Khamis, 5 Disember 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Siri Gambar Keadaan Banjir Kuantan dari Aktivis-aktivis PR

Posted: 04 Dec 2013 11:59 PM PST







MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara

Posted: 04 Dec 2013 09:53 PM PST

KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.
Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat
Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat
Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.
"Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera"
"Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden 'mata lebam' terhadap Anwar pada 20 September 1998.
"Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura.
"Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh," kata Shamsul.
Shamsul
Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail.

"Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian.
"Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," kata Shamsul (gambar).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56943

Tarif air Johor bakal naik lagi?

Posted: 04 Dec 2013 09:12 PM PST

KUALA LUMPUR 4 DIS: Kerajaan Johor dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Maximus Johnity Ongkili terus berdolak dalih dalam isu kenaikan tarif air di negeri selatan Semenanjung itu.
Adun KEADILAN Bukit Batu, Jimmy Puah We Tse (gambar) berkata tarif berkemungkinan besar akan dinaikkan pada tahun hadapan melibatkan pengguna domestik dan sektor industri.
"Semasa saya meminta pengesahan dari Datuk Hasni Mohammad pada persidangan DUN November lalu, Exco Kerja Raya Johor itu beri alasan ia diserah kepada kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Namun apabila Pakatan Rakyat bangkitkan di Parlimen 26 November lalu, Maximus menolaknya.
Jimmy_Puah
"Dolak-dalik mereka ini membuktikan tarif air Johor tetap akan naik selewatnya pada Jun 2014," katanya ketika dihubungi.
Pada 14 November lalu, Hasni turut mengesahkan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd mencadang kenaikkan tarif air 20.2 peratus bagi tempoh 2012-2014. SAJ Holdings ialah anak syarikat Ranhill Utilities Bhd yang memonopoli bekalan air Johor sejak 1990-an.
"Umum tahu tarif air Johor tertinggi di Malaysia. Bagi 35 meter padu air terawat, seorang pengguna di Pulau Pinang bayar RM10.70, purata 31 sen setiap liter.
"Di Johor kami bayar RM36.75, purata RM1.05 setiap liter, perbezaan 338 peratus.
"Untuk air mentah, guna 50 meter padu atau 500,000 liter air sebagaibenchmark, orang Sabah bayar purata 0.90 sen setiap liter tapi Johor melambung ke purata RM2.94 setiap liter, perbezaan 326 peratus," katanya.
Katanya, Pakatan Johor tidak menolak mengadakan demonstrasi bantahan dalam masa terdekat selain membangkitkannya pada sidang DUN Mac 2014.
Sebelium ini di Parlimen, MP Kulai Teo Nie Ching mempersoal mengapa rakyat Johor dipaksa membayar lebih untuk bekalan air dirawat sedangkan kerajaan negeri sudah mengaut untung daripada jualan mentah kepada Singapura dan Melaka masing-masing RM230,000 dan RM200,000 sebulan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56936

Kerajaan lewat bantu mangsa banjir Kuantan – Fuziah

Posted: 04 Dec 2013 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR 4 DIS: Kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan dan negeri-negeri pantai timur, kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh
" Kalau perlu notis selama 2 hari, banjir pun dah surut," kata Fuziah pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Beliau terdahulu mengemukakan usul supaya darurat diisytiharkan di kawasan terlibat banjir, namum kesal apabila usul ditolak atas alasan ia perlu dibuat dengan mengemukakan notis bertulis dua hari.fuziah
"Soal kecemasan yang berlaku takkanlah memerlukan notis dua hari," ujarnya kesal.
Menurut Fuziah, keadaan sekitar Kuantan dan beberapa kawasan lain seperti Paya Besar dan Indera Mahkota dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera.
Selain terputus bekalan elektrik, keadaan tambah parah apabila ada penduduk yang kelaparan kerana sudah kekurangan bekalan makanàn.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56905

Anwar: Segerakan bantuan kepada mangsa banjir

Posted: 04 Dec 2013 08:41 PM PST

KUALA LUMPUR 4 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru jabatan kerajaan dan pihak berwajib agar segera menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.
"Jabatan dan semua harus bantu segera," tulis Anwar dalam kenyataan ringkas di laman facebook beliau petang ini.
"Doakan kesejahteraan rakyat di kawasan yang dilanda banjir terutama Terengganu, Pahang dan Johor," tambah Anwar.
Sementara itu, pejabat ahli parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri Semambu melancarkan Tabung Bencana Banjir.
Anwar 1
Sehingga semalam, banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah iaitu di Kuantan, Rompin, Pekan dan Maran.
Manakala jumlah mangsa banjir di Johor dan Terengganu yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat hari ini dengan masing-masing mencatat 7,106 dan 3,486 orang.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan terbaru melaporkan 1,072 pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan bekalan elektrik terputus membabitkan 62,907 pengguna sehingga jam 12 tengah hari ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56940
Sumbangan boleh dibuat ke akaun:
"Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota" di akaun 556 011 061 863 (Maybank)
Hotline: 
talian 019-9178086
Sumbangan melalui akaun lain dibuat ke:
"Pejabat ADUN Semambu" 5061 6420 6440 (Maybank).

Banjir teruk: Fuziah gesa isytihar Kuantan darurat

Posted: 04 Dec 2013 08:36 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini


Dewan Rakyat gamat seketika sewaktu Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membentangkan usul tergempar memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran bajir teruk yang melanda bandar itu.

NONE
"Saya pohon mengusulkan satu usul tergempar tidak bertulis di atas 
urusan banjir di Kuantan. 

"Saya pohon isytiharkan darurat kerana keadaan di Kuantan begitu parah dan kritikal dan memerlukan bantuan segera dari tempat-tempat lain.

"Saya mohon
NONE
dibenarkan kerana saya terima panggilan tidak henti-henti dari semalam ada yang terperangkap di rumah air sampai leher," kata Fuziah.

Pada ketika itu kedengaran suara-suara dari yang tidak jelas tetapi bising-bising dari sebelah pihak penyokong kerajaan.

NONE
Fuziah bagaimanapun meneruskan usulnya.

"Dengar dulu, dengar dulu (menenangkan suara bising). Ada panggila dari rumah tengah malam air sampai leher tak ada JPA, tak ada bot tak ada polis tak ada bomba. Hampir 4,000 penduduk tiada makanan.
NONE

"Saya memohon seluruh anggota penyelamat untuk membantu di Kuantan sebelum berlaku kemalangan yang lebih besar lagi," katanya.

Pada ketika itu, Bung Mokhtar berdiri mencelah dan menggesa agar Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.

"Kita benarkan YB kuantan untuk balik Kuantan tengok rakyat di sana," kata Bung.

Tindakan itu mendorong Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berdiri membidas Bung Mokhtar.

"Tengok rakyat buat apa kalau tak jaga..." bidas Zuraida. 

Khalid Samad menyokong Fuziah yang membangkitkan perkara itu di Parlimen sementara Fauzi menyatakan kekesalannya dengan sikap Bung Mokhtar.

"Kalaulah disiplin ahli dewan begini saya pun malu Yang Dipertua," kata Fauzi.

Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menenangkan keadaan dengan menggesa semua mereka agar duduk dan meminta menteri berkenaan memberi respons.

"Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibangkitkan itu adalah masalah rakyat tetapi bantu dulu saya selesaikan masalah ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri serentak," kata Pandikar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian bangun menjelaskan yang helikopter Agensi Penguatkuas Maritim Malaysia telah dihantar ke Kuantan untuk meninjau keadaan.

Pihaknya juga telah mengerahkan agar bantuan yang diperlukan dihantar ke Kuantan dengan segera.

Fuziah kemudian mengucapkan terima kasih kepada Shahidan tetapi sempat menegur Bung Mokhtar.

Menurutnya, Bung Mokhtar tidak faham akan keseriusan isu tersebut sehinggakan ia terpaksa dibawa kepada perhartian Parlimen.

"Apa yang Kinabatangan tidak faham apabila ahli Parlimen bawa ke sini, ini adalah keputusan peringkat paling tinggi," katanya.

Bantuan Mangsa Banjir Kuantan

Posted: 04 Dec 2013 08:32 PM PST

Atas dasar kemanusiaan, satu inisiatif bagi membantu mangsa banjir di Kuantan telah digerakkan oleh aktivis Keadilan iaitu saudara Zakaria Rahim yang juga merupakan Ketua Cabang Pandan.

Banjir yang melanda seluruh Pantai Timur beberapa hari lalu telah menjejaskan penduduk-penduduk yang terlibat khususnya Kuantan yang lumpuh kesan dilanda banjir besar ditambah dengan bekalan air bersih, elektrik dan makanan terputus.

Buat yang ingin menyumbang bagi membantu mangsa-mangsa banjir Kuantan bolehlah menyumbang ke;

Logistik Centre,
Diamond Square. Ysp Management & Training Sdn Bhd,
24-3-2 Tingkat 3,
Jalan Semarakapi 3, Off Jln Gombak KL.
Kalau ada yg nak hulur tunai boleh guna akaun ni.
PUSAT KHIDMAT ISLAH - Maybank
5140-6633-7175



Tiada ulasan: