PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Prestasi PRU-13 PKR NS
- Pertemuan Tertutup Ketua Umum bersama JK MPN & Sayap
- Salam Ramadhan al-Mubarak
- Speaker tak mahu pertahan jawatan ketua cabang
- Husam: Idris angkuh minta PAS jangan bertanding
- PRK Kuala Besut: Jurutera lawan ahli perniagaan
Posted: 09 Jul 2013 11:47 PM PDT Prestasi DUN
Fakta Ringkas: 1. DUN catat pertambahan undi kepada PKR yang tinggi mengatasi BN adalah;
2. DUN catat kemerosotan undi & tidak meningkat berbanding BN adalah;
3. DUN yang menang dengan undi awam tetapi tewas kepada BN dengan Undi Awal & Undi Pos adalah;
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pertemuan Tertutup Ketua Umum bersama JK MPN & Sayap Posted: 09 Jul 2013 11:10 PM PDT Satu pertemuan tertutup oleh Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan seluruh Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri, semua exco AMK dan Wanita Keadilan Negeri Sembilan telah diadakan pada 8 Julai 2013/ Isnin lepas yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, Seremban. Turut terlibat dalam pertemuan ini adalah semua mantan calon PRU-13 Keadilan Negeri Sembilan. Ini adalah pertemuan pertama Dato Seri Anwar Ibrahim dengan kepimpinan negeri selepas PRU-13. Pertemuan tertutup ini lebih kepada menyemarakkan kembali semangat berkerja dan perjuangan dikalangan pimpinan negeri dan sayap. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Jul 2013 11:02 PM PDT | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Speaker tak mahu pertahan jawatan ketua cabang Posted: 09 Jul 2013 10:54 PM PDT Speaker DUN Pulau Pinang Law Choo Kiang berkata beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan parti PKR akan datang dan tidak akan menerima apa-apa jawatan yang ditawarkan oleh parti. Katanya, ia bagi memastikan beliau dilihat sebagai Speaker yang dwipartisan. Law juga berkata beliau tidak merancang untuk meletak jawatan dari parti, namun beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang Batu Kawan. Dalam sistem Westminster, seseorang Speaker akan meletak kesemua jawatan dalam parti. Keputusan Law itu mencerminkan alasan Pakatan Rakyat ketika mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat. Law juga berkata, tempoh beliau menjadi ADUN selama dua penggal sudah memadai. "Tanpa jawatan (parti), saya menanggung beban politik yang berkurangan kerana saya tidak lagi perlu bertanding (untuk jawatan terbabit). "Saya tidak kata saya mahu bersara dari politik. Saya sanggup menimbang semuka keputusan mengikut arahan parti kerana soal bertanding bergantung kepada parti," katanya. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Husam: Idris angkuh minta PAS jangan bertanding Posted: 09 Jul 2013 10:49 PM PDT Ketua jentera PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Datuk Husam Musa berkata Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Datuk Seri Idris Jusoh bersikap angkuh kerana meminta agar parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya tersebut. "Itu kenyataan yang sangat angkuh," kata Husam (kiri) dalam satu sidang media hari ini. Husam berkata PAS tetap berpeluang untuk menang walaupun Idris mendakwa majoriti BN akan meningkat dalam pilihan raya ini. Idris yang juga ketua Umno Besut meminta PAS tidak meletakkancalonnya di Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan. Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS tidak mempunyai harapan untuk menang memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum lalu. Idris juga yakin, jika berlaku pertembungan, BN akan mendapat pertambahan majoriti sehingga 4,000 undi memandangkan taraf ahli parlimennya sebagai menteri pendidikan kedua. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: Jurutera lawan ahli perniagaan Posted: 09 Jul 2013 10:48 PM PDT Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini akan menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Azlan Yusof daripada PAS. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS. Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu. Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan. Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad. PAS mengumumkan calonnya itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini. Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi. Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh". Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan