Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 23 November 2013

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Bantuan di Menara Maju

Posted: 23 Nov 2013 01:30 AM PST

YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah mengadakan lawatan untuk menyampaikan bantuan hamper deepavali dan angpow kepada sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak OKU di Menara Maju.

Lawatan telah dihadiri bersama dua orang sukarelawan Encik Nallasamy dan Encik Tamilmaran.

86 Terima Cek Faedah Skim Mesra Usia Emas di Taman Sentosa

Posted: 23 Nov 2013 01:00 AM PST

Taman Sentosa, Klang, 23 November 2013 - Pada hari ini telah berlangsungnya majlis penyampaian cek faedah Skim Mesra Usia Emas kepada pewaris-pewaris yang melibatkan seramai 86 penerima di Dewan Serbaguna MPK, Taman Seri Sentosa, Klang.

Daripada 86 penerima tersebut, 38 adalah dari DUN Seri Andalas, 33 dari DUN Seri Muda dan 15 dari DUN Kota Alam Syah. Majlis yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Klang dan dikelolakan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas.

Cek faedah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas dan YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Seri Muda. Turut hadir bersama adalah Tok Penghulu Wahab bagi mukim Jalan Kebun, Ahli-ahli Majlis MPK dan MPSA serta petugas-petugas Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah.

Semenjak September 2013, seramai 90 keluarga dari DUN Seri Andalas telah menerima faedah Skim Mesra Usia Emas.



















NGO Kaum India: Shahidan Bohong

Posted: 23 Nov 2013 01:00 AM PST

Hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pencapaian masyarakat India berdasarkan jumlah doktor dan peguam yang ramai daripada masyarakat itu ditolak oleh NGO India.

Mereka berkata, dakwaan Shahidan bahawa masyarakat India meliputi 30 peratus daripada pekerjaan di Malaysia sebenarnya "bohong" semata-masa.

p sivakumar miba interview 120609Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar (kiri) memberitahu Malaysiakini, sebenarnya bilangan masyarakat India dalam kedua-dua bidang itu merosot dari masa ke semasa.

Katanya, pada tahun 2000, doktor daripada kaum India berjumlah 29 peratus, kemudian merosot kepada 26 peratus (2005) dan kini dianggarkan hanya 18 peratus.

Jumlah peguam India pula menurutnya merosot daripada 26 peratus pada tahun 2000 kepada 24 peratus pada 2005 dan kini dipercayai 16 peratus sahaja.

"Tindakan anggota Parlimen yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan angka untuk mengambil hati tuan-tuan mereka dan mengelirukan awam bahawa prestasi msyarakat India memberangsangkan, melukakan hati masyarakat India," katanya.

Sumber: MalaysiaKini

MB - Tawaran Akhir Ambil Alih Industri Air RM9.65 Bilion

Posted: 22 Nov 2013 01:15 AM PST

SHAH ALAM 22 NOV : Kerajaan Selangor sudah mengeluarkan tawaran akhir untuk membeli empat syarikat konsesi air negeri itu pada jumlah RM9.65 bilion dalam satu surat tawaran yang dihantar kepada pengendali syarikat berkenaan semalam.
 
Empat syarikat konsesi terbabit adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd yang meliputi industri air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata surat tawaran yang dihantar menerusi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) perlu dijawab dalam masa 14 hari atau selewat-lewatnya pukul 5 petang pada 4 Disember.

Katanya, KDEB turut menetapkan ekuiti keempat-empat syarikat konsesi air yang memberi pulangan sebanyak 12 peratus dikira sehingga 31 Disember 2012, tidak dikompaun dan dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen yang terdahulu, akan dibeli kerajaan negeri.

"Tawaran itu juga menyatakan bahawa KDEB akan menyelesaikan semua hutang berkaitan air tertunggak oleh empat syarikat termasuk bon dan pinjaman komersial serta pinjaman kerajaan yang berkaitan.

"Jika pemegang saham keempat-empat syarikat tersebut merasakan mereka berhak mendapat jumlah lebih daripada yang ditawarkan, mereka boleh meminta perkara itu untuk dibawa ke timbang tara antarabangsa," katanya.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri memutamadkan tawaran itu ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan sokongan untuk menyatukan industri air di negeri terbabit menerusi surat yang dihantar pada Jun dan September lalu.

"Tawaran terakhir itu adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) demi kepentingan menubuhkan industri air secara holistik di Selangor.

"Kami berharap boleh memecahkan kebuntuan rundingan kerana Kerajaan Negeri sudah bersedia dengan rancangan pengambilalihan ini," katanya.

Abdul Khalid turut berharap pemegang saham keempat-empat syarikat tersebut dapat menerima tawaran yang dilihat akan memberi pulangan menguntungkan.

Katanya, satu siasatan menyeluruh dan terperinci akan dijalankan ke atas syarikat konsesi tujuh hari dari tarikh penerimaan tawaran itu.

"Kerajaan Negeri Selangor komited untuk menubuhkan industri air secara holistik bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap pada tarif yang berpatutan kepada lebih 5 juta pengguna air di Selangor , Putrajaya dan Kuala Lumpur," katanya.

Sumber: SelangorKini

Selangor Perkenal Bas Awam Percuma

Posted: 22 Nov 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 22 NOV : Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi kepentingan dan kemudahan rakyat.

sidang dun 21-11-13 - 1Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma.

Menurut Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan sistem pengangkutan awam di Selangor selari dengan pembangunan pesat dan peningkatan penduduk.

"Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat yang di selaras oleh pihak SPAD dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membincangkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersepadu.

"Antara faktor yang harus diambil kira ialah perkhidmatan 'FeederBus' yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perhubungan kawasan kejiranan dengan stesen pengangkutan rel (MRT/LRT) tidak bertindih," kata Chang Kim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (BN) berhubung perkembangan perkhidmatan pengangkutan awam yang terkandung di dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) Pakatan Rakyat.

Ujar Chang Khim, setiap kertas cadangan rangka kerja perkhidmatan bas awam percuma yang disediakan kesemua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan diperhalusi mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkesan.

Lapan PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).

"Secara dasarnya perkhidmatan ini diberikan kepada semua pihak tidak kira sama ada warga emas, miskin dan lain-lain.

"Terdapat juga cadangan yang masih dalam pertimbangan seperti permintaan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) yang mahu mengenakan bayaran RM 0.50 dan cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang bukan warganegara menikmati perkhidmatan percuma ini dan sebagainya.

"Kesemua cadangan ini kita akan bincangkan," kata Chang Kim.

Beliau juga berkata, perlaksanaan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pinggiran bandar jikapermintaan meningkat di kawasan-kawasan berkenaan.

Buat masa ini, MBPJ mendahului perkhidmatan bas komuniti percuma sejak tahun 2008 yang meliputi laluan mengikut zon iaitu Zon Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Zon Petaling Jaya Utara (PJU).

Sumber: SelangorKini

MITI, Jangan Benarkan Amerika Syarikat Buli Kita.

Posted: 21 Nov 2013 01:15 AM PST

Terima kasih Dato Pengerusi memberi saya peluang berbahas Badget Kementerian Perdagangan Antarabangsa. 20/11/2013

Saya akan menfokus isu TPPA di bawah Butiran 030500.
Tuan Pengerusi, saya tidak bermasalah kerajaan kita mengambil bahagian dalam perundingan TPPA. Kerana saya terima hujjah MITI bahawa jika kita tidak mengambil bahagian kita akan tertinggalan dan tidak dapat membentuk struktur perjanjian yang akan disetujui oleh negara-nefara yang ambil bahagian. Jika kita menyertai perundingan ada kemungkinan kita dapat mempengaruhi perjanjian yang dibentuk.

Tetapi kita telah sampai ke tahap kita perlu buat keputusan. Kita mesti berputus kita mahu sertai ataupun kita kata pada masa ini kita tidak mahu sertai. Ada ramai kumpulan NGO dan kumpulan masyarakat yang sedang tanya adakah kerajaan ingin memakai kaedah "garis merah" di mana kita tetapkan beberapa isu yang kita tidak boleh berkompromi dan jika satu pun daripada senarai garis merah dilintasi, kita tidak berterusan dengan perjanjian TPPA ini.

Apakahnya garis-garis merah yang disyor oleh NGO dan kumpulan lain? Satu adalah lanjutan pada tempoh paten ubat. Sekarang tempoh paten ubat adalah 20 tahun. Jika Amerika Syarikat memohon tempoh paten ubat dilanjutkan kita harus menolak TPPA.

Yang kedua adalah taktik "evergreening" di mana paten kedua dikeluarkan pada satu ubat kerana ubat itu didapati berkesan terhadap satu lagi penyakit. Ketiga adalah taktik melambatkan pendaftaran ubat generik dengan memakai kaedah "data exklusiviti" di mana semua maklumat terhadap ubat itu tidak boleh diguna untuk mendaftarkan ubat generik yang jauh lebih murah kerana maklumat ini dianggap hak chipta syarikat asal.

Satu lagi perkara yang dipohon oleh Amerika Syarikat adalah ISDS ataupun regim Investor State Dispute Settlement di mana pelabur asing boleh mendakwa kerajaan kita jika sebarang keputusan kerajaan mengurangkan untung syarikat tersebut. Kerajaan Australia sedang didakwah oleh Philip Morris, satu syarikat rokok daripada Amerika Syarikat. Kerajaan Australia telah mewajibkan semua syarikat rokok untuk memamirkan gambar barah atas kotak rokok. Philip Morris mengatakan regulasi baru ini akan mengurangkan untungnya dan oleh itu telah menghadapkan kerajaan Australia ke Mahkamah Hong Kong dengan memakai perjanjian pelaburan di antara Australia dan Hong Kong. NGO kita pohon ISDS ini juga dijadikan satu garis merah yang tidak boleh dilintasi.

Garis merah lain yang disyorkan adalah kontrak kerajaan ataupun "government procurement", yang Amerika Syarikat mahu dibuka untuk syarikat-syarikat Amerika sendiri di atas dasar "national treatment". Ertinya syarikat Amerika mesti diberi layanan yang sama berbanding syarikat tempatan. Tetapi pemberian kontrak kerajaan adalah satu alat yang amat berkesan untuk membantu sesuatu kumpulan masyarakat yang tertinggal untuk memperolehi kemahiran tertentu. Tidak wajar kita lepaskan alat ini.

Syarikat milikan kerajaan adalah satu lagi sasaran Amerika Syarikat, yang pohon kerajaan kita menjual semua syer dalam syarikat-syarikat. Ikut Amerika, syarikat di mana 5% daripada syernya dipegang oleh kerajaan ditafisrkan sebagai syarikat milikan kerajaan. Amerika mahu kerajaan tidak campur secara langsung dalam ekonomi. Tetapi kaedah syarikat bermilikan kerajaan adalah satu kaedah yang dipakai oleh negeri -negeri timur seperti Korea, Taiwan dan Jepun untuk membangunkan sektor perindustrian mereka. Ada kumpulan di Malaysia yang memohon isu ini juga dianggap sebagai satu garis merah yang tidak boleh dikompromi.

Apa yang ramai kumpulan mahu tahu adalah, adakah kerajaan kita mengambil pendekatan "garis merah" ini? Jika "ya", apakah garis-garis merah yang telah ditetapkan yang mana kita tidak akan berkompromi. Jika kerajaan boleh menjelaskan isu ini secara umum, ramai akan terasa lega, tetapi pada masa ini kerajaan tidak memberitahu.

Kerajaan sekarang telah melaksanakan kajian kos-faedah. Kajian terhadap kesan TPPA atas kepentingan negara telah ditanggungjawabkan kepada          En Firdaus Rosli daripada ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Masalahnya pada kami adalah, En Firdaus ini telahpun menulis satu artikel bertajuk "With the TPPA, the sky is the limit" pada bulan Ogos 2013 - ia-itu sebelum beliau dilantik sebagai pakar akademik untuk melaksanakan kajian kos-faedah itu.

Kajian kedua terhadap kesan TPPA atas peniaga Bumiputra dan syarikat kecil dan sederhana (SME) ditugaskan pada World Trade Institute, satu badan yang amat pro-perdagangan bebas.

Soalan yang ditanya-tanyakan oleh masyarakat madani adalah, adakah kajian-kajian ini bersifat profesyional. Kenapa kedua-dua kajian yang begini penting ditugaskan pada pihak yang sebelum ini juga sudah menyatakan sokongan mereka pada TPPA? Kenapakah "think tank" seperti Third World Network yang telah memantau proses Perdagangan Bebas untuk 15 tahun yang lalu tidak dipilih?
Ataupun CAP ataupun Aliran - kenapa mereka tidak dijemput menganggotai satu panel kajian ini?

Kita baru dengar bahawa di Amerika, Congress tidak meluluskan kuasa "fast track" untuk Presiden Obama. Di Amerika tuan pengerusi, perjanjian perdagangan mesti diluluskan oleh Congress, bukan seperti di Malaysia di mana Jemaah Menteri boleh buat keputusan. "Fast track" authority yang dipohon oleh Obama adalah untuk menyekat ruang Congress Amerika untuk menghalusi dan menukar perjanjian klausa demi klausa. Tetpai permohonan ini telah ditolak. Erti itu, konsensi dan kelonggaran yang mungkin dicapai dalam perundingan pun boleh disoal dan dikurangkan oleh kongres.  

Tuan Pengerusi, pada takat ini, sebelum kita masuk TPPA pun, 62% daripada perdagangan antarabangsa kita adalah di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang telahpun ditandatangani oleh kerajaan kita. Jika kita tandatangan TPPA ini, percentage perdagangan yang diliputi oleh perjanjian FTA hanya naik 10% lagi.

Ramai kumpulan di Malaysia terasa bahawa pengorbanan yang harus ditanggung oleh negara kita untuk memasuk perjanjian TPPA adalah terlalu berat.

Mesej daripada rakyat Malaysia adalah, ta perlu kami terima taktik membuli Amerika Syarikat. Kita harus berdiri tegak. Mungkin negara lain juga akan ambil hati dan ikut pendirian kita. Kita harus menolak perjanjian TPPA ini supaya kita dapat mencipta satu perjanjian yang lebih adil dan sempurna pada masa yang depan.        

Tolong Ambil Tindakan Tegas Untuk Hentikan Masalah Jerebu!

Posted: 21 Nov 2013 01:00 AM PST

Perbahasan Belanjawan Kementerian Sumber asli dan Alam Sekitar.  20/11/2013

Terima kasih, Dato Pengerusi.

Isu pertama yang saya ingin membawa adalah masalah jerubu yang sering melanda kita. Butiran 060300Bila ini berlaku, pihak berkuasa di Malaysia akan mengatakan, puncanya adalah daripada kebakaran padang gambut di Indonesia. Ini biasa diikuti oleh kenyataan daripada Indonesia bahawa syarikat-syarikat Malaysia di Indonesia adalah punca pihak yang menyebabkan kebakaran padang gambut.

Siasatan saya telah menunjukkan bahawa
1. Kebakaran padang ganbut di Kalimantan dan Sumatra memang punca utama masalah jerubu.
2. Kebakaran ini biasanya tidak disebabkan oleh syarikat-syarikat perladangan Malaysia tetapi oleh peladang kecil warga Indonesia yang ingin membuka tanah baru.
3. Sebab utama dalam pengwujudan masalah ini adalah penurunan paras air dalam tanah atau pun water table di kawasan-kawasan yang terlibat ekoran projek-projek besar yang diambil oleh kerajaan Indonesia untuk memulihkan tanah paya yang luas untuk melancarkan projek-projek pertanian besar di Kalimantana dan Sumatra Selatan.

Adakah Kementerian menerima analisa ini? Jika "ya" bolehkah kita kerja bersama kerajaan Indonesia untuk memetakan kawasan-kawasan di mana paras air dalam tanah adalah terlalu rendah? Mungkin beribu-ribu hectar terlibat. Paras air dalam tanah boleh ditingkatkan dengan membina ampangan di tali air dan longkang besar yang telahpun dibina oleh kerajaan pada satu masa dahulu. Pendekatan seperti ini adalah jauh lebih baik daripada tuduh menuduh satu sama lain tiap kali masalah jerubu timbul pada musim kering.

Isu kedua yang saya ingin bangkit adalah di bawah butiran 060200, Penilaian Alam Sekitar. Saya rasa sudah sampai masa kita menilai balik kaedah kita melaksanakan kajian EIA - Environment Impact Assessment - penilaian impak projek pembangunan terhadap alam sekitar. Kaedahnya sekarang mewajibkan syarikat pemaju untuk melantik dan membayar syarikat pakar EIA untuk melaksanakan kajian tersebut. Masalah dengan kaedah sebegini adalah syarikat pakar EIA yang sangat profesional tidak akan disenangi oleh pihak pemaju. Syarikat yang ta begitu strict akan disukai oleh pemaju. Ada satu istillah Inggeris Tuan Pengerusi, dengan izin, "He who pays the piper, call the tune." Ertinya pihak yang membayar pakar EIA dapat mempengaruhi keputusan kajian itu.

Mengapa tidak boleh tukar ke kaedah seperti ini - wajibkan syarikat pemaju membayar fi untuk melaksanakan kajian EIA kepada Kementerian Alam Sekitar. Dan Kementerian yang melantik dan membayar syarikat pakar EIA itu. Pendekatan seperti ini akan memastikan bahawa laporan yang dibekalkan oleh syarikat pakar EI adalah lebih profesyional.

Sekarang saya ingin alih ke isu Lynas - butiran 060300, Pengawasan. Pada jawapan soalan pada 18/7/2013, Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi telah mengatakan " Lynas hendaklah menyediakan Permanent Disposal Facility (PDF) bagi pengurusan pembuangan sisa toksik dan radioaktif . ." Tetapi Menteri yang sama, pada 22/10/2013 telah memberi jawapan di Parlimen bahawa "Lynas sedang menjalankan R&D ke atas residu supaya ia boleh ditukar kepada produk selamat yang ada commercial value seperti synthetic aggregate. Pada masa ini kesemua residu diguna untuk tujuan tersebut."

Tuan Pengerusi, ini amat membimbangkan. Radioaktiviti diukur dengan pakai unit Becquerrel di mana satu sinaran radioaktif dalam satu saat dipanggil 1 Becquerrel (Bcq). Ikut piawaian antarabaangsa, bahan dengan sinaran radioaktif lebih daripada 1 BCQ se gram adalah disifatkan sebagai bahan radioaktif. Kami diberitahu bahawa residu Lynal mempunyai bacaan 6.4 Bcq segram. Tetapi jika tiap gram residu ini dicampur dengan 10 gram pasir, sinaran radioaktifnya akan turun ke bawah daripada paras 1 Bcq kerana ianya telah didilute.  Tetapiini tidak bererti ia-nya selamat. Jika residu yang telah dicampur dengan pasir atau simen dipakai untuk buat jalan ataupun bangunan, sinaran yang disebabkan olehnya masih boleh membawa kesan buruk terhadap manusia.

Umpamanya, jika kita tuang lebih air panas untuk mengurangkan kemanisan satu cawan minimuman, itu tidak mengurangkan amaun gula yang diminum kita. Samalah ini. Kita dilute residu Lynas dengan pasir, tetapi dos sinaran radioaktif yang diterima oleh orang ramai masih merbahaya.

Isu Lynas biasa dikawal oleh Kementerian Sain, Teknologi dan Inovasi. Tetapi sekarang dengan cadangan inovative untuk kitar semula residu untuk membekalkan roadmix dan simen, Kemeterian Alam Sekitar juga harus mengambil berat dan memantau tingkahlaku kilang ini.       

Poin terakhir saya adalah Pemansan Dunia, di bawah butiran 150500. Kerajaan kita telah memberi jaminan di perengkat antarabangsa bahawa kita akan mengurangkan intensiti pengeluaran karbon dioxida 40% seunit GDP. Jika dulu kita keluaarkan xkg CO2 setiap RM 1 bilion GDP kita, sampai 2020 kita akan cuba kurangkannya ke 0.6Xkg CO2 untuk setiap RM 1 bilion GDP. Tetapi tuan Pengerusi kita tetap mahu menambahkan GDP kita dengan kadar yang pantas sekali - 4% tau 6%.

Bolehkah Kementerian Alam Sekitar mengkaji balik pendekatan ini yang bersifat (dengan izin) "growth at all cost"? Mahathma Gandhi pernah berkata (dengan izin) " There is enough in the world for everyone's needs but there isn't enough for everyone's greed". Ertinya ada cukup untuk keperluan asas semua rakyat tetapi tidak cukup untuk ketamakan semua.

Tuan Pengerusi, masalah kemiskinan di Negara kita bukan berpuncan daripada GDP negara yang rendah. Punca kemiskinan adalah pengagihan kekayaan yang tidak adil. Bolehkah Kementerian Alam Sekitar memainkan peranan pimpinan dalam menganjurkan dialog di masyarakat kita bagaimana "carbon footprint " kita dapat dikawal dan dikurangkan?

Terima kasih Tuan Pengerusi.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang