Ahad, 18 Ogos 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Umat Islam solat depan tandas isu kecil???

Posted: 17 Aug 2013 07:27 PM PDT


Tak usah perbesar isu solat depan tandas - MB

17 Ogos 2013 - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mahu insiden peniaga terpaksa bersolat di depan tandas di sebuah lokasi tapak perniagaan di Kuala Kangsar, tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak.

Kalau Mufti pun diperlakukan sebegini, bagaimana pula umat Islam yang biasa ni serta saudara baru atau mualaf?

Posted: 17 Aug 2013 07:27 PM PDT


Mufti Perlis ceritakan 5 jam tunggu rawatan di hospital kerajaan

17 Ogos 2013 - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menceritakan bagaimana beliau yang menjadi mangsa rompak di rumahnya di Samariang di sini awal pagi semalam, terpaksa menunggu berjam-jam untuk menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) harus dipertingkatkan kerana ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Amannya Malaysia, bersyukurlah

Posted: 17 Aug 2013 07:25 PM PDT


Dua asrama dirompak, seorang dirogol

KOTA TINGGI 17 Ogos 2013 - Dua asrama kilang menempatkan pekerja wanita di Jalan Kijang, Taman Kota dan Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya di sini, dirompak hampir serentak oleh penjenayah pada malam tadi. Dalam kejadian itu, suspek turut bertindak melarikan seorang pekerja wanita dan merogol mangsa.

Katanya, suspek meletakkan parang di leher salah seorang rakannya manakala seorang lagi penjenayah yang berbadan besar menunggu di luar."Suspek mengarahkan kami berkumpul di tengah rumah sambil meminta kami menyerahkan barang berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit ke dalam baldi. "Dalam keadaan kecoh itu, kami cuba melarikan diri melalui pintu hadapan tetapi sebaik sahaja suspek beredar, kami dapati seorang rakan telah dilarikan penjenayah," katanya.

Bom dalam kereta pula di Bandar Tentera Darat

Posted: 17 Aug 2013 07:24 PM PDT


18 Ogos 2013 Port Dickson: Seorang ejen bilik penginapan di sebuah resort di Jalan Pantai, Batu 2, di sini, menempuh saat mencemaskan apabila seorang pelanggan meninggalkan sebutir bom dalam kereta di tempat letak kenderaan di tingkat dua resort, malam kelmarin. A Kannan, 36, berkata, dia menyewakan sebuah bilik di tingkat dua kepada suspek berusia 25 tahun dan teman wanitanya berusia lingkungan 20-an pada jam 6.56 petang, Selasa lalu.

Takkan polis tak tahu premis judi dekat masjid?

Posted: 17 Aug 2013 07:20 PM PDT


Premis judi mesin kuda berdekatan masjid di Selama, Perak
17 Ogos 2013

SAYA ingin meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat selepas mendapati sebuah premis yang menjalankan peniagaan judi mesin kuda dibenarkan beroperasi di sebuah bandar kecil di Selama, Perak yang ternyata 90 peratus penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.

Semasa pulang sempena sambutan cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, saya terkejut ketika sedang minum kopi di sebuah restoran, tiba-tiba kelihatan ramai anak Melayu yang keluar masuk sebuah premis bercermin gelap.

Selepas bertanyakan daripada rakan-rakan saya, mereka memberitahu ia adalah pusat perjudian mesin kuda dan telah beroperasi lebih setahun lalu.

Berdasarkan pengamatan saya, pelanggan pusat judi itu adalah golongan remaja termasuklah kanak-kanak bawah umur.

Lebih mendukacitakan premis yang terletak di Jalan Sir Chulan ini beroperasi di lokasi berdekatan sebuah masjid lama iaitu Masjid Abdul Karim.

ANTI JUDI & MAKSIAT
Selama, Perak

Mudahnya dapat senjata api, bersyukurlah

Posted: 17 Aug 2013 07:19 PM PDT


Ahli perniagaan miliki pelbagai jenis senjata api
17 Ogos 2013

Seremban: Seorang ahli perniagaan berusia 35 tahun yang ditahan kerana memasukkan syabu ke dalam rokoknya, didapati turut menyimpan dua senapang, dua mesingan, sepucuk pistol berserta senjata lain ketika serbuan ke rumahnya di Bandar Enstek, Nilai, dekat sini, jam 11 pagi kelmarin.

Kata sumber itu, pihaknya merampas dua laras senapang jenis Gamo Black Night dan Extreme C02 Gamo, dua laras mesingan jenis Hatsan AT P dan tanpa jenama, sepucuk pistol jenis KWC Limited berserta beberapa peluru, satu senjata Crossbow jenis Wickedridge berserta 60 batang anak panah, satu set pam angin jenama Air Ventori G4, dua tabung gas dan lain-lain.



PAS MELAKA BATAL JAMUAN RAYA, GANTI DENGAN SUMBANGAN PADA RAKYAT MESIR

Posted: 17 Aug 2013 06:24 PM PDT


Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap menggantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat Mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat Mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog PAS Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

Tiada ulasan: