Suara Sri Andalas |
- Sekitar Ceramah Merdeka Rakyat Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas
- The Systematic Water Torture
- PKR Lancar Institut Rakyat, Lahirkan Dasar Lebih Baik
- Selangor Gantung Sementara Semua Projek Prasarana Persekutuan
Sekitar Ceramah Merdeka Rakyat Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas Posted: 21 Feb 2013 07:36 PM PST Program Ceramah Merdeka Rakyat Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang semalam (21 Februari 2013, Khamis) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Walaupun program bermula dari jam 8.30 malam, orang ramai telah mulai memenuhi tapak program sejak pukul 7.00 malam lagi. Hadirin terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan peringkat umur serta bukan sahaja dihadiri oleh warga DUN Seri Andalas malah mendapat sambutan dari kawasan berlainan daerah dan negeri. Khemah-khemah jualan makanan dan cenderahati juga didirikan di tapak yang disediakan. Pengacara majlis adalah saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja yang sekali-sekala bertanyakan soalan kepada para hadirin, "Are you ready for Pakatan Rakyat?" dan para hadirin menjawab beramai-ramai "Yes!" dan kemudian "Are you ready for BN?" dan jawapan seperti yang dijangka para hadirin beramai-ramai menjawab "No!". Antara penceramah yang hadir memberikan ucapan adalah YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Cikgu Jaafar, Yang Di Pertua PAS Kota Raja, YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas selaku tuan rumah. Orang ramai memberi tepukan gemuruh apabila YAB Tan Sri Dato Seri Khalid tiba kira-kira jam 10.15 malam untuk memberikan ceramah. Walaupun dengan gaya bersahaja Dato' Menteri Besar Negeri Selangor, namun ucapan beliau penuh dengan fakta dan butiran yang menarik minat orang ramai. Jam 11.00 malam, penceramah yang ditunggu-tunggu iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan sambutan dan sorakan oleh hadirin sambil memegang placard "Anwar PM Ke-7". Dato' Seri Anwar memberi ceramah dengan penuh semangat dan menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh BN sebelum ini. Program berakhir sekitar jam 12.20 tengah malam. YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang datang memberi sokongan dan penghargaan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat serta para sukarelawan yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. |
Posted: 21 Feb 2013 06:05 PM PST By Stan CH Lee Under Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Malaysians are paying more and more for water that is not even fit to drink.We have been living with murky, tea coloured water for years, forcing us to spend thousands on home water filters. Imagine, just to get clean water to drink. This alone is the clearest sign that the water concessionare is not doing its job. Like all BN privatisation projects, this is a lopsided contract favouring cronies over the people's welfare. When the CEO is paid a whopping RM425,000 a month basic pay, in a loss-making concern, you would think he should be more than satisfied with his pay. But no, he still needs to make even more money by buying pipes from his own company in Indonesia – in clear breach of the terms of the privatisation contract. I for one do not understand why a contract cannot be nullified if terms are breached. And now there is the ongoing water crisis in Selangor. Looming large in the background is the BN backed Langat 2 project – ostensibly conceived to alleviate future water shortage by getting water from Pahang. The catch is, you need to cut through the Main Range to bring the water over, resulting in a mega billion ringgit bill. To be paid by – you guessed it – increasing the water tariff on a monopolised water supply. This has been in the pipeline for a while now since BN days and waiting to be fast tracked for negotiated tender and award – no doubt to another BN crony with absolutely no track record but plenty of cables. But there is a stumbling block.Water is under state jurisdiction – and the Selangor state government, now under Pakatan Rakyat, has an alternative source of water from Perak that will cost only a fraction of what Langat 2 is projected to cost. This will go a long way to help people mitigate the rising costs of living. So there is a stalemate. BN wants to spend billions on Langat 2. Pakatan does not. Sense of panic That is why, with GE13 coming up and the strong possibility of the Federal Government falling to Pakatan, there is a sense of panic and urgency in the air – and the PM has already declared that he wants Selangor back in BN hands by hook or by crook! In a totally irresponsible, malicious and possibly life threatening move, the Federal Government , through Syabas is using water to hold the people to ransom by manufacturing a water shortage complete with a TV advertisement showing people queueing up for water to highlight the "incompetency" of the Selangor government, thinking that the people will get upset with the Selangor government and bring back BN who will then "magically"turn on the taps. But the weather has been kind and it has been raining throughout this period and the dams are full to overflowing, so the story about water shortage simply does not – well, hold water. In spite of this very obviously wet season, the Federal Government expects the people of Selangor to believe there is a shortage nevertheless, that is slated to last through to the Chinese New Year. As the affected people of Selangor do their daily water runs just remember the water trucks are there not to help you. They are there to help the BN win votes. Are you giving yours to them? Source: FreeMalaysiaToday |
PKR Lancar Institut Rakyat, Lahirkan Dasar Lebih Baik Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST SUBANG JAYA, 21 FEB : PKR hari ini melancarkan Institut Rakyat bagi menjalankan penyelidikan dan membuat formula dasar ke arah keadilan sosial dan masa depan mampan negara. Badan pemikir itu akan mendapatkan pandangan awam, masyarakat sivil, pembuat dasar, ahli korporat dan sektor awam melalui bengkel perbincangan, forum, persidangan dan penerbitan kertas kerja bagi melahirkan dasar. Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Insitut Rakyat dengan slogan 'Ke Arah Malaysia Baru' tersebut dilahirkan dari hasil desakan pemimpin muda dalam PKR. "Ini sesuatu yang baru, ahli politik seperti saya dari masa ke semasa terpaksa tunduk kepada tokoh-tokoh muda yang mahukan Institut Rakyat ditubuhkan," kata Anwar sebelum melancarkan 'think tank' tersebut dihadapan lebih 100 hadirin. Sementara itu, Pengerusi Institut Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam sidang medianya berkata Institut Rakyat tetap menjalankan fungsi sebagai badan pemikir dan pengkritik kerajaan walaupun sekiranya PKR mentadbir Putrajaya nanti. Selain Dr Wan Azizah sebagai Pengerusi, turut berada dalam lembaga pengarah Institut Rakyat, Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Pengerusi, Dr Mehnun Siraj dan tiga nama lain. Sebelum itu, majlis pelancaran Institut Rakyat yang diadakan di Hotel Empire Subang petang tadi turut dihadiri beberapa ahli akedemik, ahli ekonomi dan pemimpin PKR. Antara yang turut hadir termasuklah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Startegi PKR, Mohd Rafizi Ramli, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, Ahli Ekonomi, Dr Jomo Sundaram dan Pakar ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Sumber: Selangorku |
Selangor Gantung Sementara Semua Projek Prasarana Persekutuan Posted: 21 Feb 2013 02:30 AM PST SHAH ALAM, 21 FEB : Semua projek prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor, seperti jalanraya dan bangunan, telah digantung buat sementara waktu. Keputusan itu dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di dalam kes dua tiang kamera penguatkuasa automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang. " … Kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalanraya dan prasarana persekutuan hendaklah digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai," kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media. "Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan persekutuan. "Samada lebuhraya atau Prasarana Transit Aliran Ringat (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin," kata Abdul Khalid. Beliau berkata Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Penasihat undang-undang Negeri Selangor akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Ini kerana keputusan itu bermakna pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan. Sebelum ini Kerajaan Negeri membantah perlaksanaan sistem AES kerana didakwa ia tidak cekap di dalam mengurangkan kadar kemalangan dan hanya membebankan rakyat dengan saman. Media rasmi Kerajaan Persekutuan Bernama melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh dua syarikat yang mengendalikan AES terhadap keputusan MPSp. Pada awal Disember, MPSp telah merobohkan dua tiang kamera AES yang dipasang oleh Beta Tegap Sdn Bhd di km 301.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan km 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Dalam penghakimannya, hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa MPSpc tidak mempunyai bidang kuasa ke atas PLUS dan SKVE. Sehubungan itu membenarkan Beta Tegap memasang kamera AES di dua lebuhraya berkenaan. Zaleha berkata, PLUS dan SKVE berada dibawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan