Khamis, 24 Oktober 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Jom Shopping Sempena Deepavali DUN Seri Andalas

Posted: 24 Oct 2013 08:57 PM PDT

Kampung Jawa, Klang, 20 Oktober 2013 - Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas pada hari ini telah mengadakan Program Jom Shopping Deepavali.

Program ini telah diadakan di pasaraya Econsave Kampung Jawa dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Program diadakan bagi membantu mereka yang layak untuk membuat persediaan sempena perayaan Deepavali. Setiap peserta diberikan baucar untuk dibelanjakan pada hari ini.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang telah membantu menjayakan program pada hari ini.




Tiada ulasan: