Anak Muda Kampung Nak Senang |
Malaysia memang aman, tapi untuk penjenayah Posted: 26 Jul 2013 10:00 PM PDT Penjenayah memang bermaharajalela sekarang. Kedai emas ini cuma 200 meter dari Balai Polis Mantin, namun macam pekan koboi, tembak menembak berlaku ketika rompakan. Sedangkan Mantin ialah kampung asal Ketua Polis Negara sendiri. Adakah perompak ini sengaja nak sakitkan hati Ketua Polis Negara ketika umat Islam sibuk bersiap solat Jumaat di bulan Ramadan? Kalau dekat balai polis pun tak selamat macamana yang jauh dari balai? Kedai emas dirompak, perniaga rugi RM500,000 26 Julai 2013 SEREMBAN - Lima lelaki bersenjatakan pistol nekad melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai RM500,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari Balai Polis Mantin dekat sini semalam. Pemilik kedai emas itu yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian pukul 1 petang itu, dia bersama tiga lagi pekerjanya berada di dalam premis berkenaan sebelum muncul kumpulan suspek memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol. Perompak Dan Pemilik Kedai Emas Saling Lepaskan Tembakan 26 Julai 2013 NILAI: Lima lelaki yang dikatakan bersenjatakan pistol melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai hampir RM500,000 dari sebuah kedai emas di Pekan Mantin dekat sini kira-kira 1 petang Jumaat. Perompak dikatakan turut melepaskan tembakan amaran sebelum merompak sementara pemilik kedai emas itu juga melepaskan tembakan sehingga mengejutkan para perompak dan menyebabkan mereka melarikan diri. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan