The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 13 Jul 2013 07:47 PM PDT Lee Lam Thye adalah seorang tokoh politik yang digemari oleh DBKL. Kami terasa sangat nak membantu beliau kerana sikapnya yang sangat merendah diri, dan sentiasa menghulurkan kerjasama dengan DBKL. Jika boleh dianggap bahawa Kuala Lumpur sebagai sebuah Negeri, Kuala Lumpur mengadakan Annual State Dinner setiap tahun dan tetamu-tetamu khas terdiri daripada Councillors, Menteri yang diletakkan menjaga Kerajaan Tempatan, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai DBKL dan juga wakil dari badan-badan di DBKL yang diiktiraf. Didalam senarai yang panjang itu tidak dimasukkan ahli-ahli politik dari Parti-Parti Pembangkang kecuali Lee Lam Thye yang pada waktu itu adalah Wakil Rakyat Bukit Bintang. Beliau adalah Ahli Parlimen mewakili DAP. Datuk Bandar sentiasa mengingatkan supaya Lee Lam Thye dijemput sama. Mana-mana pegawai di DBKL yang ada hubungkait dengan kerja-kerja mengatasi masalah orang ramai tentu akan bertemu dengan Lee Lam Thye tidak kurang sekali dua dalam tempoh satu minggu. Kepada pegawai-pegawai ini Lee Lam Thye adalah seorang rakan bagi DBKL. Setiap pagi Lee Lam Thye sudah sampai ke kawasan-kawasan yang bermasalah di Kuala Lumpur, bukan sekadar kawasan Bukit Bintang sahaja. Dengan lapuran masalah-masalah itu Lee Lam Thye datang menemui pegawai-pegawai DBKL dan berbincang dengan pegawai-pegawai itu cara-cara mengatasi masalah. Lee :Lam Thye akan berada di tempat banjir kilat, dia akan berada di tempat kebakaran, dia akan berada di tempat longkang tersumbat, dia akan berada di kawasan setinggan, dia akan berada di kawasan pasar, dia akan berada di kawasan-kawasan bermasalah dan membawakan masalah itu untuk diatasi oleh DBKL. Bukan senang nak cari pemimpin politik Pembangkang yang rapat dengan pentadbiran Kerajaan dan pegawai-pegawai DBKL menyanjung tinggi tindakan-tindakan Lee Lam Thye. Berbeza dengan ahli-ahli politik lain yang juga datang ke DBKL tetapi dengan angkuh menunjuk-nunjukkan sangat bahawa merekalah yang berkuasa, merekalah mewakili Kerajaan, cakap mereka sahajalah yang betul, bahkan mereka datang dengan saman-saman kompoun supaya kompoun itu dapat dibatalkan. Apa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik itu, kononnya untuk merapati orang ramai ialah menunjukkan kuasa kononnya merekalah yang boleh membatalkan notis-notis kompoun. Dan cara mereka mendatangi pegawai-pegawai bertugas untuk kompoun ini dengan cara yang amat kasar seolah-olah kakitangan DBKL tidak berhemah dan tidak tahu menjalankan tugas; bererti mereka lebih suka jika jikalau DBKL tidak mengambil tindakan atas kesalahan-kesalahan yang boleh dikompounkan itu. Memang pegawai-pegawai kompoun itu boleh mengurangkan sedikit sebanyak jika mereka yang menerima notis itu mempunyai alasan yang kuat kenapa mereka boleh menerima kompoun yang lebih rendah. Tetapi sesetengah ahli politik itu datang dengan puluhan notis kompoun dan memaksakan supaya notis itu dibatalkan. Diatas sebab-sebab yang konkrit, pegawai-pegawai kompoun juga boleh membatalkan kompoun berkenaan seumpama kenderaan yang membawa orang yang sakit tenat terpaksa berhenti meletakkan kereta di tempat yang tidak dibenarkan dihadapan sesebuah klinik. Di dalam apa juga kes kompoun ini, Datuk Bandar berkuasa untuk membatalkan notis-notis itu tetapi Datuk Bandar tidak pernah mengambil alih tugas pegawai-pegawai kompoun sebagai tanda hormat beliau keatas petugas-petugas on the ground yang menjalankan kerja. Didalam isu kompoun ini saya masih teringat dan terluka dengan tindakan yang dilakukan oleh Alex Lee dari Parti Gerakan. Pada suatu hari Gerakan mengadakan perjumpaan umum di Taman Tasik Perdana di kawasan yang tidak boleh parkir baik diatas jalan mahupun diatas rumput. Hampir seribu lebih kenderaan-kenderaan diparkir diatas rumput suatu kesalahan yang boleh dikompounkan dan kompounnya telah ditetapkan sebanyak RM100.00. Pada pagi Ahad itu, anggota-anggota Unit Penguatkuasa telah menalipon saya di rumah meminta saya datang segera ke Tasik Perdana untuk mengatasi masalah kenderaan-kenderaan dari penyokong-penyokong Parti Gerakan yang parkir diatas rumput dan diatas jalan sehingga menghalang lalulintas. Hari Ahad adalah hari keluarga-keluarga Kuala Lumpur berehat di kawasan Tasik Perdana dan sekali-kali tidak dibenarkan mana-mana kenderaan menghalang lalulintas. Tempat Letak Kereta memang sudah dikhaskan dan hanya di kawasan Letak Kereta sahaja boleh kenderaan-kenderaan diparkir. Memang betul. Apabila saya sampai di Tasik Perdana, saya lihat ribuan kereta yang parkir diatas jalan yang tidak boleh parkir dan diatas rumput dan menghalang lalulintas menyebabkan lalulintas di kawasan itu tidak dapat diuruskan. Saya terus menghubungi pihak Polis dari Jalan Travers untuk menghantarkan bantuan, dan saya pinta anggota-anggota unit Penguatkuasa DBKL berhimpun di kawasan berkenaan untuk menjalankan tugas meletakkan notis kompoun di semua kereta yang menghalang dan yang parkir diatas rumput. Saya bertemu dengan Alex Lee dan meminta petugas-petugas parti Gerakan supaya memberitahu penyokong-penyokong parti itu mengalihkan kenderaan mereka dari atas rumput. Saya sanggup berkompromi supaya kereta-kereta mereka itu diparkir diatas jalan dengan teratur supaya tidak menghalang lalulintas walaupun meletak kereta di kawasan itu juga adalah kesalahan. Jawapan dari Alex Lee sangatlah bisa, "We are the Government, what can you do?" Saya terangkan seperti notis-notis yang diletakkan di kawasan itu bahawa meletak kereta di atas rumput dan diatas jalan di kawasan itu adalah satu kseslahan. Tetapi Alex Lee berkata dengan angkuh bahawa,"We are a Government Party, and this is our celebration." Sedang saya berunding dengan Alex Lee, saya ternampak Datuk Michael Chen, dan saya menceritakan perkara ini kepada Michael. Dia tak banyak cakap, hanya dia berkata bahawa QAlex tu keras kepala, "Ambil sahaja tindakan, Suhaimi," kata Michael. Saya beri tempoh yang cukup kepada Alex Lee untuk mengalihkan kereta-kereta penyokong-penyokong Gerakan itu, tetapi manusia angkuh itu berkata, "Even if you give us one day, we are not going to move out our cars." Oleh kerana itu saya meminta pihak polis supaya memberikan perlindungan kepada anggota-anggota Unit Penguatkuasa DBKL yang saya arahkan untuk mengeluarkan notis-notis saman. Melihat itu, Alex Lee dan beberapa orang lain menaiki keretanya dan saya terus ekori dia di belakang. Seperti yang saya jangkakan pemandu Alex Lee memandu keretanya menghala ke rumah Datuk Bandar. Belum sempat keretanya berhenti betul, Alex Lee sudah turun dari keretanya. Saya pun berhentikan kereta saya dan saya juga turun. Masa itu Datuk Bandar sedang relax di luar rumahnya, dan menengokkan keadaan itu, Datuk Bandar terus bertanya kepada Alex, "What's wrong Alex?" Alex Lee terus mengatakan bahawa dia berhadapan dengan Pegawai Dewan Bandaraya yang kurang ajar. Dia menceritakan bahawa Parti Gerakan sedang mengadakan celebration di Taman Bunga tetapi pegawai itu (dia tunjuk kearah saya) mengeluarkan saman terhadap semua kereta penyokong Gerakan. Datuk Bandar berpaling kepada saya dan bertanya pulak kepada saya, dan saya menjawab dengan mudah bahawa ribuan kereta-kereta dari parti Gerakan sedang meletakkan kereta diatas rumput dan diatas jalan menghalang lalulintas di Taman Bunga, dan saya telah minta Alex mengarahkan ahli-ahlinya mengalihkan kereta-kereta itu diletak diatas jalan secara teratur supaya tidak menghalang lalulintas. Datuk Bandar terus bertanya kepada Alex, "Tak boleh ke kamu meletakkan kereta supaya tidak menghalang lalulintas? Kita ada Bye-Laws yang menghalang keras meletak kereta diletak diatas rumput di Taman Bunga itu! Come on Alex, you are a Government man, my officer is only carrying out his duty." Mendengar kata-kata itu dari Datuk Bandar, Alex Lee terus naik keretanya balik untuk dipandu ke Taman Bunga. Saya ekori juga di belakangnya. Apabila saya sampai ke Taman Bunga saya diberitahu oleh Unit Penguatkuasa bahawa semua kenderaan itu telah diberikan notis saman. Esuknya seawal jam 9.00 pagi, Alex Lee sudah berada di Pejabat Datuk Bandar dengan 1000 lebih notis saman. Dia minta Datuk Bandar membatalkan saman itu, dan Datuk Bandar meminta Alex Lee berjumpa dengan saya. Di Pejabat saya Alex Lee meletakkan saman-saman itu dihadapan saya dan menyatakan bahawa Datuk Bandar mengarahkan saya supaya membatalkan saman-saman itu. Tidak mungkin Datuk Bandar membuat arahan itu melalui Alex Lee, lagi pun saya tidak ada kuasa membatalkan saman itu, bahkan diatas kesalahan di Tasik Perdana (Taman Bunga) itu tidak ada seorang pegawai pun yang boleh mengurangkan kompoun. Saya menalipon Datuk Bandar dan memang benar Datuk Bandar tidak mengarahkan saman-saman itu dibatalkan. Saya beritahu Alex bahawa jika dia mahu membayar kompoun, kompoun yang ditetapkan adalah RM100.00 bagi setiap kereta, dan jika didalam tempoh tertentu, jika kompoun tidak dibayar, saman itu akan dibawa ke Mahkamah, dan saya nyatakan bahawa biarlah Magistrate sahaja yang menetapkan denda, dan denda itu tidak akan lebih rendah dari RM100.00. Alex terus beredar dari Pejabat saya, tetapi didalam tempoh notis itu, semua saman itu telah dibayar kompoun oleh oleh pegawai-pegawai dari Parti Gerakan. Inilah diantara kerja-kerja yang sepatutnya tidak menjadi masalah tetapi menjadi masalah kerana ada ahli-ahli politik yang merasakan bahawa dia boleh mengatasi undang-undang dan kerja-kerja menggila seperti itu tidak akan dilakukan oleh Lee Lam Thye. Saya rasa cukuplah setakat itu kisah-kisah saya di DBKL dan selepas ini akan saya coretkan pula pengalaman-pengalaman saya sebagai seorang peguam. (...bersambung...) |
PAKSI DI HARAMKAN OLEH DATUK BANDAR Posted: 13 Jul 2013 03:19 PM PDT Diantara kakitangan Dewan Bancdarya Kuala Lumpur memang terdapat mereka yang berbakat di bidang seni. Ada yang mampu berkarya di bidang seni. Mereka telah menemui saya untuk mewujudkan sebuah persatuan untuk menampung kegemaran mereka ini. Apabila saya memanggil satu mesyuarat untuk penubuhan sebuah badan seni di DBKL, tidak kurang dari 100 orang kakitangan yang hadir. Diantara mereka yang hadir itu adalah mereka yang berbakat di bidang nyanyian dan muzik, bidang syair dan sajak, bidang lakonan dan melalui kemudahan yang boleh dipohon dari DBKL adalah alat-alat muzik. Didalam bidang nyanyian itu tak sangka-sangka ramai dari kalangan yang veteran juga tampil menunjukkan bakat mereka. Sebahagian besar juga terlibat dengan lakonan pentas, dan saya cukup yakin bahawa bakat mereka itu boleh dikembangkan lagi. Kami telah tubuhkan Persatuan Seni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PAKSI). Setiap hujung minggu ada beberapa jenis latihan diadakan di DBKL. Melalui PAKSI kami berjaya mementaskan drama pentas, deklamasi sajak dan nyanyian, dan pementasan itu bukan sahaja untuk kakikatangan DBKL tetapi juga untuk orang ramai, dan kami mengenakan bayaran untuk masuk bertujuan untuk mencari tabung aktiviti kami. Setelah menampakkan kejayaan, kami ingin mementaskan drama yang lebih besar dan kami telah memanggil orang kuat drama pentas di Malaysia pada waktu itu untuk menyiapkan skrip dan mengarahkan drama itu. Kami adakan pementasan itu 3 malam berturut-turut. Malam pertama adalah untuk kakitangan dan orang awam, malam kedua juga adalah untuk kakitangan dan orang awam. Dan pada malam ketiga, iaitu kemuncak kepada pementasan itu kami jemput dhif-dhif sebagai tamu. Diantara yang hadir termasuklah Datuk Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan dan Kebudayaa, Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan pegawai-pegawai DBKL. Kehadiran yang memenuhi Dewan adalah petanda kejayaan pementasan kami. Namun Pengarah pentas itu (tak baik untuk saya sebutkan namanya, namanya cukup top di dunia pentas) telah membuat perubahan skrip. Beliau bukan sahaja menulis skrip itu, beliau juga mengarahkan drama itu, di samping menjadi Pelakon Utama. Jalan ceritanya adalah mudah iaitu penderhakaan Hang Jebat. Pengarah itu adalah hero didalam cerita ini berlakon sebagai Hang Tuah. Apabila Hang Tuah dipanggil kembali ke Melaka untuk menentang Hang Jebat, masa mula keluar itu, beliau diberikan tepukan gemuruh. Tetapi tiba-tiba ada perkara yang tak kena. Skrip drama itu iaitu yang berhubung dengan pembicaraannya telah ditukar. Didalam skrip asal Hang Tuah kagum dengan pembangunan Melaka sejak ditinggalkan olehnya; tetapi didalam skrip yang diubahnya Hang Tuah berkata: "Siapa Datuk Bandar tempat ini. Bandar ini kotor. Mungkin ditadbirkan secara rasuah." Dan bila dia berkata demikian, Hang Tuah memandang tepat kepada Tan Sri Yaakob Latiff. Saya betul-betul sudah gelisah. Datuk Bandar sudah tidak selesa, dan dia terus memandang kepada saya. "Kalau awak bertujuan untuk menghina saya melalui drama ini, awak telah berjaya. Esuk datang juga saya. Puki Mak Datuk Bandar Rasuah." Dia dan isterinya angkat punggung dan meninggalkan Dewan diikuti oleh Mohamed Rahmat dan semua dhif-dhif jemputan. Saya tidak tahu mana nak letakkan di mana muka saya. Saya arahkan petugas-petugas menarik curtain diatas pentas, dan pentas itu diberhentikan serta merta. Dan apabila saya menemui Pengarah itu selepas itu, saya melahirkan perasaan tidak senang saya, tetapi dia dengan angkuh dan kurang ajar mengatakan bahawa, "Saya peduli apa? Saya bukan kakitangan Dewan Bandaraya." Saya putuskan hubungan saya dengan dia, dan selepas malam itu saya tidak berurusan lagi dengan dia baik sebagai kawan mahupun sebagai ahli seni. Yaakob Latiff adalah Datuk Bandar yang terbaik, dan sikap Pengarah itu yang kurang ajar betul-betul menjijikkan!!! Pagi-pagi esuknya saya mengadap Datuk Bandar. Saya terima sajalah apa yang dihumbankan kata-kata terhadap saya. Setelah hampir 15 minit Datuk Bandar "menyumpah" saya, dia pun menjatuhkan hukuman: "Persatuan kamu diharamkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur." PAKSI mempunyai sedikit harta iaitu yang kami letakkan beberapa vending machine di Tasik Perdana. Setiap hari PAKSI membuat keuntungan tidak kurang dari RM500.00. Aktiviti kami diharamkan, dan saya redho. Dan kemudahan itu kami persetujukan untuk diberikan kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Melayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dengan kejadian itu saya hilang minat untuk terlibat dengan mana-mana badan yang ada di DBKL, dan saya menumpukan kepada bidang tugas dan kerja saya sahaja. Tetapi Datuk Bandar bukanlah manusia yang berdendam. Saya dipanggil semula olehnya dan dia menasihatkan saya supaya tidak berdukacita dengan kejadian itu. Diantara kejayaan PAKSI ialah melahirkan pelakon yang akhirnya mendapat tempat didalam drama TV seperti Zakaria dan Izan; dan Zakaria masih berkarya hingga ke hari ini. (...bersambung...) |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan