Khamis, 21 Februari 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Manjung Mari: Kesian..DS Najib dipakaikan baju kematian orang Ci...

Posted: 21 Feb 2013 07:18 AM PST

Manjung Mari: Kesian..DS Najib dipakaikan baju kematian orang Ci...: Empat lima hari yang lalu, aku agak terkejut bila balik kerja terpandang banner bergantungan di tiang-tiang lampu menuju ke tempat kubur Cin...

Budaya samseng diterapkan didalam UMNO

Posted: 21 Feb 2013 07:08 AM PST

Beberapa orang anggota RELA dari Felda Jenderak Selatan dan anggota-anggota Pekida yang pro-rakyat di Felda Jenderak Selatan serta rakan-rakan dari pengurusan rancangan Felda segera memberitahu kami akan perancangan pencacai-pencacai UMNO dan wakil dari wakil rakyat untuk membuat kacau dan menghalang ceramah Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Felda Jenderak Selatan malam esuk - 22.2.13.

Mereka itu turut hadir didalam mesyuarat yang dianjurkan dan diantara yang hadir adalah pegawai-pegawai Felda, RELA, SRS, UMNO, pegawai-pegawai Kerajaan, Ketua Kampung dan Polis.

Mesyuarat itu mengambil keputusan untuk menghalang ceramah yang akan diadakan tersebut.  Bagaimana pun setelah mesyuarat itu berakhir kami segera mendapat berita daripada mereka yang hadir mesyuarat itu dan mereka memberi jaminan bahawa mereka tidak mahu terlibat dengana perbuatan jahat dan keji yang bertentangan dengan undang-undang yang disyorkan oleh UMNO Cawangan Felda Jenderak Selatan.

Namun mereka tidak menyatakan pendirian mereka semasa mesyuarat itu.  Asas penentangan mereka terhadap ceramah yang akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Selatan itu kononnya ceramah itu tidak memiliki Permit Polis.

Kita juga berasa hairan kenapakah wakil Polis yang hadir itu tidak menasihatkan mesyuarat itu bahawa sebarang perhimpunan yang hendak diadakan tidak memerlukan PERMIT POLIS seperti yang termaktub didalam Undang-Undang Baru di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Di bawah undang-undang yang kini telah terbatal dibawah Seksyen 27 Akta Polis, sebarang perhimpunan memerlukan permit polis.  Itu pun tertakluk kepada proviso bahawa jika perhimpunan itu diadakan didalam sebuah premise, ia tidak memerlukan permit.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman yang baru dikuatkuasakan keperluan mendapatkan permit polis tidak diperlukan.

Dengan peruntukan Akta baru itu kenapa mesyuarat berkenaan mengambil keputusan bahawa ceramah tersebut mesti mendapat permit polis dan kebenaran Pengurus Felda?  Kenapa polis yang hadir mesyuarat itu tidak bersuara dan mengenengahkan peruntukan undang-undang?  Ataukah, polis yang hadir itu juga termasuk sebagai pencacai UMNO?

Dari sudut undang-undang, ceramah yang akan diadakan malam esuk mengikut prosedure dan mengikut peraturannya; Pakatan Rakyat tidak menyalahi undang-undang, maka jika ceramah kami, atau kemasukan orang luar untuk mendengar ceramah itu diganggu, adakah kami bersalah jika mengambil tindakan supaya ceramah yang halal itu dapat berjalan dengan lancar?

Ini bukan kali pertama UMNO Felda Jenderak Selatan (atau lebih tepat lagi 5 atau 6 orang pimpinan/pencacai UMNO Jenderak Selatan) mengganggu ceramah PR.  Setahun lalu, mereka mengganggu ceramah oleh YB Saifuddin Nasution, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dato Fauzi Abdul Rahman.

Tempat ceramah dikepung oleh Polis dan pihak Polis dengan bongkaknya memerintahkan ceramah itu supaya diberhentikan.  Namun apabila saya bertanya kenapa ceramah itu mesti diberhentikan, Polis itu menjawab bahawa ceramah itu tidak ada permit!  Bila saya tanya kenapa ceramah yang tidak ada permit perlu diberhentikan?  Polis itu menjawab bahawa ceramah itu tidak ada permit!! Sekali lagi saya tanya kenapa ceramah yang tidak ada permit mesti diberhentikan?  Polis itu sudah nampak marah kepada saya.
Mereka memegang tangan saya.

Saya kata, kalau nak tangkap, tangkaplah saya.  Esuk lusa saya akan dijamin keluar dan Insya Allah saya akan kemukakan saman.  Secara seloroh saya berkata: "Saya belum cukup lagi duit untuk bertanding ni, kalau dapat duit gantirugi RM200,000.00 dari saman ini nanti, bagus juga."

Polis itu menjawab bahawa dia tidak nak tangkap saya, dan saya kata kalau tidak nak tangkap saya, maka lepaskan tangan saya!

Kemudian saya beri syarahan undang-undang kepada Polis itu.  Saya katakan bahawa ceramah yang dibuat didalam rumah tidak memerlukan permit, tidak termasuk didalam Seksyen 27 Akta Polis.  "Kalau awak tangkap saya, bagus jugak, dapat nanti saya duit free RM200,000.00 dari awak; saya akan saman awak secara peribadi kerana melanggar undang-undang dan saya akan saman jabatan awak."

Akhirnya Pegawai Polis itu berundur dan dia menghulurkan jabatan tangan dan salam kepada saya.  Esuknya saya dapat tahu pencacai UMNO di Felda Jenderak Selatan itu memaki-maki Polis kerana takut mengambil tindakan.

Kami kenal pencacai-pencacai UMNO itu dan kali ini kami akan saman mereka!!!

Dengarkan.....: BIRO FELDA DAN ORANG ASAL PENAJA KOBAT FM

Posted: 21 Feb 2013 05:36 AM PST

Dengarkan.....: BIRO FELDA DAN ORANG ASAL PENAJA KOBAT FM: Stesen Radio KOBAT FM tidak bersiaran 24 jam.  Kami akan bersiaran dari semasa ke semasa dan siaran kami akan dihebahkan melalui FaceBook K...

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Sekitar Ceramah Merdeka Rakyat Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas

Posted: 21 Feb 2013 07:36 PM PST


Program Ceramah Merdeka Rakyat Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang semalam (21 Februari 2013, Khamis) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Walaupun program bermula dari jam 8.30 malam, orang ramai telah mulai memenuhi tapak program sejak pukul 7.00 malam lagi. Hadirin terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan peringkat umur serta bukan sahaja dihadiri oleh warga DUN Seri Andalas malah mendapat sambutan dari kawasan berlainan daerah dan negeri. Khemah-khemah jualan makanan dan cenderahati juga didirikan di tapak yang disediakan.
 
Pengacara majlis adalah saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja yang sekali-sekala bertanyakan soalan kepada para hadirin, "Are you ready for Pakatan Rakyat?" dan para hadirin menjawab beramai-ramai "Yes!" dan kemudian "Are you ready for BN?" dan jawapan seperti yang dijangka para hadirin beramai-ramai menjawab "No!".

Antara penceramah yang hadir memberikan ucapan adalah YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Cikgu Jaafar, Yang Di Pertua PAS Kota Raja, YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas selaku tuan rumah.

Orang ramai memberi tepukan gemuruh apabila YAB Tan Sri Dato Seri Khalid tiba kira-kira jam 10.15 malam untuk memberikan ceramah. Walaupun dengan gaya bersahaja Dato' Menteri Besar Negeri Selangor, namun ucapan beliau penuh dengan fakta dan butiran yang menarik minat orang ramai.

Jam 11.00 malam, penceramah yang ditunggu-tunggu iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan sambutan dan sorakan oleh hadirin sambil memegang placard "Anwar PM Ke-7".  Dato' Seri Anwar memberi ceramah dengan penuh semangat dan menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh BN sebelum ini.

Program berakhir sekitar jam 12.20 tengah malam. YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang datang memberi sokongan dan penghargaan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat serta para sukarelawan yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini.




















The Systematic Water Torture

Posted: 21 Feb 2013 06:05 PM PST

By Stan CH Lee

Under Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Malaysians are paying more and more for water that is not even fit to drink.We have been living with murky, tea coloured water for years, forcing us to spend thousands on home water filters.

Imagine, just to get clean water to drink. This alone is the clearest sign that the water concessionare is not doing its job.

Like all BN privatisation projects, this is a lopsided contract favouring cronies over the people's welfare.

When the CEO is paid a whopping RM425,000 a month basic pay, in a loss-making concern, you would think he should be more than satisfied with his pay. But no, he still needs to make even more money by buying pipes from his own company in Indonesia – in clear breach of the terms of the privatisation contract.

I for one do not understand why a contract cannot be nullified if terms are breached.
And now there is the ongoing water crisis in Selangor.

Looming large in the background is the BN backed Langat 2 project – ostensibly conceived to alleviate future water shortage by getting water from Pahang.

The catch is, you need to cut through the Main Range to bring the water over, resulting in a mega billion ringgit bill. To be paid by – you guessed it – increasing the water tariff on a monopolised water supply.

This has been in the pipeline for a while now since BN days and waiting to be fast tracked for negotiated tender and award – no doubt to another BN crony with absolutely no track record but plenty of cables.

But there is a stumbling block.Water is under state jurisdiction – and the Selangor state government, now under Pakatan Rakyat, has an alternative source of water from Perak that will cost only a fraction of what Langat 2 is projected to cost.

This will go a long way to help people mitigate the rising costs of living. So there is a stalemate. BN wants to spend billions on Langat 2. Pakatan does not.
 
Sense of panic
 
That is why, with GE13 coming up and the strong possibility of the Federal Government falling to Pakatan, there is a sense of panic and urgency in the air – and the PM has already declared that he wants Selangor back in BN hands by hook or by crook!

In a totally irresponsible, malicious and possibly life threatening move, the Federal Government , through Syabas is using water to hold the people to ransom by manufacturing a water shortage complete with a TV advertisement showing people queueing up for water to highlight the "incompetency" of the Selangor government, thinking that the people will get upset with the Selangor government and bring back BN who will then "magically"turn on the taps.

But the weather has been kind and it has been raining throughout this period and the dams are full to overflowing, so the story about water shortage simply does not – well, hold water.

In spite of this very obviously wet season, the Federal Government expects the people of Selangor to believe there is a shortage nevertheless, that is slated to last through to the Chinese New Year.

As the affected people of Selangor do their daily water runs just remember the water trucks are there not to help you. They are there to help the BN win votes.
Are you giving yours to them?

Source: FreeMalaysiaToday

PKR Lancar Institut Rakyat, Lahirkan Dasar Lebih Baik

Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST

SUBANG JAYA, 21 FEB : PKR hari ini melancarkan Institut Rakyat bagi menjalankan penyelidikan dan membuat formula dasar ke arah keadilan sosial dan masa depan mampan negara.

Badan pemikir itu akan mendapatkan pandangan awam, masyarakat sivil, pembuat dasar, ahli korporat dan sektor awam melalui bengkel perbincangan, forum, persidangan dan penerbitan kertas kerja bagi melahirkan dasar.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Insitut Rakyat dengan slogan 'Ke Arah Malaysia Baru' tersebut dilahirkan dari hasil desakan pemimpin muda dalam PKR.

"Ini sesuatu yang baru, ahli politik seperti saya dari masa ke semasa terpaksa tunduk kepada tokoh-tokoh muda yang mahukan Institut Rakyat ditubuhkan," kata Anwar sebelum melancarkan 'think tank' tersebut dihadapan lebih 100 hadirin.

Sementara itu, Pengerusi Institut Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam sidang medianya berkata Institut Rakyat tetap menjalankan fungsi sebagai badan pemikir dan pengkritik kerajaan walaupun sekiranya PKR mentadbir Putrajaya nanti.

Selain Dr Wan Azizah sebagai Pengerusi, turut berada dalam lembaga pengarah Institut Rakyat, Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Pengerusi, Dr Mehnun Siraj dan tiga nama lain.

Sebelum itu, majlis pelancaran Institut Rakyat yang diadakan di Hotel Empire Subang petang tadi turut dihadiri beberapa ahli akedemik, ahli ekonomi dan pemimpin PKR.

Antara yang turut hadir termasuklah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Startegi PKR, Mohd Rafizi Ramli, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, Ahli Ekonomi, Dr Jomo Sundaram dan Pakar ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Sumber: Selangorku

Selangor Gantung Sementara Semua Projek Prasarana Persekutuan

Posted: 21 Feb 2013 02:30 AM PST

SHAH ALAM, 21 FEB : Semua projek prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor, seperti jalanraya dan bangunan, telah digantung buat sementara waktu.

Keputusan itu dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di dalam kes dua tiang kamera penguatkuasa automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.

" … Kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalanraya dan prasarana persekutuan hendaklah digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai," kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media.

"Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan persekutuan.

"Samada lebuhraya atau Prasarana Transit Aliran Ringat (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Penasihat undang-undang Negeri Selangor akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Ini kerana keputusan itu bermakna pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri membantah perlaksanaan sistem AES kerana didakwa ia tidak cekap di dalam mengurangkan kadar kemalangan dan hanya membebankan rakyat dengan saman.

Media rasmi Kerajaan Persekutuan Bernama melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh dua syarikat yang mengendalikan AES terhadap keputusan MPSp.

Pada awal Disember, MPSp telah merobohkan dua tiang kamera AES yang dipasang oleh Beta Tegap Sdn Bhd di km 301.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan km 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Dalam penghakimannya, hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa MPSpc tidak mempunyai bidang kuasa ke atas PLUS dan SKVE.

Sehubungan itu membenarkan Beta Tegap memasang kamera AES di dua lebuhraya berkenaan.

Zaleha berkata, PLUS dan SKVE berada dibawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PKR Unveils Think-Tank to Help Make Better Policies

Posted: 21 Feb 2013 05:27 AM PST

Malaysiakini

PKR has launched its new think-tank today with the aim to help them make policies that are "directed towards social justice and a sustainable future".

In addition, it would also run programmes to educate youths on being more effective in their activism.

The think-tank, dubbed 'Institut Rakyat', featured many prominent thinkers in its eight-member advisory panel.

These include former UN Research Institute for Social Development board member and economist Jomo Kwame Sundaram, constitutional law expert Azmi Sharom, Malaysia CEO of the Year 2010 award winner Stanley Thai, and media professor Zaharom Nain.

"They are the ones, with their expert advice, professional experience, intellectualism and scholarly experience, who will give directions to the think tank,” said Institut Rakyat director Wong Hoy Cheong.

"We need evidence-based policies, not policies that are created, and then followed by 'evidence' pulled out of thin air to support it."

Other notable figures in the institute include suspended Bank Islam economist Azrul Azwar Ahmad Tajudin who serves as the institute's research consultant, and former Maybank CEO Wan Azmi Wan Hamzah who serves as a director.

The institute is chaired by PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail and her deputy Syed Husin Ali, a former senator.

Although PKR-linked, Wong said the institute is dependent on donations from well-wishers and does not receive any funding from neither the party nor any government.

‘Offering critical analysis and commentary’

Meanwhile, the PKR de facto leader said the institute would be independent despite its relationship with his party during his keynote speech at the launch event in Subang.

"The paramount role of a policy studies institute is to offer critical analysis and commentary in order to influence them to meet the requirements of good governance.

"The establishment of this institute, being affiliated with PKR, grants the risk of being reduced to a self-serving mouthpiece.

"Hence it is of the greatest consequence that it should be independently run and that it performs the task it is set out to do in its charter, which among others is to advise and critique without fear or favour.

"To remain true to this, it must listen to the voice of the people. It must promote the culture of the ruling political coalition from the government – and I am anticipating an imminent victory, God willing," Anwar (right) said.

He added that young leaders in the party have long lobbied with the party's 'old guard' for a party-linked think tank just as other parties have done, but with freedom to do its own research.

"This is a rather unique event in my political experience, which is that I have to succumb to the pressure of the youth from time to time to create new institutes and new ideas," he said while thanking those involved in the lobbying.

MEDIA STATEMENT: President’s Statement on Disagreement in Johor

Posted: 20 Feb 2013 07:04 PM PST

Differences of opinion that exist between the Pakatan parties – whether with regards to seat negotiations or others matters – should not be brought out in the open carelessly, especially with elections around the corner.

Any disagreements within Pakatan should be resolved internally, as advised by DAP Secretary General Lim Guan Eng before.

PAS, DAP and KEADILAN have made major inroads in the Johor political landscape and we have established a common understanding on the big issues. Negative media statements do not help and can be exploited by our opponents.

At the same time, the KEADILAN leadership continues to give our confidence and trust in Chua Jui Meng to lead KEADILAN Johor. He has been contributing immensely in the development of the party in the state and should continue to be given the opportunity to continuously change the state for the rakyat.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDENT
PARTI KEADILAN RAKYAT

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


WANITA BERDAYA NEGARA SEJAHTERA

Posted: 21 Feb 2013 04:23 AM PST

Kepada semua wanita dijemput hadir ke program yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 / 5 Petang / Dewan Nelayan Permatang Tepi Laut

TERKINI : ISI HATI DEEPAK KEPADA TUN MAHATHIR

Posted: 21 Feb 2013 04:11 AM PST

Tun,
Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.

Tun,
Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.

Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.

Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.

Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.

Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib atau Datuk Nazim?

Adakah keadaan ini melibatkan "dakwaan untuk individu terpilih" atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.

Tun,
Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran.

Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.

Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.

Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar "16 D", yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?

Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan??

Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama.

Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai 'hukuman' dia untuk CBT.

Tun,
Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati
Bank Islam Antarabangsa:
a) Menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja.
b) Melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami.
c) Terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami.

Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:
i) Telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan DeklarasiPengakuan Amanah tersebut.
ii) Telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan.
iii) Menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anaksyarikatnya sendiri.

Tun,
Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:
a) Tukar CEO serta-merta.
b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit.
c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.

Tun,
Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?

Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu 'I did it my way'.

Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini?

Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.

Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.

Tun,
Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu realiti. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014.

Semua orang tahu Najib bertindak seperti Perdana Menteri Santa Claus memberi wang tunai kepada setiap orang dan merasuah satu Negara!! Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.

Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.

Tun,
Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.

Ikhlas,
DEEPAK J TEKWANI

Cleaner Greener Safer Healthier Batu Maung Fun Ride

Posted: 21 Feb 2013 04:05 AM PST

 YB Dato' bersama-sama mengayuh basikal mengelilingi kawasan DUN yang di sandang beliau.
 En.  Sham antara orang kuat yang menjayakan program



 Turut hadir YB Sim Tze Tzin turut hadir berkayuh
 YB Dato' bersama pengerusi JKKK Permatang Damar Laut

 En. faizal Mekanik antarabangsa turut bersama-sama
 YB Dato' melakukan medical check up
 YB Sim memberikan hadiah kepada perserta
 Peserta wanita bergambar bersama YB Dato' Abd Malik




 Selesai program
 Minum pagi

 pendaftran