Suara Sri Andalas |
- Perutusan Salam Aidilfitri 2013 YB Dr Xavier Jayakumar
- Rezab Selangor Hampir Cecah RM3 Bilion
- KPRU : Penguatkuasaan ‘Cacat’ Punca Jenayah Berat Berleluasa
Perutusan Salam Aidilfitri 2013 YB Dr Xavier Jayakumar Posted: 05 Aug 2013 02:27 AM PDT Setelah sebulan umat Islam berpuasa, kini Syawal tiba dan semua umat Islam meraikannya. Bersempena dengan hari yang mulia ini saya, keluarga serta bagi pihak kakitangan Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga perayaan ini diraikan dengan keluarga tersayang serta sahabat handai. Teruskanlah amalan kunjung-mengunjungi yang telah sekian lama menjadi budaya berbilang kaum di negara ini. Semoga hubungan diantara kita semakin akrab dan sikap saling faham memahami terus terpupuk. Kepada mereka yang akan melakukan perjalanan pulang ke kampung serta kunjung-mengunjungi, pastikan kenderaan telah diperiksa sebaik mungkin dan pandulah dengan penuh berhemat dijalanraya. Sekiranya tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama, pastikan semuanya berkunci dan elakkan menjadi mangsa jenayah. Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ikhlas daripada, YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Seri Andalas |
Rezab Selangor Hampir Cecah RM3 Bilion Posted: 04 Aug 2013 02:00 AM PDT PELABUHAN KLANG, 4 OGOS: Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Kerajaan Negeri Selangor terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November akan datang. "Dalam Belanjawan November nanti kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu. "Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen," kata Abdul Khalid . Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pasaraya Besar Econsave, Pandamaran di sini. Ujar, Abdul Khalid memberitahu pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab Kerajaan Negeri. Sebaliknya menurut beliau, jumlah rezab tersebut bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. "Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan. "Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran," ujar Abdul Khalid lagi. Sumber: Selangorku |
KPRU : Penguatkuasaan ‘Cacat’ Punca Jenayah Berat Berleluasa Posted: 03 Aug 2013 02:30 AM PDT Justeru, KPRU menyaran pihak berkuasa agar mengkaji semula dan memperbaikkan kelemahan proses penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi proses siasatan, pengumpulan bukti, pendakwaan dan juga perbicaraan kehakiman. "Didapati bahawa sejumlah 31 kes serangan atau pembunuhan melibatkan senjata api telah berlaku dalam tempoh empat bulan yang singkat dari April hingga Julai tahun 2013 ini. "Di mana seramai 43 orang telah dipermangsakan, antaranya 22 nyawa telah diragut manakala 21 orang mengalami kecederaan. "Dan dalam bulan Julai sahaja telah pun memperlihatkan sebanyak 14 kes tembak-bunuh," kata KPRU dalam kenyataan medianya. Jelas PKRU, kajian yang dijalankan Penang Institute menunjukkan bahawa dalam tempoh empat bulan pertama 2013 sahaja telah memperlihatkan bilangan kes tembak-bunuh yang jauh lebih banyak daripada 2012 dengan mencatat sebanyak 38 kes. Katanya, ia menunjukkan di mana dua kejadian tembak-bunuh berlaku dalam tempoh seminggu secara purata. "Dengan mengambil kira kedua-dua kajian KPRU dan Penang Institute, adalah jelas bahawa kes tembak-bunuh berlaku dengan begitu konsisitennya sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini tanpa berhenti, secara purata dua kes seminggu. "Kekerapan yang setinggi ini sejurus mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan masyarakat," jelas badan pemikir itu. Ujar KPRU lagi, kerajaan digesa untuk memberi tumpuan kepada peningkatan taraf penyiasatan polis dan bukan menggubal undang-undang pencegahan yang baru untuk menyelesaikan masalah jenayah yang serius di Malaysia. "Pengagihan tenaga polis yang tidak seimbang merupakan faktor kegagalan pihak polis dalam menyelesaikan kemelut peningkatan gejala jenayah yang semakin serius dalam negara ini," kata KPRU. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan