Isnin, 26 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Risalah galak orang Melayu tenung nasib dan berjudi

Posted: 25 Aug 2013 11:30 PM PDT




26 Ogos 2013 Seremban - Beberapa kawasan perumahan yang majoriti penduduknya orang Melayu kini dihujani dengan pelbagai risalah yang menggalakkan orang Melayu yang beragama Islam untuk berjudi melalui kaedah tenung nasib atau tilikan.

Risalah ini memaparkan gambar gadis Melayu yang bernama SITI NORIZAH yang ditutup matanya.

Turut diletakkan dalam risalah ini ialah gambar tiket nombor ekor yang memenangi hadiah pertama.

Antara ayat yang digunakan untuk menarik orang Melayu berjudi ialah :
- Adakah anda dapat mengetahui apa yang akan berlaku pada hari keesokan?
- Adakah anda boleh mengawal nasib anda?
- Kenapa sama ibu sama bangsa tetapi taraf tidak sama?
- Kenapa orang ramai sama tarikh lahir tetapi nasib tidak sama?

Kemudian tertera dua nombor telefon untuk dihubungi.

Kebelakangan ini begitu banyak risalah seperti ini diedarkan dari rumah ke rumah orang Melayu.

Semoga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera tanpa perlu menunggu laporan rasmi, kerana yang mendapat risalah ini juga ramai penghuni rumahnya di kalangan pihak berkuasa termasuk polis, wartawan dan pegawai Jabatan Agama Islam.

Tiada ulasan: