Jumaat, 23 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Lagi kes gaduh di kem PLKN

Posted: 23 Aug 2013 02:21 AM PDT




Pelatih PLKN cedera dalam pergaduhan
23 Ogos 2013
 
PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera di tangan dan badan dikatakan selepas terbabit dalam pergaduhan di Kem Semarak Tanjung Gosong di sini, malam tadi.

Sumber polis berkata, pelatih berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan selepas cuba meleraikan pergaduhan seorang rakannya dengan seorang lagi pelatih yang masing-masing berusia 18 tahun.

"Mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun dia tercedera dalam kejadian berkenaan. Mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  

2 peti besi, barang kemas, jam Isa Samad dilarikan

Posted: 23 Aug 2013 01:45 AM PDT




2013/08/23 - 16:28:22 PM

NILAI: Empat lelaki bersenjata parang memecah masuk rumah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan mengikat lima anggota keluarga ahli politik berkenaan dalam kejadian di Nilai Springs Villa, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, tiga lelaki terbabit memasuki banglo itu ketika anggota keluarga Mohd Isa iaitu dua anak perempuannya, seorang menantu lelaki, seorang cucu dan anak saudara selain seorang pembantu rumah sedang tidur.

"Kesemua mangsa termasuk seorang pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dikumpul dalam sebuah bilik dan diikat oleh penjenayah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian menggeladah kediaman itu dan melarikan empat telefon bimbit serta dua peti besi yang mengandungi barang kemas serta jam berjenama milik ahli politik itu yang dianggar bernilai ribuan ringgit.

Penjenayah semakin berani, polis kena ikat

Posted: 23 Aug 2013 12:41 AM PDT




Pencuri Pecah Masuk Rumah Pengerusi Felda Isa Samad Di Nilai

23 Ogos 23, 2013 NILAI: Empat lelaki bersenjatakan parang memecah masuk rumah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad di Nilai Springs dekat sini dan melarikan barangan peribadi bernilai ribuan ringgit pada awal pagi Jumaat.

Kesemua lelaki berkenaan memecah masuk selepas mengikat seorang polis bantuan yang bertugas pada kira-kira pukul 3.30 pagi.

Dua anak perempuan Isa, seorang menantu lelaki, cucu dan anak buah perempuannya berada di rumah ketika kejadian berlaku.

Rumah Isa Samad dipecah masuk pencuri

Posted: 22 Aug 2013 08:40 PM PDT




23/08/2013 10:45am

NILAI - Rumah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Samad di Nilai Springs di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah awal pagi tadi.

Bagaimanapun, jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan. - KOSMO!

TRAGEDI BERDARAH MESIR

Posted: 22 Aug 2013 07:39 PM PDT


Tiada ulasan: