Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Indeks jenayah Malaysia tertinggi di Asia
- Lepas ni semua klinik kena ada pengawal bersenjata
- e-Plat, rakyat lagikah akan tanggung kosnya?
Indeks jenayah Malaysia tertinggi di Asia Posted: 05 Jul 2013 02:26 AM PDT Sebuah laman web Numbeo.com yang menjalankan kajian data telah meletakkan Malaysia negara yang mempunyai kadar jenayah yang tertinggi di Asia iaitu 67.75 dan yang ke 9 tertinggi di dunia. Apa agaknya komen Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri terhadap laporan ini? About Numbeo.com Numbeo.com was launched in April 2009. The research and available data at Numbeo.com is not influenced by any governmental organization. This website was mentioned or used as a source by many international medias, newspapers and magazines including Forbes, Business Insider, The Telegraph, Time, San Francisco Chronicle, The Age, The Sydney Morning Herald, China Daily, The Vancouver Sun, Elmundo and dozens more. |
Lepas ni semua klinik kena ada pengawal bersenjata Posted: 04 Jul 2013 05:32 PM PDT Selepas ini mungkin akan ada saranan atau undang-undang yang mewajibkan semua klinik, semua restoran, semua premis perniagaan perlu ada pengawal keselamatan bersenjata. Siapa pula yang akan untung bila ramai pengawal keselamatan digajikan? Penyamun samun poliklinik mati ditembak 5 Julai 2013 Percubaan empat penyamun cuba menyamun sebuah poliklinik ternyata membawa padah apabila seorang daripada mereka mati ditembak di Taman Pertama, Cheras di sini malam tadi. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, tiga suspek telah memasuki poliklinik dengan bersenjata parang lalu menyamun doktor, jururawat dan pesakit yang berada di situ. Namun, salah seorang suspek berkenaan telah ditembak selepas cuba menyerang seorang pesakit iaitu ahli perniagaan berpangkat Tan Sri dengan menggunakan parang.Ahli perniagaan itu cuba melawan dan mengacukan pistol ke arah suspek selepas suspek cuba menyamunnya. Disebabkan itu, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan sehingga menyebabkan kesemua suspek melarikan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. |
e-Plat, rakyat lagikah akan tanggung kosnya? Posted: 04 Jul 2013 05:26 PM PDT Dapatkah sistem e-Plat ini menghapuskan kes kenderaan curi, samun dan sebagainya? Pelekat cukai jalan sebelum ini dah diubah, penguatkuasa JPJ bertambah, ada SPAD lagi, ada AES lagi, tapi masih banyak jenayah berkaitan kenderaan. Sekarang e-Plat pula. Siapa pula yang akan untung dengan sistem e-Plat ini, dan siapa pula akan menanggung kosnya? Penggunaan e-Plat perlu segera dilaksana - KPN 5 Julai 2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik langkah kerajaan untuk segera melaksanakan sistem nombor plat pintar atau e-Plat yang telah dicadangkan sejak beberapa tahun lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pelaksanaan itu selaras usaha bagi mengatasi kejadian curi kenderaan dan jenayah-jenayah lain membabitkan kenderaan curi yang semakin berleluasa. "PDRM berpendapat sudah tiba masanya kerajaan segera melaksanakan sistem e-Plat ini bagi memudahkan polis membendung kes curi kenderaan yang semakin berleluasa serta pelbagai lagi jenayah yang berlaku melibatkan kenderaan. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan