Ahad, 8 September 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Soalan-soalan Parlimen daripada YB Sivarasa

Posted: 08 Sep 2013 10:55 PM PDT

Parlimen akan bersidang semula selama dua minggu bermula 23hb September. Berikut adalah soalan-soalan daripada Ahli Parlimen Subang

Soalan Jawab Lisan

1. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri  menyatakan  berapa peratus ( dan jumlah barrel ) minyak mentah ( crude oil ) yang dikeluarkan di Malaysia oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat lain ditapis ( refined ) di Malaysia dan untuk yang ditapis diluar Negara, peratusannya dan tempat-tempat penapisan.

2. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Dalam Negeri  menyatakan sebab tidak meluluskan cadangan pembentukan polis bantuan di negeri Selangor bagi membanteras jenayah yang semakin berleluasa, sedangkan bilangan anggota polis yang ditugaskan tidak cukup untuk memantau jenayah untuk menjamin keselamatan rakyat.

3. Tuan R.Sivarasa [ Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah belanja untuk Talentcorp  dari penubuhannya dan berapa warga Malaysia Talentcorp telah berjaya  membawa balek daripada luar Negara sehingga sekarang.

4. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah yuran yang telah dibayar oleh PEMANDU kepada syarikat perunding McKinsey daripada penubuhan PEMANDU hingga sekarang ( termasuk pecahan bayaran mengikut tahun )

5. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dan perkembangan terkini mengenai proses pengesahan (accession) Statute Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Rome Statute of the International Criminal Court). 

6. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa blogger bergelaran “Papagomo” atau  Wan Muhammad yang ditangkap pada 7hb Mei 2013 tidak didakwa sebab menghasut kebencian dan keganasan dengan penulisan beliau yang terang-terang menghasut kebenchian dan keganasan atas kaum lain dan juga individu-individu.

7. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada kerajaan akan meningkatkan peruntukan  kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) supaya mewujudkan 1.32 juta peluang pekerjaan di sektor teknikal dan vokasional menjelang tahun 2020. Peruntukan bagi PTPK dikatakan tidak seimbang jika dibanding dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberi sebanyak RM5billion setahun.

8. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan setuju tidak menghadiri persidangan ketua-ketua negara Komanwel ( CHOGM) di Colombo tahun ini sebagai tanda bantahan kerajaan terhadap jenayah perang ( war crimes ) yang dilakukan di May 2009 oleh President Rajapakse dan tentera Sri Lanka bila membunuh 50,000-100,000 orang Tamil bukan tentera yang tidak bersenjata;  dan juga senaraikan Rajapakse sebagai seorang penjenayah perang.

9. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa  menyatakan samada kerajaan sanggup, dalam rundingan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), mendesak “carve-out “ atau pembatalan secara menyeluruh semua peruntukkan-peruntukkan yang akan menghalang pembuatan perubatan generic yang akan mengakibatkan pengingkatan kos ubat di dalam negara.

10. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kenapa kerajaan masih membiarkan pemaju-pemaju melaksanakan skim-skim  DIBS ( Developer Interest Bearing Scheme ) yang telah diharamkan di Singapore di 2009 meskipun skim-skim tersebut membawa akibat peningkatan harga hartanah di pasaran.

Soalan Jawab Bertulis
11. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah mahasiswa yang diterima masuk dalam semua IPTA untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 menurut pecahan kaum, dan juga jumlah yang diterima masuk untuk fakulti-fakulti  undang-undang, kejuruteraan, perubatan, dan pergigian meenurut pecahan kaum.

12. Tuan R. Sivarasa [ Subang] meminta Menteri Pendidikan  menyatakan jumlah penuntut yang diterimamasuk dalam semua maktab-maktab perguruan untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 menurut pecahan kaum.

13. Tuan R.Sivarasa [ Subang] meminta Menteri Pendidikan menyatakan senarai nama, no KP, alamat, jantina dan gred yang  didapati oleh 1500 penuntut dalam katergori India yang dikatakan telah menerima 1500 tempat-tempat matriculasi.

14. Tuan R.Sivarasa [ Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah peruntukan untuk empat buah balai polis di Parlimen Subang iaitu Balai-balai Kg Baru S dan Kota Damanasar ( IPD PJ ) dan Sg Plong dan Sg Buluh ( IPD Sg Buloh ) setiap tahun untuk tahun-tahun 2010, 2011 dan 2012.

15. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warganegara asing dan Malaysia yang dihukum gantung, yang masih menunggu hukuman gantung untuk dilaksanakan dan hukuman gantung yang telah dilaksanakan dari setiap tahun 2007 ke 2013 mengikut pecahan.

Tiada ulasan: