Khamis, 19 Disember 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kempen Tolak GST Dilancarkan Esok

Posted: 19 Dec 2013 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR 19 DIS: Kempen membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 20 Disember ini di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Program yang bermula seawal 8 malam itu dinamakan '#Faham GST-Tolak GST' dan bakal dihadiri tiga tokoh Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semua dijemput hadir.

Datuk Seri Najib Razak ketika membentang Bajet BN 2014 pada 25 Oktober lalu mengumumkan pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus setahun berkuatkuasa 1 April 2015 walaupun ia dibantah rakyat Malaysia ekoran kesannya yang membebankan rakyat.

Muat turun Buku Kecil Penerangan GST

Posted: 19 Dec 2013 01:15 AM PST

BUKU KECIL  Penerangan #fahamGSTtolakGST memberi penerangan menyeluruh mengenai mekanisme pelaksanaan GST dan kesannya kepada rakyat.
Video penerangan yang mengiringi Buku Kecil Penerangan #fahamGSTtolakGST AKAN dimuat naik dalam masa terdekat.

Saya akan terus mengusahakan video, risalah penerangan dan infografik untuk mendidik rakyat mengenai kesan GST kepada rakyat.

Untuk muat turun, KLIK SINI.

Rafizi: Puluhan Cukai GST di Setiap Peringkat Penghasilan Produk

Posted: 19 Dec 2013 01:00 AM PST

PANDAN 19 DIS: Harga barang keperluan harian tetap akan naik ekoran kos pengeluaran barang terbabit dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di setiap peringkat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata antara contoh adalah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui puluhan cukai GST di setiap peringkat.

Rafizi SACC black PKR"Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.

"Peniaga tak boleh membuat 'tax return' kerana beras adalah barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian.

"Pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menanggung kenaikan kos operasinya yang terbabit secara langsung dengan GST. Hakikatnya, walaupun barang ini dikecualikan daripada cukai, harganya tetap akan naik," katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin dalam taklimat 'Fahami GST, Tolak GST' di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), malam tadi.

Rafizi berkata, syarat pematuhan yang lebih ketat juga akan memberikan kesan dalam peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

"Setiap perniagaan yang ingin melaksanakan GST terpaksa menanggung kos baru seperti mengupah firma akauntan untuk memastikan rekod berkenaan cukai itu seperti invois dan resit dikemaskini apabila diaudit Jabatan Kastam. Ini akan menambahkan kos," katanya.

Sumber: SelangorKu

Anwar: PKR Halang Kenaikan Tol Melalui Pegangan Saham Kerajaan Selangor

Posted: 18 Dec 2013 01:30 AM PST

PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.
 
Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol.

"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan bersetuju Kerajaan Negeri akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya untuk menolak kenaikan tol yang diumumkan BN," katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya di sini, hari ini.

Kata Anwar, Abdul Khalid bersetuju Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat lebih ketat terhadap cadangan lebuh raya baru yang mahu dibina iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR.

Katanya, antara syarat dikenakan ialah kebenaran pembangunan hanya diberi jika syarat keuntungan yang mengikut formula lebih adil kepada rakyat dipatuhi Kerajaan Pusat dan pemegang konsesi.

Beliau berkata, pemegang tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya dibenarkan jika syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi.

"Ini sebahagian tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.

tol naikSebenarnya, kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol jika ada kemahuan dan keikhlasan,"katanya lagi.

Menyangkal dakwaan menteri konon kenaikan tol tidak dapat dielak, Anwar berkata Kerajaan Pusat ada pegangan saham besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuh raya, sekali gus boleh menggunakannya untuk melindungi kepentingan rakyat.

"Kerajaan Negeri pula ada kuasa memastikan kebenaran merancang, pengambilalihan tanah, jajahan dan lain-lain tertakluk kepada syarat tertentu yang ditetapkan sebelum lebuh raya dibina," katanya.

Oleh sebab itu, Anwar kerana ia termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai.

"Saya juga menolak alasan yang diberikan BN bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol,"katanya lagi.

Sumber: SelangorKu

Kekang Banjir, Selangor Ambil Tanah Pesisir Sungai

Posted: 18 Dec 2013 01:15 AM PST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan melakukan pengambil alihan tanah di pesisir sungai dalam usaha mengekang masalah banjir kilat di negeri itu.

Khalid berkata, beliau telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian bekerjasama dengan pejabat tanah berkaitan untuk mengambil tanah-tanah tersebut untuk pelebaran sungai.

Beliau juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti kawasan-kawasan sesuai di seluruh Selangor untuk dijadikan kolam tadahan air bagi menangani masalah banjir di negeri ini.

"Kita telah meminta JPS memasukkan arahan ini sebagai antara agenda penting dalam Pelan Pencegahan Banjir seluruh Selangor yang telah dirangka dan sedang dilaksanakan JPS di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

"Dalam RMK-10 yang bermula tahun 2011-2015, JPS telah memohon sebanyak RM774.6 juta di bawah Program Pengurusan Banjir dan Menaiktaraf Saliran yang mana RM93 juta telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan manakala RM567 juta dari kerajaan negeri," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Khalid memaklumkan mengenai pertemuan dengan JPS pada minggu lalu di mana agensi tersebut memaklumkan dalam RMK-10, sebanyak 246 projek tebatan banjir dirancang-79 dalam perancangan, 88 ikut jadual dan 31 siap dibina.


Sumber: MalaysiaKini

54 Peratus Tak Percaya Hujah Ekonomi Kerajaan

Posted: 18 Dec 2013 01:00 AM PST

Lebih dari separuh responden yang ditinjau oleh pusat kajian Merdeka Center berkata mereka "tidak percaya dengan kenyataan kerajaan mengenai ekonomi".
Malah, seorang dari setiap lima orang yang diselidik dalam tinjauan itu berkata mereka "amat tidak percaya" dengan kenyataan berkenaan.

Tinjauan berkenaan meminta responden menyenaraikan masalah utama yang dihadapi negara ini dan mendapati isu ekonomi menjadi kebimbangan utama yang digariskan oleh 67 responden.

Kebimbangan lain yang disenaraikan di tahap lebih rendah ialah isu kaum, isu politik, jenayah dan masalah sosial.

Selain itu, kira-kira 55 peratus dari 1,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden dari seluruh Malaysia berkata mereka tidak memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibentangkan oleh perdana menteri dalam Bajet 2014.

Sumber: MalaysiaKini

Tiada ulasan: