Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 2 Ogos 2013

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Selangor Mahu Bantu Pusat Turunkan Kadar Jenayah

Posted: 02 Aug 2013 11:00 PM PDT

Kerajaan Negeri memandang berat peningkatan kes jenayah melibatkan senjata api yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Walaupun tanggungjawab menjaga keselamatan awam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat, namun kerajaan Selangor bersedia untuk menyumbang  sebanyak yang boleh bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin ketika berada di tempat-tempat awam.

MBKerajaan Selangor sejak beberapa tahun lalu telah memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia  (PDRM) untuk menjadikan pasukan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan sebagai polis bantuan.

Walaubagaimanapun, permohonan kerajaan Selangor tidak mendapat reaksi yang diharapkan daripada PDRM.

Baru-baru ini, PDRM hanya meluluskan permohonan membenarkan 20 penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai polis bantuan  tetapi kebenaran ini tidak memberi sebarang makna kerana kuasa polis bantuan ini sangat terhad kepada satu tugas sahaja iaitu mengawal bangunan MBPJ.

Justeru, kerajaan Selangor akan memohon sekali lagi kepada PDRM dan Kementerian Dalam Negeri sebagai usaha kita mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa membanteras jenayah termasuk kes melibatkan senjata api.

Kita harap Kementerian Dalam Negeri dan PDRM lebih mengutamakan keselamatan awam dalam membuat pertimbangan terhadap permohonan ini. Justeru, kita bersedia mengadakan perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera bagi mencapai kata sepakat dalam perkara ini.

Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menawarkan kesanggupan membiayai kewangan dan tenaga kerja dan kita amat berharap akan menerima maklum balas positif daripada PDRM.

Kerajaan Selangor komited meneruskan pentadbiran yang bersih dan telus di samping mengutamakan keselamatan rakyat agar dapat menjalani kehidupan seharian yang lebih selamat dan terjamin.
 
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

MBSA Edar 370 Topi Keledar Percuma

Posted: 02 Aug 2013 10:30 PM PDT

SHAH ALAM, 3 OGOS : Dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya penunggang motosikal supaya berhati-hati dan mementingkan keselamatan khususnya menjelang Aidilfitri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif dengan mengedarkan 370 topi keledar secara percuma.

Pengedaran topi keledar itu adalah bersempena Kempen Selamat Pulang ke Kampung anjuran MBSA dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalanraya Selangor (JKJR), Sirim QAS International Sdn Bhd dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, kempen kali ketiga itu bertujuan memupuk kesedaran kepada penunggang motosikal supaya menggunakan topi keledar yang disahkan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

Menurutnya, kempen ini mensasarkan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, pekerja industri dan orang perseorangan.

"Melalui kempen ini, topi keledar akan diedarkan kepada orang ramai dengan menggunakan konsep pertukaran topi keledar lama yang tidak lagi menepati spesifikasi keselamatan kepada yang baru.

"Kempen ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang ramai dan diharapkan orang ramai sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen itu di perhentian bas Jalan Persiaran Kayangan, Seksyen 7, di sini.

Katanya, kempen ini akan terus diperkasakan di masa akan datang melalui kerjasama dengan agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selain pengedaran topi keledar, Mohd Jaafar turut menyerahkan 500 pek bubur lambuk kepada penunggang motosikal dan orang ramai.

Selangor Tubuh Jawatankuasa Khas Bantu Pertingkat Kualiti Pengangkutan Awam

Posted: 02 Aug 2013 02:00 AM PDT

KLANG 2 OGOS : Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini perlu dilakukan bagi membendung kadar peningkatan kenderaan persendirian di jalan raya, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Menurut Abdul Khalid, jawatankuasa yang bakal ditubuhkan ini akan diketuai oleh beliau dan dianggotai oleh barisan Exco negeri dan Unit Perancang Bandar dan Desa Selangor.

"Kerajaan Negeri akan cuba menubuhkan satu jawatankuasa mengenalpasti bagaimana pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.
 

"Dengan cara itu kita dapat mengurangkan jumlah penggunaan pengangkutan persendirian dan pemilikan kereta dan motosikal persendirian yang akan menyebabkan begitu banyak kenderaan di jalan raya dan terdapat keadaan yang penuh sesak dan mengakibatkan kemalangan berlaku," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Peringkat Negeri Selangor di Plaza Tol Sungai Rasau di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Khalid mengedarkan 30 buah topi keledar kepada penunggang motosikal serta memberikan 'Goodies Bag' kepada pemandu kenderaan di sepanjang plaza tol berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpesan kepada semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati di sepanjang perjalanan pulang ke destinasi.

Sumber: Selangorku

PKR : Polis Cegah Jenayah, Bukan Jaga Politik

Posted: 02 Aug 2013 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 2 OGOS : Malaysia tidak memerlukan undang-undang 'penahanan untuk pencegahan' seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam usaha memerangi jenayah kerana ian terdedah kepada penyalahgunaan akta oleh kerajaan.

PKR turut mempertikaikan kononnya sebahagian besar aktiviti jenayah melibatkan keganasan yang menular akhir-akhir ini dilakukan oleh tahanan yang dibebaskan selepas pemansuhan EO.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, hujah yang dibangkitkan pihak-pihak yang ingin mengembalikan akta-akta tersebut tidak disertakan bukti kukuh dan jelas yang mengaitkan pemansuhan EO dan ISA kepada peningkatan kadar jenayah yang makin meningkat.

"Tanpa bukti kukuh, hujah pihak-pihak yang ingin memperkenalkan balik EO dan ISA itu adalah hanya pandangan semata-mata.

"Kami juga ingin mempersoalkan, mengapa anasir-anasir jenayah ini tidak boleh ditahan dan didakwa mengikut ketetapan undang-undang yang sedia ada?

"Mengapa pihak berkuasa berpendapat bahawa hanya penahanan tanpa perbicaraan – yang biasanya hanya digunakan pada zaman darurat – boleh menangani jenayah ganas dan apakah yang menghalang pihak berkuasa daripada bertindak terhadap jenayah dan penjenayah mengikut ketetapan undang-undang yang sedia ada?," soal Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Adun Seri Setia berkata, seharusnya kerajaan memperbanyakkan lagi senarai anggota polis yang mana sumber dan masa mereka didedikasikan terhadap pencegahan jenayah dan bukannya terhadap dakwaan selektif berunsurkan politik.

"Malaysia tidak lagi memerlukan undang-undang yang menzalimi dan memecah belahkan masyarakat kerana undang-undang sedemikian pernah dan boleh disalahgunakan oleh kerajaan untuk tujuan politik.

"Adalah amat penting untuk rakyat Malaysia menyedari bahawa kadar jenayah kini yang semakin menular, tidak boleh dijadikan suatu alasan untuk mengugat hak asasi rakyat dan adalah amat perlu bagi semua rakyat Malaysia untuk bersatu-padu mendesak kerajaan untuk menjaga keselamatan dan membela kebebasan rakyat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) selepas memansuhkan EO dan ISA kononnya sebagai sebahagian daripada usaha transformasinya selain pernah mengumumkan hasrat memansuhkan Akta Hasutan; namun pendakwaan di bawah akta tersebut terus meningkat.

Sumber: Selangorku

Tembak, Bunuh: Purata 2 Kes Seminggu - KPRU

Posted: 02 Aug 2013 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang membuat kajian berhubung kadar kes tembak-bunuh mendapati purata sejumlah dua kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini.

Kajian yang dibuat itu mengutip kes bermula Januari hingga Julai tahun ini.

Berikut antara kes yang direkodkan dengan perkiraan "anggaran konservatif minimum berdasarkan liputan berita".


31/7/13 [Parit Buntar]

Seorang lelaki, N. Jeevandran, 26, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.


29/7/13 [Bukit Mertajam]

G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang.,


29/7/13 [Kuala Lumpur]

Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan. Beliau berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian .


29/7/13 [Ipoh]


Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan mangsa-mangsa sedang minum di restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.,


27/7/13 [Jempol]

Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.Mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.,


26/7/13 [Temerloh]

Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk dirawat.


24/7/13 [Kluang]

Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak.Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.
Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang.


19/7/13 [Semanggol]

Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol. Nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.,


18/7/13 [Kulim]

Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi.,


15/7/13 [Kampar]

Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu berada di belakang mangsa.


12/7/13 [Pulau Pinang]


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin. Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena serpihan peluru.


8/7/13 [Bachok]

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.,


4/7/13 [Pulau Pinang]

Dua suspek yang memakai topi keledar ketika melakukan jenayah itu dipercayai melepaskan empat das  tembakan terhadap mangsa, K Kuganeswaran, 30, dari jarak dekat.,


4/7/13 [Pasir Mas]

Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.


14/6/13 [Kuala Kurau]

Seorang peniaga, Lim Kong Hai, 52 cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.


6/6/13 [Muar]

Tan Chai Heng, 51, dengan kesan tembakan di muka ditemui terbaring di taman itu, kira-kira 30 meter dari rumahnya. Berdasarkan kepada kecederaan pada bawah mata kanannya, kita percaya mangsa telah ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat sebelum mayatnya dijumpai oleh jirannya.,


4/6/13 [Taiping]

Seorang pemilik bengkel kereta Govindaraju @ Murthy, 36 mati sementara rakannya  A. Manivannan,cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan dan mereka datang menggunakan motosikal serta bertopi keledar.


12/5/13 [Bukit Tambun]

Dua lelaki S. Kannan, 37 dan G. Suresh, 28 maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, dipercayai berkaitan perniagaan. keempat- keempat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka di sini. ,


11/5/13 [Seremban]


Dua lelaki mati, P Chalidass, 29 dan G Surentharan, 31, manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat pusat bandar.,


11/5/13 [Cheras]


Polis sukarelawan, N. Saravanan dan kawannya Tamil Selvam, kedua-dua berumur 29 tahun ditembak tercedera selepas satu pertengkaran.,


11/5/13 [Lunas]

Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.,


10/5/13 [Alor Setar]

Seorang penarik kereta, M. Nagenthiran, 30 maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya. Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran.,


9/5/13 [Tangkak]

Seorang jurutera, Muthu Pillai, 41, dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.


7/5/13 [Nibong Tebal]

Tan Hock Chin 47 tahun, seorang yang aktif dalam Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman - taman perumahan sedang minum bersama 2 orang rakannya di kawasan kaki lima restoran tersebut. Tiba - tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa lalu menembak kearah kepala mangsa. ,


30/4/13 [Taiping]


Seorang peniaga barang lusuh yang berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya. Tembakan yang dilepaskan tersasar dan dalam keadaan kelam-kabut kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.,


26/4/13 [Cheras]

Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Manakala ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.


26/4/13 [Putrajaya]

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya. Mangsa ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.


25/4/13 [Tampin]

Seorang runner bagi JPJ, N. Ragunathan yang berumur 39 tahun ditembak mati dalam keretanya oleh salah sorang daripada dua orang yang bermotosikal.


16/4/13 [Taiping]


Mangsa, K Muthazagen, 47, maut apabila peluru yang ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang makan bersendirian di sebuah kedai di kawasan itu tanpa menyedari kehadiran suspek.


14/4/13 [Seremban]

Tan Kok Soon, 56, ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland.,


12/4/13 [Seremban]

Mangsa, James John, 45, ditembak mati dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu oleh dua orang penembak yang bermotosikal.


Sumber: Harakah Daily

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang