Selasa, 3 September 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pakatan: Fuel Hike Only the Beginning

Posted: 03 Sep 2013 05:34 AM PDT

PETALING JAYA: Last night's increase in price of RON 95 and diesel by 20 sen per litre is just the beginning of more to come, now that Barisan Nasional (BN) has secured its mandate, Pakatan Rakyat said today.

Opposition leaders said Malaysians would feel an even harder pinch in the next few months as electricity tariff was expected to go up and the controversial Goods and Services Tax (GST) introduced.

PAS vice-president Salahuddin Ayub said this would be on top of the expected rise in the price of goods, initiated by manufacturers forced to cushion the increase in fuel prices.

"I'm worried that this may lead to escalating crime, as the lower class scramble to manage higher cost of living while their income remains stagnant," the former Kubang Kerian MP told FMT.


Prime Minister Najib Tun Razak had vowed that the government would increase the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) payouts to ensure low-income families were not burdened by the fuel hike.

DAP's Serdang MP Ong Kian Ming said even the cash aid was not enough to counter the increase in the price of goods, electricity tariff and GST.

"BR1M will not cushion all the increases in price that we expect in the next three or four months. I doubt the BRIM payout will be RM1,000 as promised.

"It will more likely be RM700, an increase of RM200 and that is not sufficient," he said.

Salahuddin believed the government had raised the fuel price to compensate for the billions it lost and would continue to lose over the BR1M cash vouchers.

Some 6.8 million households and unmarried individuals were beneficiaries of the BR1M 2.0 aid early this year, with up to RM2.9 billion disbursed by the government.

Najib had said that by slashing the fuel subsidies to 63 sen per litre for RON95 and 80 sen per litre for diesel, the government will save at least RM1.1 billion.

"The government may use the excuse that they want to reduce subsidies, which should not be the philosophy of a government that has the made the rakyat's welfare its priority," said Salahuddin.

The PAS leader also believed the timing of the fuel hike – four months after the general election – was deliberate in order to avoid voter backlash at the ballot box.

"I hope the rakyat can see clearly now that while Pakatan Rakyat offered to reduce petrol prices should it win the election, BN, in contrast, has hiked up the price," he said.

Ong said BN could rely on other methods to manage the government's finances better, without burdening the rakyat.

"They can reduce unnecessary expenditure in the budget, rather than increasing our cost of living," said the professor.

"They can also raise revenue by having open tenders for major projects such as the Tun Razak exchange and the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) project. There are so many other alternatives but at this point, reducing subsidies is unnecessary."


Source: FreeMalaysiaToday

MP: Lebih Banyak Kematian Jalan Raya Jika Harga Minyak Naik

Posted: 03 Sep 2013 05:29 AM PDT

MP DAP Liew Chin Tong berkata kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen melalui pengurangan subsidi akan menyebabkan lebih ramai pemandu kereta beralih untuk mengguna motosikal dan seterusnya menyumbang kepada lebih banyak kemalangan maut.

petrol station queue price hike 020913 Beliau memberi alasan, jumlah kemalangan maut melibatkan motosikal adalah tiga kali lebih tinggi dari kemalangan melibatkan kereta, enam kali lebih tinggi berbanding pejalan kaki dan 50 kali lebih tinggi berbanding penumpang bas.

Beliau memetik kajian yang dijalankan satu badan antarabangsa International Association of Traffic and Safety Sciences yang menyebut rakyat Malaysia bertindak demikian ekoran kenaikan harga minyak antara Mac 2006 hingga 2008 – menyebabkan lebih banyak kematian pengguna motosikal.


"Satu bencana kepada manusia dalam bentuk kematian pengguna motosikal bakal berlaku, ekoran kenaikan terbaru harga petrol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NONEMenurut Liew, kerajaan perlu memikul tanggungjawab sekiranya jumlah kemalangan jalan raya meningkat lebih tinggi susulan kenaikan harga bahan api berkenaan memandangkan rakyat Malaysia tiada alternatif lain.

"Di negara lain di mana khidmat pengangkutan awam disediakan dengan memadai dan cekap, kenaikan harga petrol akan menggalakkan pemandu kenderaan persendirian beralih kepada pengangkutan awam/

"Bagaimanapun, dalam kes Malaysia, setiap kenaikan harga bermakna lebih banyak kematian di jalanan," katanya.

Beliau mendakwa, keadaan di Malaysia tidak banyak berubah walau kerajaan memperuntukkan RM4.4 bilion pada Mac 2006 untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam.

Sumber: MalaysiaKini

Jangan Kata Kenaikan Tidak Beban Pengguna - Fomca

Posted: 03 Sep 2013 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesan berganda ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, hari ini memang tidak dapat dielakkan apabila kebanyakan sektor perkhidmatan berhubung kait antara satu sama lain.

Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.

"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.

Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.

Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.


Sebaliknya, kata Sha'ani kerajaan boleh mewujudkan situasi menang-menang, sama ada kepada pengusaha dan pengguna.

Kerajaan juga, katanya boleh memberi penjimatan yang berterusan dalam urusan tadbir negara, sebelum meminta rakyat melakukan penjimatan.

"Apa guna kita bercakap tiada peruntukan mencukupi untuk biasiswa, tetapi dalam masa sama kita bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka. Jika mahu rakyat berjimat, kerajaan perlu tunjukkan contoh terlebih dahulu," tegas beliau.


Sumber: HarakahDaily

Kesatuan Pengangkutan Jangka Harga Barang Naik Mendadak Dalam Sebulan

Posted: 03 Sep 2013 05:23 AM PDT

SHAH ALAM 3 SEPT: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu menjangka kenaikan harga barang berleluasa dalam masa kurang sebulan berikutan peningkat kos pengangkutan.

Setiausaha Eksekutif kesatuan itu, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kenaikan itu berlaku apabila kos petroleum melibatkan banyak peringkat dalam pengeluaran sesuatu barang.

"Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat," katanya.

Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa hari ini sudah dijangka Pakatan Rakyat.


Hal ini tidak akan berlaku jika Pakatan yang menawarkan penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja membentuk kerajaan jika menang PRU 13.

Bagaimanapun, BN yang pernah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak jika menang, mungkir janji kurang lima bulan selepas mencatat kemenangan tipis.

"Kita memang jangka minyak akan naik jika BN menang. Kita nasihati pengundi jangan tersalah pilih tetapi ada pengundi 'memilih' untuk (harga) minyak naik," kata Senator Dewan Negara itu kepada TV Selangor.

Sumber: Selangorku

Surcaj Bahan Api Kargo Naik Ekoran Harga Minyak

Posted: 03 Sep 2013 05:21 AM PDT

Syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdn Bhd akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.

"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum,  kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan pelanggan kami tentang FAF baru hari ini."


Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Bagaimanapun, Nazari, yang syarikatnya mendepani perniagaan itu di Pelabuhan Klang menegaskan, terpulang kepada syarikat masing-masing untuk menentukan kadarnya kerana industri itu diselia oleh Akta Persaingan 2010.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.


Sumber: MalaysiaKini

Pengendali Bas Mahu Tambang Naik

Posted: 03 Sep 2013 05:18 AM PDT

Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu.


Bagaimanapun, pengendali masih memerlukan kelulusan kerajaan sebelum ia dapat dinaikkan.

'Di Malaysia, harga bas dikawal oleh kerajaan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas.... 

"Kami sudah mohon peningkatan 30 peratus tambang bas pada Mei tetapi kerajaan belum meluluskannya," katanya.

Kerajaan hanya meluluskan 10 peratus surcaj untuk bas ekspres semasa musim perayaan antara 8 Julai hingga 8 September.

Mohamad Ashfar juga menggesa kerajaan menaikkan subsidi diesel antara 1,400 hingga 3,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan antara 2,800 hingg 5,000 liter untuk bas ekspres.


Sumber: MalaysiaKini

Rugi RM1.05 Pada Setiap Pengisian Minyak RM10

Posted: 03 Sep 2013 05:14 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pada kadar baru petrol RM2.10 seliter, bermula hari ini pengguna hanya mendapat 4.762 liter bagi setiap pengisian RM10.

Berbanding sebelum kenaikan iaitu pada kadar RM1.90 seliter, pengguna menikmati 5.263 liter petrol bagi pembelian kadar serupa.

Ini bermakna, dengan pengisian RM10 bermula hari ini, pengguna kehilangan 0.501 liter berbanding semalam.

Harga bagi 0.501 liter, jika pada kadar semalam adalah RM1.05.

Ini bermakna bermula hari ini, pengguna kehilangan nilai ringgit yang dibelanja sebanyak RM1.05 bagi setiap RM10 pengisian petrol mereka.


RM1.05, apabila didarab dengan 30 hari (sebulan), bersamaan RM31.05.

RM31.05 didarab pula dengan 12 bulan (setahun), pengguna akan kerugian RM378 setahun.

Itu jika mengandaikan pengguna mengisi petrol RM10 sehari. Jika pengguna mengisi lebih dari RM10, lebih banyak kerugian yang dialami.


Sumber: HarakahDaily

Kilang Buang Minyak Ke Sungai Selangor Dikenakan 14 Kompaun

Posted: 03 Sep 2013 05:10 AM PDT

RAWANG, 3 SEPT : Kilang yang didakwa bertanggungjawab ke atas gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dikenakan 14 kompaun berjumlah RM34,000 kerana tidak mematuhi syarat pembuangan sisa pepejal.

Selain itu juga, Kilang itu juga didapati bersalah kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen selama 10 tahun.

"Mereka mempermainkan kita dengan mengatakan kilang ini hanya berfungsi sebagai tempat penyimpanan lori, tetapi apabila kita buat serbuan, banyak aktiviti berlaku di sini.

"Pemilik kilang juga adalah kontraktor persendirian di mana dia membawa sampah domestik ke sini untuk diasingkan sebelum dikitar semula," kata Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, Paramasivam Chelliah.


Menurut beliau lagi, selain MPS, pihak kilang juga berhadapan tindakan daripada Lembaga Air Selangor (Luas), Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

Antara kesalahan yang juga dikenalpasti adalah struktur bangunan tidak menepati spesifikasi. Kilang terbabit pernah disaman sebelum ini atas kesalahan gangguan bau berdasarkan aduan daripada penduduk setempat.

Pihak berkuasa tempatan bertindak pantas menyita kilang tersebut pada 31 Ogos lalu. Selain disita, 20 barangan turut dirampas seperti alatan kimpalan dan dua lori tangki yang mengandungi minyak hitam.

Anggota penguatkuasa ditempatkan bagi memastikan tiada operasi berlangsung sehingga proses pemutihan dilakukan.

"Kami haramkan segala aktiviti dan melarang keras lori daripada masuk ke kawasan ini berdasarkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri," kata Paramasivam.

"Kita akan terus menyita tempat ini sehingga arahan pelepasan dikeluarkan daripada Yang Dipertua MPS sendiri," tegas beliau.


Sumber: Selangorku

Tiada ulasan: