Jumaat, 18 Oktober 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Sekitar Program Aidiladha anjuran Pejabat Parlimen Telok Kemang

Posted: 17 Oct 2013 09:01 PM PDT







Pakatan: Bukan Islam boleh guna kalimah ‘Allah’

Posted: 17 Oct 2013 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 OKT: Pakatan Rakyat mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah 'Allah'.
Pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat bertemu hari ini bagi membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya, Isnin lalu.
Setiausaha agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menjawab soalan pemberita berkata, pendirian Pakatan tidak berbeza dengan pendirian yang dinyatakan sebelum ini.
mustafa ali3
"Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan," kata Mustafa , lapor Malaysiakini.
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang bertemu Januari lalu menyokong kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
Katanya, kerajaan Umno-BN menjadikannya isu tersebut sebagai satu polemik dengan menggunakan media arus perdana, dan seterusnya menyebabkan ketegangan penduduk pelbagai agama dalam masyarakat majmuk.
"Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
"Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat," kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada 8 Januari dipetik.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sama ketika itu mengalu-alukan pendirian Pas itu sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56233

Tiada ulasan: