Pengikut

Nuffnang

Selasa, 3 Disember 2013

BULETIN RAKYAT

sumber :-

BULETIN RAKYAT


YB ISKANDAR ~ HADIAH PRU13 UTK RAKYAT, SUDAH DIJANGKA

Posted: 02 Dec 2013 07:00 PM PST

Hadiah PRU13: Kenaikan tarif elektrik sudah dijangka

YB Iskandar 1SHAH ALAM 3 DIS : Kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang diumumkan kerajaan pusat bukansesuatu yang "luar biasa" sebaliknya sudah dijangka sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada Mei lalu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata tindakan secara drastik itu dilihat sebagai tidak wajar, apatah lagi rakyat kini semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan petrol.
"Memang kita akui perlu kenaikan (tarifelektrik) tetapi harus melihat kemampuan rakyat terutama dalam keadaan sekarang.
"Namun, sudah faham BN memang sinonim dengan "barang naik" dan kita jangka lebih banyak barangan serta perkhidmatan lain yang akan naik," katanya di sini, semalam.
Iskandar berkata, kerajaan pusat seharusnya mengambil langkah mengawal perkhidmatan elektrik seperti yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap pengurusan air di Selangor.

"BN harus mencontohi Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam mengawal perkhidmatan seperti air dan elektrik. Contohnya kerajaan negeri sudah mengambil tindakan di mana kita kawal syarikat konsesi supaya tarif air tidak dinaikkan atau disaman.
"Begitu juga dengan elektrik, kerajaan pusat harus berbuat demikian supaya tarif itu dapat dikawal," katanya.
Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa, pada Januari 2014.
Kenaikan itu diumumkan Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Kadar elektrik semasa adalah 33.5 sen per kWh dan 3.5 sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh.

DOA DAN HARAPAN SETIAP IBU DAN BAPA....................

Posted: 02 Dec 2013 04:48 PM PST

Doa dan Harapan Ayah dan Ibu...

"Ya Allah,jadikanlah anak zuriat kami sebagai anak-anak yang soleh dan solehah.Jadikanlah anak-anak kami yang boleh mengusung jenazah kami ke kubur apabila kami mati kelak.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Al-Fatihah sebagai surah penting apabila berlaku kematian.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Surah Yasin ketika kami sedang Sakaratulmaut.Jadikan anak-anak kami yang mampu memandikan mayat kami dengan kelembutan dan kasih sayang.Jadikan anak-anak kami sebagai anak yang tidak kekok apabila mendirikan solat jenazah dengan empat kali takbir jika kami mati kelak..Jadikan anak-anak2 kami yang tidak bakhil untuk mendoakan kesejahteraan kami jika kami berpindah ke alam barzakh…"

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang