Khamis, 14 November 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Tamil Schools in Selangor Achieved the Best UPSR 2013 Results – Congratulations to All

Posted: 14 Nov 2013 06:10 PM PST

Media Statement – YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas

Tamil Schools in Selangor Achieved the Best UPSR 2013 Results – Congratulations to All
 
The latest UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) results shows tremendous improvement in the Tamil schools (SJKT) in Selangor. Based on the results, SJKT in Selangor have achieved the best in country compared to SJKT in other states.

SJKT Simpang Lima, Klang is the top school in the country and two of the students have topped the state list. The top five SJKT with 7As:

1)      SJKT Simpang Lima, Klang, Selangor – 63 students with 7As
2)      SJKT Kajang, Selangor – 28 students with 7As
3)      SJKT Batu Caves, Selangor – 25 students with 7As
4)      SJKT Puchong Batu 14, Selangor – 24 students with 7As
5)      SJKT Rawang, Selangor – 22 students with 7As

The overall pass rate of 62.3 percent is the best till now. 398 students got 7As, an increase from 321 last year.

Pakatan Rakyat has proved that with a little bit of funding, help from the state, we have worked tirelessly with four NGO namely Tamil Foundation, EWRF (Education, Welfare & Research Foundation), (Child Information, Learning and Development Centre) and HYO (Hindu Youth Council), including the PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru) who have worked together to bring about this change.

I must sincerely put on record the work done by the Head Masters and teachers without whom this would not have happened. Syabas and terima kasih.

Lastly to all the parents and Old Boys Associations of these schools, give yourselves a pat on the back, we must now look forward to improve. Let's put our hands together for a better and brighter future for our children.
 
Nandri to all of you.

YB Dr Xavier Jayakumar
Seri Andalas
Selangor State Assemblyman

15 November 2013

Tahniah Kepada Semua Pihak - Sekolah Tamil Di Selangor Capai Keputusan Terbaik UPSR 2013

Posted: 14 Nov 2013 06:06 PM PST

Kenyataan Media YB Dr Xavier Jayakumar

Tahniah Kepada Semua Pihak - Sekolah Tamil Di Selangor Capai Keputusan Terbaik UPSR 2013

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baharu diumumkan menunjukkan peningkatan ketara pencapaian Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Selangor. Mengikut keputusan tersebut, SJKT di Selangor secara keseluruhannya mendapat tempat terbaik berbanding keputusan negeri-negeri lain.

SJKT Simpang Lima, Klang mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan diantara kesemua SJKT dan dua pelajarnya mencatat keputusan terbaik di Selangor. Lima buah SJKT yang mencatatkan keputusan terbaik pencapaian 7A adalah;

1)      SJKT Simpang Lima, Klang, Selangor – 63 pelajar capai 7A
2)      SJKT Kajang, Selangor – 28 pelajar capai 7A
3)      SJKT Batu Caves, Selangor – 25 pelajar capai 7A
4)      SJKT Puchong Batu 14, Selangor – 24 pelajar capai 7A
5)      SJKT Rawang, Selangor – 22 pelajar capai 7A

Peratusan lulus secara keseluruhan adalah 62.3 dan adalah keputusan terbaik setakat ini. Seramai 398 pelajar mencapai 7A, suatu peningkatan berbanding 321 pada tahun lepas.

Pakatan Rakyat di Selangor telah membuktikan dengan pemberian dana dan bantuan daripada kerajaan negeri serta usaha berterusan dengan kerjasama empat NGO Tamil iaitu Tamil Foundation, EWRF (Education, Welfare & Research Foundation), CHILD (Child Information, Learning and Development Centre) dan HYO (Hindu Youth Council) serta PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru), perubahan yang baik ini dapat dicapai.

Ikhlas saya katakan, keputusan yang baik ini juga adalah hasil usaha yang gigih daripada para guru besar dan guru-guru. Syabas dan terima kasih. Tanpa usaha anda semua, keputusan ini mungkin tidak tercapai.

Akhir sekali, kepada para ibubapa dan Persatuan Bekas Pelajar, berikan penghargaan kepada diri sendiri atas usaha yang telah diberikan dan kita mesti terus memandang kehadapan untuk mencapai kemajuan. Marilah kita berganding bahu untuk masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.

Sekian, ucapan Nandri untuk anda semua.

YB Dr Xavier Jayakumar
Ahli Dewan Negeri Selangor
Seri Andalas

15 November 2013

NST Apologises to Bersih and Three Other NGOs

Posted: 14 Nov 2013 05:20 PM PST

Bersih is discontinuing its defamation suit against the New Straits Times after it agreed to apologise for linking the coalition and three others to a "plot to destabilise government".
 
The New Straits Times has apologised in open court for their false and baseless article published on 21 September 2012 in their daily newspaper and online newsportal thus bringing to an end the defamation suits brought against them by Bersih 2.0, Suaram, the Centre for Independent Journalism and the Merdeka Centre (the plaintiffs). They will also pay our legal costs. We want to appreciate the support and advice of our legal teams and thank them for their hard work.

Bersih 2.0, Suaram, the Centre for Independent Journalism and the Merdeka Centre have never been about destabilising or overthrowing through any means the government of Malaysia or to bring down Malaysia's economy. Instead, they are and continue to be about the struggle of the Malaysian people to bring about real political change through clean, free and fair elections, transparency and accountability. Today's settlement is a vindication of our position and a victory for the rakyat.

One of the fundamental features of the plaintiffs has always been to support the Federal Constitution, through the honouring of the spirit of its provisions. This is why we have called for a strengthening of institutions including the press, that are charged with the duty and responsibility of ensuring clean, free and fair elections, and a strong and vibrant democracy.

A vibrant and free press that reports with integrity is key to achieving our goals for a strong democracy. Anything less must be condemned to the fullest extent as a betrayal of a sacred duty to the rakyat to report fairly and objectively.

Today, truth has prevailed over lies. It always will, ultimately. However, the fight for the truth has not ended and will not end until the changes that we are struggling for are implemented in a full and proper manner. All of us throughout Malaysia must continue to work to achieve these aims."

Bersih 2.0 Steering Committee

Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)
Centre for Independent Journalism
Merdeka Centre
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

Source: Aliran

Leaked Draft Confirms Pakatan’s Fears

Posted: 14 Nov 2013 05:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Pricier medicine, internet policing and longer patents – these are what Malaysians will face should the government agree to the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), according to Pakatan Rakyat leaders.

DAP lawmaker Charles Santiago said today the draft of the secretive trade pact, published online by whistleblowing site WikiLeaks yesterday, has confirmed Pakatan's worst fears all along.

"We have to be worried about it for three reasons. First, Americans are pushing for a longer patent period – now, the patent period maximum is 20 years, (but) we are now pushing it beyond 20 years, which could be 30, 40 (years)… another proposal is up to 50 years patent.

"This means a patented medicine can only be generic after the 50th year. Which means the cost of medicine, for the longest time, will be very high," he told a press conference here today.

He claimed the chapter also touched upon "Internet policing" which would have an adverse impact on websites.

"If I go into your website and download something from you, and I do it illegally, you will be held liable. So they have introduced another layer of policing of copyrights…and a new group called Internet cops," said the Klang MP.

He added that should the Malaysian government delay approval of patent permits from foreign firms settled here, the government would have to pay compensation.

PKR vice-president Nurul Izzah Anwar, who was also present at the press conference, said they had only begun to scratch the surface of the 95-page document, which touched on intellectual property and would work with the Bantah TPPA coalition to further scrutinize it.

"It appears the government has reneged on its promises. More technology will be patented; intellectual rights property owners will profit at the expense of generic producers," she said.
 
Caucus has no powers
 
Worse, she said, there was no means by which parliamentarians could seek recourse as the current parliamentary caucus on the TPPA had no formal powers.

"We want the caucus to be formalised into a proper standing committee and we want to scrutinize every line. Now we have the leaked texts, but no formal process to make changes to benefit Malaysians," said Nurul Izzah.

Santiago said the Malaysian government could no longer hide behind secrecy as WikiLeaks had revealed the documents online for the world to read.

"What we can surmise from the leaked documents is that the US is pushing for its own demands, its own laws and the demands of its corporations.

"Does the Malaysian government still want to go ahead with this agreement?" he said.

Source: FreeMalaysiaToday

MP: TPPA dedah GLC Kepada Ambilalih Antarabangsa?

Posted: 14 Nov 2013 04:58 PM PST

Anggota Parlimen Klang, Charles Xavier menggesa kerajaan menjelaskan sama ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bakal terdedah kepada pengambilalihan di peringkat antarabangsa menerusi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Menurutnya, kegusaran itu timbul apabila satu majalah perniagaan utama Vietnam melaporkan mengenai usaha mereformasi GLC dalam TPPA.

Majalah Vietnam Briefing antara lainnya melaporkan yang Malaysia sertai Vietnam, Peru dan Brunei bersepakat untuk menerima tempoh bertenang selama lima tahun untuk menambahbaik dasar melibatkan syarikat GLC, kata Xavier.

"Terdapat konsensus bahawa Vietnam, termasuk Malaysia, Peru dan Brunei, akan diberikan tempoh pengecualian selama lima tahun untuk mereformasi dasar GLC," laporan bertarikh 21 Oktober itu dipetik.
Mengulas lanjut, Xavier berkata perkara itu bertentangan dengan janji kementerian perdagangan antarabangsa dan industri yang menyatakan Malaysia akan menandatangani perjanjian itu berdasarkan syarat yang ditetapkannya sendiri.

Menurutnya lagi, persetujuan itu juga mendedahkan Malaysia kepada risiko pengambil alihan oleh mana-mana 12 negara yang menandatangani TPPA.

"Apakah asas Malaysia dalam menerima (tempoh bertenang) lima tahun ini?," soal Xavier pada sidang media di lobi Parlimen petang ini.

Sumber: MalaysiaKini

Gantung Surendren, Speaker Berat Sebelah

Posted: 14 Nov 2013 04:56 PM PST

KUALA LUMPUR 14 NOV: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan bermula hari ini.

Usul pengantungan tersebut kemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri sebelum itu mencetuskan suasana tegang di dalam Dewan Rakyat apabila disifatkan melanggari beberapa syarat dewan.azmin ali mmpertikaikan kputusan speaker

Menurut ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, usul tersebut tidak boleh diguna pakai kerana jelas melanggari beberapa syarat yang ditetapkan sendiri oleh Dewan Rakyat yang antaranya hendaklah berkaitan dengan kepentingan orang ramai.

Namun, jelas Azmin, Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee bertindak meluluskan usul tersebut yang jelas dirinya sendiri ada kepentingan terhadap isu berkenaan.

"Keputusan dibuat membenarkan usul ini dibawa bukan berdasarkan kepentingan awam, tetapi kepentingan peribadi speaker," katanya.

Katanya, usul berkenaan melanggar syarat, yang memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya satu hari.

Usul bagi mengantung Surendran tersebut akhirnya diluluskan selepas undian 92 ahli parlimen BN.
Surendran sebelum ini didakwa mencalar intergriti Yang Dipertua Dewan dalam satu kenyataan media kerana cuba membentangkan usul tergempar berhubung isu perobohan sebuah kuil di jalan P Ramlee.

Beliau sebelum ini pernah diusir daripada Dewan apabila cuba membentangkan usul tergempar pembunuhan P Karuna Nithi.

"Kalau sebelum ini Padang Serai bawa usul bagi kepentingan masyarakat India dan ditolak dengan mudah.

"Bila bawa isu untuk kepentingan, speaker tolak. Bila usul yang ada kepentingan kerajaan, speaker dahulukan," kata Azmin mempertikai sikap berat sebelah Yang Dipertua Dewan.

Sumber: Keadilan Daily

MB Cadang Bayaran Syarikat Konsesi Air Ditentukan Perantara Bebas

Posted: 14 Nov 2013 04:52 PM PST

SHAH ALAM 14 NOV : Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada badan bebas sebagai perantara untuk menentukan jumlah yang perlu dibayar kepada empat syarikat konsesi air jika persetujuan itu masih menemui jalan buntu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat bagi kepentingan semua pihak memandangkan permintaan harga syarikat konsesi terbabit bercanggah dengan tawaran kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, perbincangan masih diteruskan sehingga kini dan keputusan itu bakal diambil supaya ketelusan Selangor menguruskan air dirasai rakyat.

"Pada saya, jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) masih berbeza dengan harga negeri, kita memang cadangkan ia dibuat mengikut perantara bebas.

"Jika rakyat tanya kepada saya kenapa Selangor bayar lebih daripada itu, kita boleh kata ia diadili dengan baik. Kalau perantara kata tidak perlu bayar, maka tidak perlulah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor 2013, di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Berhubung pendirian kerajaan pusat yang akan menggunakan undang-undang jika isu terbabit menemui jalan buntu, Abdul Khalid berkata, penyelesaian itu adalah lebih baik apabila membabitkan dua pihak iaitu kerajaan negeri dan kementerian.

"Kita akan terus lindungi bekalan air dan akan menawarkan bekalan air bersih jika kementerian setuju, yang mana pakej pampasan akan dibincangkan kemudian,"katanya.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan isu Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang mendakwa beliau menolak cadangan pembangunan rakyat, Abdul Khalid berkata, perjumpaan sudah diadakan dan lakaran Belanjawan 2014 akan diserahkan kepada mereka esok.

"Jumaat (15 Oktober), kita akan beri lakaran Belanjawan dan Selasa (19 Oktober) akan bentangkan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan insentif bernilai RM200,000 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Petaling bagi kategori kutipan tertinggi.

Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mendahului dengan kutipan cukai tanah semasa sebanyak 95.5 peratus dan tunggakan cukai tanah sebanyak 104.2 peratus, manakala Pejabat Daerah dan Tanah Petaling pula memenangi kategori premium tanah 2012 dengan kutipan paling tinggi berjumlah RM318 juta.

Anugerah Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dimenangi Majlis Bandaraya Shah Alam yang membawa pulang piala, sijil dan cek bernilai RM20,000 manakala Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor diterima Majlis Perbandaran Subang Jaya yang menerima piala, sijil dan cek bernilai RM30,000.

Sumber: SelangorKini

MySikap RM200 Juta Satu Lagi Projek Pembaziran BN

Posted: 14 Nov 2013 04:49 PM PST

SHAH ALAM 14 NOV : Kegagalan sistem MySikap bagi menangani masalah kebanjiran pengguna berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu lagi bukti projek pembaziran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata beliau kesal dengan kegagalan sistem berharga RM200 juta itu berfungsi dengan sempurna sehingga menyusahkan pengguna.

"Kita berharap JPJ memperbaiki sistem yang menjadi rungutan apabila kaunter di seluruh negeri tidak dapat memberikan khidmat dengan baik dengan sempurna.

"Seharusnya, JPJ perlu memperhalusi keberkesanannya sebelum memperkenalkan sistem MySikap ini," katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, semalam.

Media turut melaporlan portal MySikap menghadapi masalah menangani kapasiti beban besar daripada pengguna yang menggunakan sistem itu yang menyebabkan masalah teknikal menjejaskan berjuta pengguna dan mengikut rekod Malaysia mempunyai kira-kira 14 juta pemandu dan 24 juta kenderaan didaftarkan di bawah JPJ.

Yahya berkata, kerajaan perlu bertegas mengambil tindakan mendenda syarikat kontraktor yang dilantik mengendalikan operasi MySikap.

"Apa yang berlaku menyusahkan penggunadan kita mengharapkan supaya kerajaan pusat bertindak dengan menamatkan khidmat mereka dan melantik kontraktor lain. Pengguna yang berhadapan dengan masalah itu perlu memberikan komen dan aduan secara terus kepada laman sesawang JPJ dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

yahya saari batik songkok 01"Berikan aduan yang dihadapi di semua kaunter JPJ seluruh negara supaya tindakan segera dapat diambil kerajaan," katanya.

Komen pengguna Facebook, Iean Nizar, berkata, kerajaan harus mengkaji secara menyeluruh dan menyediakan pelan keselamatan sebelum MySikap diperkenalkan.

"Perlu ada pelan kecemasan A, B, C, D jika perlu bila berlaku 'server breakdown' dan sebagainya, bukan bila sudah laksana dan dijalankan secara menyeluruh baru ada pelan kitu. Sebab utama adalah MySikap membabitkan ramai pihak daripada pelanggan hingga pejabat JPJ sendiri," katanya.

Sumber: SelangorKini

Selangor Peruntuk RM37 Juta Atasi Masalah Banjir di Klang

Posted: 14 Nov 2013 04:47 PM PST

SHAH ALAM 13 NOV : Ekoran kejadian banjir kilat yang sering melanda di beberapa tempat di Klang, Kerajaan Selangor mengumumkan langkah segera bagi melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir dan menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi masalah terbabit.

Projek untuk memastikan kesejahteraan penduduk Klang itu membabitkan dana sejumlah RM37,984,454.45 yang disediakan untuk lima projek utama di daerah itu.

MB SUK greyMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah itu meliputi peruntukan berjumlah RM12.4 juta dari Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, manakala selebihnya RM25.5 juta disediakan Kerajaan Persekutuan.

"Walaupun ini merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri turut mengambil tanggungjawab menyediakan peruntukkan pada jumlah yang kita mampu.

"Sebahagian projek itu dijangka siap pada pertengahan 2014 dan beberapa projek lagi akan siap pada April 2015," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Lima projek utama itu, adalah kerja menaiktaraf sistem saliran bagi mengatasi banjir kilat di Pelabuhan Klang yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.

Sementara empat projek yang dibiayai Kerajaan Negeri pula adalah, projek tebatan banjir di Jalan Papan, Pandamaran, menaiktaraf sistem saliran Kampung Teluk Menegun, menaiktaraf sistem saliran di Sungai Aur Fasa 4 dan membina lencongan Sungai Rasah ke Tasik Ladam Sungai Klang dan kerja-kerja berkaitan lain.

banjir klangSelain itu Kerajaan Negeri turut menyediakan dana tambahan RM2.7 juta untuk 23 projek kecil yang melibatkan pelebaran 'Borrowpit', mengorek dan membersihkan sungai, penyelenggaraan perangkap sampah (log boom).

Turut sama adalah kerja mengorek semula parit di kampung-kampung, mengukuhkan dan menstabilkan tebing sungai, mengorek dan mendalamkan kolam takungan dan lain-lain yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.

"Kerajaan Negeri sangat prihatin terhadap masalah banjir dan kepayahan hidup penduduk di kawasan yang sering dinaiki air di Taman Sentosa, Rantau Panjang, Sungai Udang, Telok Pulai, Pandamaran, Taman Chi Liung , Bayu Perdana, sebahagian pekan Pelabuhan Klang, Bandar Putri dan Padang Jawa serta kawasan persekitaran," kata Abdul Khalid lagi.

Kerajaan Negeri berharap dengan perlaksanaan projek tebatan banjir di Klang itu dapat mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda daerah Klang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber: SelangorKini

Harga Gula dan Petrol Naik, Pengeluar Roti Terpaksa Naik Harga

Posted: 14 Nov 2013 04:44 PM PST

SHAH ALAM 13 NOV : Syarikat pengeluar roti, Roti Sedap Sdn Bhd terpaksa menaikkan harga produk keluarannya bagi mengimbangi peningkatan kos pengeluaran syarikat yang semakin melonjak sejak kebelakangan ini.

Exsekutif Pemasaran syarikat itu, Azlin Kassim berkata, antara faktor utama yang menyebabkan meningkatnya kos pengeluaran adalah disebabkan kenaikan harga petrol dan gula baru-baru ini.

harga-naikAnalisis pasaran yang dibuat syarikat itu turut menjangkakan syarikat pengeluar roti lain akan turut mengambil langkah sama, menaikkan harga pasaran produk keluaran masing-masing.

"Bukan tujuan kami mengejar keuntungan tetapi kenaikan ini tak boleh dielakkan, petrol contohnya, kami bukan beli 10 atau 20 liter tetapi beribu liter untuk memasarkan produk kami di seluruh negara dan begitu juga dengan gula dan lain-lain.

"Selama 20 tahun kita pasarkan roti keluaran kami dengan harga rendah berbanding syarikat lain tetapi apabila barang mentah semakin naik khususnya gula dah dua kali naik, petrol pun dah naik. Jadi kami terpaksa menaikan sedikit harga kami.

"Laporan dari lain-lain syarikat pengeluar roti, mereka juga ada kemungkinan akan menaikan harga, kalau tidak mereka akan alami kerugian," kata Azlin ketika dihubungi Selangor Kini.

cukainaikBagaimanapun Azlin menambah, sehingga kini produk keluaran Roti Sedap Sdn Bhd masih mengekalkan harga yang rendah berbanding pesaing lain.

Selain itu Roti Sedap Sdn Bhd juga mengambil beberapa langkah menghadkan pasaran produk mereka hanya di kedai yang mempunyai jualan yang tinggi sahaja.

"Sekarang kami hanya menjual roti-roti kami di kedai yang tinggi jualannya sahaja seperti di pasaraya atau mini market yang boleh beri jualan tinggi dan cara itu dapat mengurangkan 'return' produk tidak terjual sekaligus setiap sen kos yang dikeluarkan dapat dimanfaatkan.

"Sebelum ini, dianggarkan lebih kurang 40 peratus 'return' tetapi sekarang dapat dikurangkan sehingga 20 peratus sahaja," kata Azlin.

Sumber: SelangorKini

Menghadiri Majlis Perasmian Penyiapan Projek Rangkaian Pembentungan Utama Dan Stesen Pam di Lot 130, Klang

Posted: 13 Nov 2013 11:28 PM PST

Klang, 11 November 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menghadiri Majlis Perasmian Penyiapan Projek Rangkaian Pembentungan Utama dan Stesen Pam di Lot 130 Klang yang diadakan di Hotel Premiere, Klang. Turut hadir bersama beliau adalah Ahli Majlis MPK iaitu Encik PS Rajoo dan Encik Azmi Jusoh

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA), YB Dato' Seri DiRaja Mahdzir Khalid. Selepas ucapan perasmian, pukul 4.15 ptg, rombongan telah melakukan lawatan ke tapak Loji STP Lot 130, di Parkland, Klang dan telah diberi taklimat oleh juru perunding. Kemudiannya pada pukul 4.45 petangg rombongan telah dibawa melawat ke Stesen Pam PS5 di Bandar Puteri, Klang dan sidang media telah diadakan di situ.








Tiada ulasan: