Selasa, 9 Julai 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Sukar Memahami Bahasa Cockney

Posted: 09 Jul 2013 11:02 PM PDT

Tentulah apabila sampai di London ada beberapa barang keperluan untuk dibeli seperti berus gigi, sabun dan paling penting pada waktu itu adalah rokok.  Saya kuat menghisap rokok.  Greeting daripada warung-warung kedai pun sukar difahami, seperti Hello Love, perkataan love itu tidak disebut seperti kita sebut love, tetapi luv, atau perkataan nice weather isn't it, perkataan nice itu disebut sebagai nis, perkataan weather itu disebut sebagai wither, dan perkataan isn't it itu disebut innit.

Mereka sebut a packet of cigarette itu sebagai "you want 20?' atau "you want 10?' mereka tak sebut packet.

Mereka sebut bottle itu sebagai bok'el, dan bus itu sebagai bus mengikut ejaan.  Lama kelamaan sudah menjadi biasa, dan seronok pulak berbahasa cockney, dan semua pekerja-pekerja Malaysia di London berbahasa Cockney.  Semasa mereka mula belayar sebagai kelasi meninggalkan Malaya dulu mereka langsung tak tahu berbahasa Inggeris, dan bahasa Cockeny itulah bahasa Inggeris mereka.

Kadang-kadang lucu juga melihat anak-anak pekerja Malaysia ini, ada yang rupa Mat Salleh, dan ada yang rupa Negro.  Kenapa?  Kerana mereka itu ada yang berkahwin dengan janda-janda Mat Saalleh dan janda-janda Negro, kanak-kanak itu adalah anak-anak tiri mereka.

Beberapa bulan di London, saya tidak memasak sendiri tetapi makan di Malaysia Hall waktu malam dan di waktu siangnya makan di Kantin Liconln's Inn, di Chancery Lane.

Chancery Lane ini adalah lorong untuk para peguam.  Di situlah berlonggoknya firma-firma guaman.  Sistem guaman di sana tidak seperti di Malaysia.  Di sana jika kita adalah seorang Barrister, tugas kita adalah mewakili pelanggan-pelanggan di Mahkamah; kita sendiri tidak mengambil apa-apa briefs daripada pelanggang; manakala tugas bertemu pelanggan itu dilaksanakan oleh Solicitor.  Solicitor tidak pergi ke Mahkamah, tetapi hanya mengambil briefs daripada pelanggan-pelanggan.

Diantara Barrister dan Solicitor ini mereka kena wujudkan hubungan baik;  barrister yang tidak ada hubungan dengan solicitor, tidak akan mendapat sebarang kerja, kerana mereka tidak bertemu dengan pelanggan-pelanggan.

Di Malaysia pula, kedua-dua Barrister dan Solicitor itu digabungkan sekali, sebab itu kita akan dapati bahawa nama seseorang peguam atau nama firma guaman itu diletakkan sebagai Advocate & Solicitor.  Dialah solicitor dan dialah barrister atau advocate (Peguambela dan Peguamcara).

Saya telah bertemu dengan seorang Barrister Melayu yang terkenal; dia tinggal di Birmingham.  Dia berasal dari Melaka.  Selepas dia lulus undang-undang, dia tidak kembali ke Malaysia. Dia terus bertugas sebagai seorang Barrister yang sangat berjaya.  Saya pernah tidur di rumahnya di Birmingham; bahkan dia mempunyai banyak rumah di Birmingham yang dia sewakan.

Dia menggalakkan saya supaya belajar bersungguh-sungguh dan membuka firma di London atau lain-lain kota di England.  Dia boleh coaching saya untuk menjadi Barrister yang berjaya.

Setelah beberapa tahun dia menjadi Barrister yang berjaya, dia telah dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi England, dan beberapa tahun yang lepas saya berjumpa dengannya di Melaka kerana anaknya berkahwin pula dengan anak buah saya di Melaka; dan anaknya memilih untuk menjadi rakyat Malaysia dan tinggal di Melaka.

Saya dapati makan di luar menelan kos yang tinggi; dan saya memutuskan untuk memasak sendiri.  Memasak sendiri tidaklah begitu mahal, hanya perlu membeli beras, ikan, sayur, bawang dan sebagainya, dan sekali sekala membeli daging halal melalui kedai-kedai orang Pakistan.

Ada juga masanya saya pergi ke pasar untuk membeli berbagai keperluan dapur, dan ada cerita yang melucukan semasa saya pergi ke pasar.  Saya lihat mat-mat Salleh pergi ke warong menjual belut.  Belut laut adalah besar, kadang-kadang besar dari lengan kita.  Mereka beli sepingga belut, dan diletakkan vinegar dan mereka makan nampaknya macam sedap aja.

Saya cuba juga ambil satu pinggan yang sudah direbus.  Rupa-rupanya selera saya tak boleh terima, rasa nak muntah pulak.  Saya tukarkan kepada cockle, itu saya boleh makan.

Setelah saya berpindah ke rumah Rahman Embong di Quernmore Road, kami masak bersama tetapi Rahman lebih kepada membeli keperluan saja dan sayalah menjadi tukang masaknya.  Entah sedap atau tak sedap, kami makan sajalah.

Rahman adalah pelajar yang sedang membuat Master, bijak orangnya; cukup faseh berbahasa Inggeris, dan cukup luas pembacaanya.  Melaluinya saya diperkenalkan dengan suatu study group, suatu group yang mengkaji tentang Marxism-Leninism.  Itulah kali pertama saya didedahkan dengan buku-buku yang ditulis oleh orang-orang kiri seperti Karl Marx, Frederick Engels, Lenin, Mao Tze Tung dan ada juga tulisan Trotsky seperti the Role of Individual, tetapi Trotsky sendiri tidak digemari kerana beliau dianggap sebagai pengkhianat kepada perjuangan kiri.

Masa itu perperangan Vietnam sedang memuncak, dan keadaan di Palestin menggegarkan.  Kami sentiasa menyertai demonstrasi-demonstrasi menentang Imperialisme Amerika dan Zionis Israel di kedutaan-kedutaan Amerika dan Israel di London.  Acap kali juga MASS Forum mengadakan forum di Malaysia Hall untuk menentang Imperialisme Amerika dan Zionis Israel.

Tidak ramai pelajar-pelajar Malaysia yang mahu terlibat dengan forum-forum seperti ini kerana terdapat ramai di kalangan mereka mengambil sikap pro-Amerika dan ada pula yang pro-Israel.  Yang ramai menghadiri forum seperti ini adalah pelajar-pelajar Malaysia termasuk dari luar London terdiri daripada mereka yang berfikiran progresif.

Suatu kelucuan berlaku apabila seorang Ahli Forum yang kami jemput itu berucap menentang habis-habisan menentang Zionis Israel.  Dan ada seorang pelajar Melayu yang mengatakan bahawa selagi Yahudi tidak dihapuskan di muka bumi ini, isu Palestin tidak akan selesai.  Ahli Forum itu mendedahkan dirinya sebagai seorang Yahudi.  Walaupun dia Yahudi, dia menentang Zionisme dan dia memperjuangkan wujudnya sebuah negara Palestin yang demokratik.

Semasa itu ada PLO yang menjadi badan tertinggi menggabungkan pejuang-pejuang Palestin.  Ada satu organisasi yang duduk di dalam badan itu yang militan berjuang menentang Zionis Israel, organisasi itu dipimpin oleh Geroge Habash, seorang beragama Kristian dan didalam organisasi itu terdiri daripada penduduk Palestin yang beragama Kristian dan juga Yahudi.

Pelajar-pelajar Melayu tidak pernah terdedah dengan kenyataan ini, dan mereka berasa pelik kenapa orang-orang Kristian dan Yahudi menyokong perjuangan menentang Zionis Israel untuk pengujudan sebuah negara Palestin.

Saya menyertai sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar seluruh dunia di London yang bersikap menentang Imperialisme dan Zionis Israel yang dinamakan International Association Against Imperialism and Zionism.  Didalam badan ini ramai pelajar-pelajar dari Timur Tengah, Turkey, Iran, Pakistan, India, Indonesia, Amerika (Utara dan Selatan) dan dari berbagai Negara Eropah.

Akhirnya saya dilantik sebagai Setiausaha kepada badan ini, dan badan ini bertanggungjawab mengadakan demonstrasi-demonstrasi menentang Imperialisme Amerika dan Zionis Israel, juga kami mengadakan forum-forum di universiti-universiti sekitar kota London, dan saya tidak tahu apa yang berlaku kepada badan ini setelah saya kembali ke Malaysia.

Walaupun saya terlibat dengan badan-badan anti-Imperialis dan anti-Zionis, saya tidak pernah terlibat dengan organisasi-organisasi komunis di London.  Di London cukup banyak organisasi kiri termasuk organisasi-organisasi komunis, dan jika tersalah langkah maka kita akan terjerumus dengan organisasi komunis itu.  Tetapi bukan semua organisasi komunis itu mengambil ideologi Marxism-Leninism-Mao Tze Tung Thought.  Bermacam-macam ideologi dan sesetengahnya hanya menamakan diri mereka komunis, tetapi mereka itu sebenarnya badan-badan sosial di mana lelaki bersosial dengan perempuan terutama sekali bagi mereka yang mengikuti fahaman Trotsky.  Bukan mereka itu Trotskiyet tetapi menggunakan nama Trotsky untuk menarik pengaruh sahaja.

Di England pun ada dua parti politik yang menggunakan nama Komunis - Parti Komunis Great Britain dan Parti Komunis England Marxis-Leninis.  Parti-parti ini adalah parti-parti kecil, hanya Parti Komunis England itu ada sedikit pengaruh di kalangan kaum pekerja kerana Pengerusinya adalah seorang Ahli Trade Union yang popular.
\
Saya mengambil sikap ingin mengetahui dan saya membaca buku-buku yang ditulis oleh Karl Marx, Frederick Engels, Lenin dan Mao Tze Tung, dan sedikit sebanyak janganlah cuba nak kelentung saya tentang teori-teori itu, saya tahu.  Tahu bukan bermakna menyertai.  Ramai professor-professor bangsa Yahudi yang tahu Quran, boleh mengajar Quran, tetapi mereka itu bukanlah beragama Islam.

Semasa saya berada di London, saya tetap menganggotai PSRM, dan saya berusaha mengrekruit pelajar-pelajar Malaysia supaya menganggotai PSRM, dan kami berjaya menubuhkan 2 buah ranting PSRM.

Semasa itulah saya dapat bertemu dengan Sdr Ahmad Boestamam yang juga mengambil pengajian undang-undang.  Boestamam pernah memberitahu saya bahawa dia mungkin terpaksa memberhentikan pengajiannya kerana tidak mencukupi kewangan untuk meneruskannya.

Saya juga bertemu denga Sdr Hasnul Hadi, bekas Presiden Majlis Perbandaran Kota Melaka; saya jemput Hasnul untuk tinggal serumah dengan saya supaya dapat mengecilkan perbelanjaan.  Saya dan keluarga saya menyewa sebuah rumah di South Clapham, dan rumah itu ada 3 bilik tidur.  Saya dan keluarga saya gunakan satu bilik; Rubiyah (Kak Rubi) bersama dua orang anaknya ambil sebuah bilik dan Hasnul sebuah bilik yang lain.  Rumah itu ada dapur yang besar dan saya gunaka dapur itu untuk ruang tamu dan tempat kami makan.

Isteri saya dan Kak Rubi memasak bersama-sama, dan saya juga menjadi tukang masak.  Kak Rubi bekerja sebagai konduktor diatas Bas London Transport.  Pendapatannya cukuplah untuk dia, dan persekolahan anak-anaknya.  Untuk mendapatkan wang tambahan saya mengajak dia bekerja di Kilang Plastik bersama-sama saya sebagai part time.

Selepas saya kembali ke Malaysia, saya dengar Kak Rubi meninggal dunia, dan saya tidak tahu apa berlaku kepada dua orang anak perempuannya, Faridah dan Zubi.  Mengikut kata Lam adik kepada Wong Weng Kwai, dia pernah terjumpa dengan Zubi yang mengatakan Faridah sudah berkahwin, tetapi selepas itu tidak bertemu dengan dia lagi.

Semasa saya pernah tercari-cari untuk menyewa sebuah rumah di Clapham South, saya pernah menumpang di rumah Lam dan abangnya Wong Weng Kwai; dan Lam masih tinggal di rumah itu sekarang dan dia bekerja sebagai seorang akauntan di London.  Wong Weng Kwai kembali ke Malaysia dengan isterinya bernama Molly dan anak perempuannya.  Dia bertugas sebagai seorang peguam di Mah Kok & Din di Kuala Lumpur.  Apabila anak perempuannya belajar di Australia, Molly ikut serta anaknya di sana dan mendapat kerakyatan Australia dan kinipun Wong Weng Kwai sudah menetap di Australia juga.  Kami betul-betul kawan yang rapat bukan sahaja semasa kami di London tetapi apabila kami sudah berada di Kuala Lumpur.

Wong Weng Kwai adalah seorang manusia yang hebat.  Rumah emaknya terletak di pinggir Kg Baru, Kuala Lumpur.  Semasa May 13 Riot, rumah emaknya dibakar hangus oleh anasir-anasir perkauman.  Sepatutnya Wong mengambil sikap anti-Melayu kerana rumah emaknya dibakar oleh orang Melayu perkauman.  Tetapi, Wong tetap mengambil sikap tidak perkauman.  Bahkan Wong mendahului rakan-rakan lain menentang sikap perkauman, dan mengajak pelajar-pelajar Malaysia supaya bersatu menentang perkauman.

Kumpulan kami iaitu golongan progresif di kalangan orang Melayu, Cina dan India, tersepit di tengah-tengah semasa berlakunya 13 Mei itu.  Golongan pelajar Melayu mengambil sikap anti-Cina dan golongan pelajar Cina mengambil sikap anti-Melayu.  Kami tersepit di tengah-tengah.  Dan saya kenal ramai dari kalangan racialist Melayu ini menjadi pemimpin UMNO dan racialist Cina menjadi pemimpin MCA, dan mereka itulah kononnya yang nak mengajak rakyat bersatu padu. Piii lah...!

Dua hari sebelum Mei 13 itu, isteri saya bersama anak kecil saya Surina yang baru lahir meninggalkan Subang Airport untuk menyertai saya di London.  Saya bersama Isa menggunakan van kepunyaannya menunggu ketibaan saya di Heathrow Airport.  Rupa-rupanya, isteri saya terpaksa ambil penerbangan transit ke Bangkok dan bermalam dengan anak kecil saya di Bangkok.  Saya amatlah susah hati, perjalanan itu tentulah menyukarkan isteri saya.

Pada waktu yang dijadualkan saya dan Isa pergi lagi ke Heathrow Airport; tetapi notis penerbangan menunjukkan kapal terbang yang isteri saya naiki itu didivert ke Gatwick Airport.  Mujurlah Isa sangat mengetahui jalan-jalan di London dan sekitarnya; dan kami terus pergi ke Gatwick dan sempat sampai lebih awal dari ketibaan kapal terbang itu.

Setelah isteri saya selesai checking di immigration dan kastam, isteri saya keluar dari Airport, dan saya dan Isa sudah pun menunggu di luar.  Wah...saya cukup gembira melihat isteri saya, ibaratnya kalaulah saya ni Mat Salleh, dah tentu saya cium mulutnya seperti biasa dilakukan oleh Mat Salleh.  Saya terus pangku anak saya, ciumnya tak sudah-sudah, itulah kali pertama saya melihat anak saya.  Semasa saya meninggalkan Kuala Lumpur ke London, isteri saya mula mengandung, dan anak saya dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Nama baginya telah saya tetapkan.  Kalau anak lelaki telah ada namanya dan kalau anak perempuan saya namakan Surina, maka itulah namanya yang diberikan oleh isteri saya kepada anak sulung saya itu.

Budak kecil, rupanya, tidak ada masalah langsung dengan salji.  Anak saya yang mulai pandai berjalan cukup seronok bermain semasa salji sedang turun.  Dia suka main salji, berlari ke sana sini, jatuh, bangun semula dan berlari lagi.  Kalau saya terpaksa memakai jacket yang tebal mengelakkan dari sejuk, anak saya tak memerlukan itu semua, kalau dipakaikan jacket yang tebal dia tanggalkan.

Untuk menampung keperluan saya, isteri dan anak, isteri saya berkeja di London.  Mula-mula bekerja di Malaysian Students' Department di Bryanston Square, dan Surina dijaga oleh keluarga seorang Irish.  Orang Irish ini beragama Katholik, dan dia sangat suka kepada kanak-kanak, dan Surina dijaganya dengan penuh layanan yang baik.

Sebelum saya pergi ke Kolej, saya hantar dulu Surina ke rumah keluarga yang menjaganya, yang terletak hampir setengah kilometer dari rumah saya; isteri saya keluar dari rumah menaikki tube Northern Line dan bertukar ke tube Central Line untuk ke Bryanston Square.  Dan saya juga menaiki Norther Line ke Central Line untuk pergi ke Chancery Lane.

Tidak lama selepas itu saya berpindah ke Clapham South apabila saya mulai bekerja di kilang plastik.  Satu setesyen sebelum Clapham South adalah Clapham North.  Di situ ramai anak-anak Melayu Kelantan, dan kami pelajar-pelajar Malaysia pada ketika itu memanggil Clapham North itu sebagai kampung orang Kelantan.

Pengalaman saya dengan pelajar-pelajar Kelantan ni sama saja.  Semasa di Maktab MARA mereka bergaul sesama sendiri, rupa-rupanya di London pun mereka bergaul sesama sendiri juga.  Hanya saya kagum dengan Kerajaan PAS Kelantan, kerajaan memberikan biasiswa kepada anak-anak Kelantan tanpa mengira emak ayah pelajar itu dari mana parti politik, tidak seperti Kerajaan UMNO Pahang, yang hanya mengeluarkan biasiswa kepada anak-anak orang UMNO, dan itulah sebabnya saya tidak mendapat biasiswa Kerajaan Pahang kerana ayah saya adalah orang Parti Rakyat Malaya.

Bersama-sama dengan Hasnul Hadi kami menyewa sebuah kereta sewa dan kami mengembara ke Scotland melintasi dan menginap di Lake District, suatu kawasan perkampungan yang begitu cantik.

Selang beberapa hari, sampailah kami ke Ivernes, sebuah bandar terhujung sekali di Scotland.  Di situlah terletaknya Loch Ness (sebutan Lock Ness), sebuah tasik yang besar yang menggerunkan dengan pelbagai cerita dongeng mengenai seekor naga yang besar mendiami tasik itu.

Kami sampai ke Iverness pada waktu lewat petang, dan semasa kami tercari-cari akan bed & breakfast, disebuah kedai kopi, kami didatangi oleh seorang Scottish, dengan penuh adab memberi greeting kepada kami, "Selamat petang, dari Malaya?" tegurnya.  Terperanjat jugak saya apabila dia menegur kami dengan Bahasa Melayu.  Dia mengatakan bahawa dia pernah menjadi seorang askar British di Malaya semasa emergency dulu, dan dia masih boleh berbahasa Melayu.

Saya balas balik greetingnya dan memberitahu hajat kami untuk mendapatkan bed & breakfast.  Dia terus menawarkan rumahnya kerana di rumahnya ada dua tiga bilik kosong kerana anak-anaknya sudah besar-besar dan ada yang bekerja di luar dari Iverness.  Mula-mula kami menolaknya dengan baik kerana tidak mahu menyusah dia dan isterinya. "Tidak apa-apa, kami tahu kamu Muslim, nanti kita boleh makan di luar tak perlu di rumah kami, di sini ada makanan hal juga,"katanya.

Nampak dia bersungguh-sungguh maka kami terimalah pelawaannya.  Pada hari kami keluar dari rumah itu setelah 2 hari di sana, kami ingin membayar kepadanya, tetapi dia menyatakan, "Untuk kawan-kawan dari Malaya, saya beri perucuma."

Pada sebelah malam hari pertama di sana, kami di bawa ke pertunjukan kebudayaan orang-orang Iverness, dan di tengah-tengah pertunjukan kebudayaan itu, tuan rumah kami menjemput saya Hasnul dan isteri saya membuat satu persembahan kebudayaan orang Malaya (dia tidak kata Malaysia, kerana kepada kebanyakan mereka itu bila disebut Malaysia, mereka menjangkakan sebuah negara di Afrika).  Saya berpakat dengan Hasnul untuk menyanyikan lagu Rasa Sayang Eh, dan Hasnul sebagai orang Melaka tentulah tahu beberapa rangkap pantun.

Kami menjemput hadirin menyanyikan bersama kami lagu itu, dan mereka cukup seronok; bahkan semasa pementasan tamat dan masa untuk pulang, mereka terus menyanyikan rasa sayang eh..rasa sayang, sayang eh...

Semasa kami minum di kedai-kedai kopi di Iverness, ramai yang nak bercerita tentang naga besar yang timbul di tasik itu, dan mereka bercerita bersungguh-sungguh seolah-olah naga itu timbul diperhatikan oleh mereka, tetapi apabila ditanyakan samada mereka melihat atau tidak, mereka akan menyatakan, "I did not see, but my friends did."  Begitulah orang lain pun, semuanya mengatakan bahawa "My friends saw."

Kami kembali semula ke London dan meneruskan kehidupan di sana.  Hasnul Hadi gagal didalam perperiksaannya, dan dia tidak lagi mahu meneruskan pelajaran undang-undangnya.  Dan dia kembali ke Malaysia dan bergerak aktif didalam PSRM.

Semasa didalam pengajian di London ini, ada tiga orang yang saya sangat hormati, datang ke London untuk mengambil PhD, iaitu Syed Husin Ali, Sanusi Osman dan Halim Ali, ketiga-tiganya adalah pimpinan Parti Rakyat Malaya.

Dipendekkan cerita Syed Husin Ali dan Sanusi Osman berjaya mendapat PhD masing-masing dan mereka bergelar Dr.  Tetapi amat malang kepada Sdr Halim Ali.  Di peringkat beliau sudah menyediakan thesisnya, tutornya meninggal dunia, dan dia terpaksa mendapatkan tutor yang baru.  Nasib malang menimpanya lagi kerana tutor keduanya juga meninggal dunia sebelum Halim dapat menyiapkan thesisnya.  Beliau dibiayai oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak lagi memanjangkan biasiswa kepada Halim.  Maka Halim tidaklah berjaya mendapatkan Phd.

Saya rasa tidak lengkap kalau saya tidak ceritakan seorang character yang mengambil aeronotical engineering.  Namanya Oon Eng Hock, seorang top setudent di Universitinya.  Dia menjadi Anggota PSRM, dan apabila dia lulus dia kembali ke Malaysia kerana dia on government scholarship.  Dia kembali ke Ipoh dan menjadi seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah teknik di Ipoh.

Semasa saya menjadi Magistrate di Ipoh, kami acap bertemu, dan kegilaan Oon adalah terbang melalui flying clubnya.  Setelah saya berhenti menjadi Magistrate, saya tidak lagi bertemu dengan Oon.  Tiba-tiba semasa Pilihanraya Kecil DUN Kerdau, Oon dan Darshan Singh (yang juga menjadi ahli PRM semasa di London, dia adalah seorang peguam dan kini menjalankan kerja guamannya di Pulau Pinang) datang di tempat saya bertugas iaitu di Felda Jengka 22, Oon memberitahu saya bahawa dia kini menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS, dan pada malam itu saya meminta dia berucap.

Pada tahun lepas Oon mengahwinkan anak lelakinya, saya dan isteri saya diundang hadir, juga diundang adalah Darshan Singh dan Amir Dastan (semasa di London, dia adalah Presiden MASS Forum, dan Amir juga mempunyai PhD dari London).  Didalam ucapan Oon, dia mulakan dengan Assalamu 'Alaikum, dan di akhir ucapannya, dia membuat seruan 'TAKBIR'.

Oon memberitahu saya bahawa dia sangat bersetuju jika Islam memerintah Malaysia kerana Islam itu adil dan boleh diterima oleh semua bangsa dan agama.  Bila saya tanya dia samada dia berhajat memeluk ugama Islam, jawapannya mudah, "No I have my own religion."

Selama 4 tahun saya berada di London tentulah tidak cukup untuk dicatatkan semuanya didalam tulisan ini, tetapi itulah gambarannya, semoga anak cucu saya dapat memahaminya.

(...bersambung...)

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PKR: Gov’t may lose RM163mil over NFC soft loan

Posted: 09 Jul 2013 01:00 AM PDT

Malaysiakini

The government stands to lose about RM163 million from the National Feedlot Corporation (NFC) scandal, PKR director of strategy Rafizi Ramli has claimed.

NONEAt a press conference at the Parliament lobby today, he said the value of NFC properties seized by the government only stands at RM18 million.

As the government has released RM181 million out of the RM250 million soft loan, it can only save RM69 million from the package, he said.

Rafizi said the balance of RM163 million may be impossible to recoup as the company may be declared bankrupt.

This is because the NFC's operations have ceased, while its directors have not put up personal guarantees.

Anwar: Jangan sertakan penerimaan keputusan p’raya

Posted: 09 Jul 2013 12:58 AM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan menerima perkara lain dalam nota berkenaan namun penerimaan keputusan pilihan raya itu menurutnya akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan.

Pakatan Rakyat mencadangkan agar Dewan Rakyat tidak menyertakan perkara yang menyatakan penerimaan ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 dalam nota menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan menerima perkara lain dalam nota berkenaan namun penerimaan keputusan pilihan raya itu menurutnya akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan.

“Ada petisyen pilihan raya daripada kedua-dua pihak. Jadi kita minta jangan masukkan (dalam nota menjujung kasih kepada Tuanku),” kata Anwar.

Pakatan dan BN telah mengemukakan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya umum 5 Mei di beberapa kawasan parlimen dan DUN.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nak ambil lesen susah tapi kemalangan makin banyak

Posted: 08 Jul 2013 05:41 PM PDT




Walaupun prosedur untuk ujian lesen memandu adalah ketat, mahal, perlu menjalani pelbagai ujian untuk tempoh masa yang agak lama, namun kadar kemalangan di negara ini makin meningkat, masih ada pendatang asing yang memandu kenderaan awam seperti teksi, dimana silapnya? Ada fulus, semua lulus?

JPJ patut permudah ujian komputer
9 Julai 2013

Gagal ujian berkomputer berulang kali dan memerlukan kos tambahan untuk mengulang didakwa punca calon enggan memohon lesen memandu.

Presiden Persekutuan Persatuan Institut dan Sekolah Memandu Malaysia (PERPISMA), Harun Shafiee, berkata kajian mendapati 70 peratus calon peperiksaan gagal ujian komputer kerana soalan mengelirukan.

"Calon sering mengadu tidak memahami soalan dan keliru pilihan jawapan yang disediakan. Soalan harus mempertimbangkan pemahaman pelbagai lapisan masyarakat supaya permohonan lesen lebih memudahkan," katanya.

Harakah lebih bahaya dari majalah lucah

Posted: 08 Jul 2013 05:40 PM PDT


Nampaknya Harakah dan Suara Keadilan lebih bahaya dari majalah lucah, majalah seksi, majalah yang mendedah aurat yang bersepah-sepah terdapat di negara ini. Sebagaimana juga Tazkirah Ramadan yang lebih bahaya dari pusat hiburan dan kedai judi berlesen yang beroperasi di bulan Ramadan.

KDN rampas lebih 100 naskhah akhbar tabloid
8 Julai 2013 

KUANTAN - Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini. Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang Azilah Madulan berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012. "Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah.