Anak Muda Kampung Nak Senang |
- HIMPUNAN AMAN MENGUTUK KEKEJAMAN KUDETA MESIR
- Pengedar dadah lari dari lokap dipercayai selepas rasuah polis
- Masjid pun ada yang salah kiblat
HIMPUNAN AMAN MENGUTUK KEKEJAMAN KUDETA MESIR Posted: 15 Aug 2013 01:12 AM PDT HIMPUNAN AMAN MENGUTUK KEKEJAMAN KUDETA MESIR Tarikh : 16 Ogos 2013, Jumaat Masa : Selepas solat Jumaat (sekitar 2 ptg) Tempat : Perkarangan Masjid Negeri, Seremban Semua Dijemput Hadir |
Pengedar dadah lari dari lokap dipercayai selepas rasuah polis Posted: 14 Aug 2013 11:56 PM PDT 15 Ogos 2013 KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Nigeria yang dipercayai pengedar dadah yang sedang direman di lokap sementara polis di Jinjang di sini hilang daripada tahanan pada Isnin lalu selepas dia dipercayai menyogok seorang anggota polis berpangkat Koperal. Osuji Kelly Prince, 25, yang disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 disedari hilang pada pukul 10 pagi. Suspek itu direman sejak 2 Ogos lalu ekoran penemuan dadah jenis syabu seberat 44 kilogram (kg) bernilai RM8.74 juta dan sepatutnya berada dalam tahanan sehingga hari ini sebelum dia didakwa. Anggota polis ditahan dipercayai bebaskan tahanan lokap KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan. Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan lokap, semasa hari kejadian anggota polis berkenaan bertugas seorang diri dan disyaki telah membawa suspek keluar dari kawasan lokap. Ku berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota polis berkenaan menerima wang sogokan daripada suspek. |
Masjid pun ada yang salah kiblat Posted: 14 Aug 2013 09:05 PM PDT Siapa yang pernah sembahyang di Masjid Lama Kg Paroi, Seremban (sekarang bangunan baru Masjid At Taqwa) pasti ingat bahawa saf dalam masjid tersebut adalah senget ke kanan sebanyak 15 darjah. Bertahun-tahun lamanya jemaah sebelum itu solat salah arah kiblat. Begitu juga Masjid di Melaka Tengah yang jemaahnya solat lebih 70 tahun salah kiblat. Nampaknya semua masjid dan surau di Malaysia ini perlu disemak semula arah kiblat. Arah kiblat terpesong 13 Ogos 2013 KOTA TINGGI: Struktur surau di resort yang disewakan kepada sekumpulan penganut Buddha untuk mengadakan majlis keagamaan mereka, Jumaat lalu, didapati tidak menepati ciri-ciri rumah ibadat umat Islam. Selain itu, arah kiblat surau itu dikatakan terpesong 300 kilometer dari arah kedudukan sebenar Kaabah yang menjadi rujukan umat Islam menunaikan solat. 70 tahun solat salah kiblat 22 Januari 2013 MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat. Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan. Pengunjung kecewa surau salah kiblat 27 Mac 2013 BAYAN LEPAS - Seorang pengunjung kompleks beli belah kecewa apabila surau yang didirikan di situ tidak sempurna sehingga menyebabkan petunjuk arah kiblat kurang jelas. Munzirah Munsir, 32, berkata, dia seriang bersolat di surau itu kerana bekerja di kompleks belah belah berkenaan. Gara-gara tanda arah kiblat yang tidak sempurna, ada pengunjung yang menunaikan solat mengikut arah kiblat yang salah. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan