Khamis, 29 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kongsi Gelap Melayu pecahan dari Pekida

Posted: 29 Aug 2013 03:31 AM PDT


Kongsi Gelap Melayu pecahan dari Pekida
29 Ogos 2013

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap yang didalangi kaum Melayu adalah pecahan daripada persatuan Pekida Malaysia iaitu Double 7 ditubuhkan sejak November 2005 yang aktif di 28 kawasan seluruh Semenanjung dan mempunyai 1,053 ahli.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api serta senjata tajam.

"Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai ahli seramai 4,423 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama," katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, kongsi gelap tersebut juga melakukan aktiviti yang mudah untuk memperolehi dana seperti perjudian, maksiat dan pelacuran.

- Bernama

Eksekutif wanita mati selepas dikelar dan disamun

Posted: 29 Aug 2013 03:29 AM PDT


Sharinawati Abu Bakar telah disamun dan diserang dengan parang oleh sekumpulan perompak semasa dia sedang meletak kereta di luar rumahnya di Ampang. Sharinawati telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

As war on crime continues, robbers fatally slash airline executive
August 29, 2013

Armed robbers slashed an airline executive to death outside her Ampang house last night just as Putrajaya ramped up the war on crime after a recent spike in gun-related violence.

AirAsia X officer Shahrinawati Abu Bakar, 30, died on the way to hospital after armed robbers set upon her when she parked her car outside her house in Ampang, Kuala Lumpur.

"They slashed her with a parang," according to an AirAsia X email sighted by The Malaysian Insider.


Wanita pun dah berani menyamar sebagai polis bahagian jenayah berat

Posted: 28 Aug 2013 10:36 PM PDT


28 Ogos 2013 – Seorang wanita berusia 24 tahun telah ditahan semasa sekatan jalanraya di Bangsar, Ahad lalu pada jam 3 pagi. Wanita berkenaan berpakaian vest polis dengan kasut but menunggang motosikal Kawasaki KSR110 dengan nombor pendaftaran palsu.

Wanita tersebut memperkenalkan diri dari cawangan D9 bahagian jenayah berat IPK N.Sembilan dengan nombor pengenalan RF181291.

Wanita yang menyamar sebagai polis tersebut membawa bersama pisau sepanjang 10 inci dan buku nota dengan logo PDRM dalam begnya.

Pemilik kereta mewah kini jadi mangsa buruan penyamun

Posted: 28 Aug 2013 10:35 PM PDT


28 Ogos 2013 - Polis memburu lapan lelaki bagi membantu siasatan beberapa kes langgar belakang kenderaan mewah dan menyamun pemandunya di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya menerima 49 kes penjenayah menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan sebelum menyamun pemandunya.

Katanya, kegiatan jenayah yang dilakukan pada lewat tengah malam sehingga awal pagi itu menyasarkan mangsa yang memandu kenderaan mewah berharga RM100,000 ke atas.

"Suspek yang bergerak secara berkumpulan semasa melakukan jenayah itu akan berpura-pura melanggar belakang kereta mangsa.

"Sebaik sahaja mangsa berhenti, suspek bersenjatakan parang akan merampas kunci, memaksanya menyerahkan barang-barang berharga dan melarikan kenderaan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Mohmad berkata, hasil siasatan lanjut polis mengenal pasti lapan lelaki daripada dua kumpulan penjenayah yang terlibat dalam jenayah tersebut.


Tiada ulasan: