedikit harta iaitu yang kami letakkan beberapa vending machine di Tasik Perdana.  Setiap hari PAKSI membuat keuntungan tidak kurang dari RM500.00.  Aktiviti kami diharamkan, dan saya redho.  Dan kemudahan itu kami persetujukan untuk diberikan kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Melayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dengan kejadian itu saya hilang minat untuk terlibat dengan mana-mana badan yang ada di DBKL, dan saya menumpukan kepada bidang tugas dan kerja saya sahaja.  Tetapi Datuk Bandar bukanlah manusia yang berdendam.  Saya dipanggil semula olehnya dan dia menasihatkan saya supaya tidak berdukacita dengan kejadian itu.

Diantara kejayaan PAKSI ialah melahirkan pelakon yang akhirnya mendapat tempat didalam drama TV seperti Zakaria dan Izan; dan Zakaria masih berkarya hingga ke hari ini.

(...bersambung...)

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Nurul Izzah: Pakatan Fail Saman Terhadap SPR Berhubung Dakwat Kekal Isnin Ini

Posted: 13 Jul 2013 03:30 AM PDT

Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin ini berhubung isu kemelut dakwat kekal yang mencetuskan kontroversi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak yang terkandung dalam dakwat berkenaan.

"Kami mempunyai bukti dan dokumen yang cukup untuk menyaman SPR.

"Mereka tidak boleh menukar kenyataan berhubung kandungan nitrat perak daripada lima ke tujuh peratus ke satu peratus dan kemudiannya mengumumkan hanya pewarna makanan," katanya dalam satu forum yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

PR akan mengumumkan secara rasmi mengenai saman itu dalam satu sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.

Naib Presiden PKR itu juga menyifatkan kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dalam membawa 22 syor PR dalam penambaikan perjalanan pilihan raya adalah disebabkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai suara majoriti sekaligus mengetuai suruhanjaya berkenaan.

"BN mempunyai ahli yang ramai dalam suruhanjaya berkenaan manakala Ahli Parlimen PR mempunyai suara sedikit bagi membantah usul yang diutarakan suruhanjaya berkenaan.

"Cadangan ahli parlimen PR seperti Dr Mohd Hatta Ramli, (Mohamed) Azmin Ali dan Anthony Loke tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada PSC. Cadangan yang dikemukakan seperti pendaftaran pengundi secara automatik apabila berumur 21 tahun dan parlimen dibubarkan selepas empat tahun berlangsung turut tidak dilaksanakan," katanya ketika berucap di siri seminar pasca pilihan raya yang dianjurkan Majlis Peguam, hari ini.

Beliau menggesa SPR supaya lebih telus dalam menjalankan proses persempadanan semula yang dijangka dilakukan pada penghujung tahun ini.

"SPR dilihat cenderung memberi kemenangan kepada BN dengan memperluaskan kawasan yang dimonopoli mereka seperti memecahkan kawasan di Sungai Besar, Selangor namun menyatukan kawasan yang tidak diungguli mereka dengan mencantumkan kawasan parlimen Ampang dan Pandan," katanya.

Antara syor yang diketengahkan PSC pada April tahun lalu ialah memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di perwakilan Malaysia atau secara pos; memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media serta membenarkan pra pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemiilih apabila mencapai umur 20 tahun.

Sumber: TheMalaysianInsider

Pejabat ADUN Seri Andalas Anjur Kelas Buat Kek Cawan Kali Kedua

Posted: 13 Jul 2013 03:00 AM PDT

Taman Sentosa, 13 Julai 2013 - Kelas membuat kek cawan kedua hari ini telah diadakan di DUN Seri Andalas. 

Para peserta yang hadir mempelajari cara-cara membuat kek cawan dan sijil diberikan kepada semua peserta. Hadir menyampaikan sijil adalah YB Dr Xavier Jayakumar.

YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan adanya kelas-kelas seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu para wanita menjana pendapatan dari rumah untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

Kelas-kelas membuat kek, menjahit pakaian dan langsir serta manik adalah usaha berterusan oleh YB Dr Xavier untuk membantu golongan wanita dan ibu tunggal berpendapatan RM1500 dan kebawah seisi keluarga untuk menambah pendapatan mereka. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-51610400.  

Kelas membuat kek ini dikendalikan oleh Puan Sangetha.






Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Neo-Fascism Challenges Pro-Morsi Pro-Democracy Egyptians

Posted: 13 Jul 2013 08:17 AM PDT

Ikhwan Web

Columnist Fahmi Howeidi describes exclusionary measures and atrocities by security services and certain politicians against the Muslim Brotherhood and supporters of President Mohamed Morsi and democratic and constitutional legitimacy as neo-fascism.

Egyptian elite and intellectuals calling for reconciliation and defense of the democratic process in Egypt are being subjected to a fierce, unfair and unjustified campaign of slander and intimidation these days.

This takes place at a time when Egypt is facing tumultuous uncontrolled emotions and feelings, with no way to calm tension except through calls to reconciliation and commitment to the values ??of democracy and democratic process and tools.

 I say this after I read the writings of several journalists who set out to try and stifle those voices and exercise various pressures in order to silence them. Some have gone so far as to ridicule the idea of ??reconciliation and discredit the talk about democracy and the rule of law, while disproportionately praising 'Military-dom', and implying and making-believe that any criticism of the military and its regime is a kind of political profanity and blasphemy which inevitably lead the 'perpetrator' to a fateful end.
 This is in addition to all forms of intimidation and ridicule – which is utterly absurd, especially from mature writers who have professional status and enjoy high prestige in the media world.
 This gets even more shocking as we learn that the pressures and intimidation faced by rational voices in the media do not come exclusively from sensationalists, propagandists and agents provocateurs in the media. Indeed, I heard some of these voices complain of pressures exerted on them from certain commanders of the security apparatus that regained vitality and activity in the wake of recent developments.
 The sad thing is that charging the people with feelings of hatred and estrangement, in many cases, makes the worst of them. Now, those wise people are exposed every now and then to a barrage of insults and obscenities on social networking websites that profanes their dignity and honor.
 A fellow 'journalist' was bashing, vilifying and slandering one of those wise liberals, he wrote: “He filled our heads with nauseating talk about democracy, the rule of law, peaceful transfer of power, and other elite paraphernalia, while insisting, implicitly or explicitly, on standing against military rule, fighting with all his philosophization and pedantry to prevent the army from even approaching the political arena.”
 No less surprising is the fact that our esteemed colleague denounced that liberal politician's rejection of the exclusion of the Muslim Brotherhood, of the “ruinous discourse of revenge, hatred and spite adopted against them, and of his reservations about shuttering their satellite TV stations”.
 In conclusion, our colleague said of the Muslim Brotherhood, “We cannot integrate them into any culture or society. Nor should any sane person reach out to them, because they are advocates of subversion and sabotage. They are professionals at conspiracy and betrayal. We do not want them among us. We do not want them to breed, multiply and thrive in our midst like poisonous insects. Their trials must be neither fair nor impartial, because their justice is not like ours, and their Islam is not our Islam”, as published in Al-Watan on July 7.
 I included the long quote above because it brings together almost all others have been repeating in various articles with headlines like: “Yes to the exclusion of the Muslim Pretenders (referring to the Muslim Brotherhood)”, “Fascist traitors must get out of our lives completely”, “Say rehabilitation, not national reconciliation”… etc.
 Interestingly, one of those antagonists began his satirical verse by saying, “We will not tolerate traitors, murderers or conspirators. But we must open our hearts to all those who differ with us in attitudes and opinions!”
After an enthusiastic colleague wrote an article calling for prosecution of Dr. Yusuf Al-Qaradawi – the renowned Muslim scholar, another colleague of hers added that the death penalty is not enough for Dr. Mohamed Badie, the Muslim Brotherhood Chairman!
Meanwhile, another colleague simply used a poem called 'No reconciliation' by Amal Dunqul (in which he urged Sadat to make no reconciliation with the Israelis), and considered this appropriate to pre-empt the idea of ??reconciliation with the Muslim Brotherhood.
The campaign of intimidation and physical exclusion does not stop with that torrent of incitement, insults and obscenities with which Egyptian media overflows. In fact, it goes in parallel with other measures, such as preventing Brotherhood writers and journalists from getting published in national newspapers, closing down some religious TV channels, expanding arbitrary arrests and detentions of Islamist leaders, blacking out news of mass rallies and sit-ins by supporters of Dr. Morsi, and adopting the point of view of the regime and the security apparatus in the way current events are presented, including the dawn massacre outside the Republican Guard compound.
 Even more, some of these colleagues called for a boycott of Al-Jazeera TV channel, forcing its crew out from a press conference in which representatives of the ministries of interior and defense talked, just because Al-Jazeera presented the other point of view as well as the ministry of interior's perspective regarding the ongoing events.
 When I searched for a definition that sums up what we are witnessing these days, I could not find any appropriate term but 'neo-fascism'. The saddest thing about this neo-fascism is not only the fact that it is there at all, but that some hail and welcome it gleefully! Woe to them all! Woe to neo-fascism!