Ahad, 16 Jun 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Menghasilkan Mee

Posted: 16 Jun 2013 09:37 PM PDT

Sekitar program santai menghasilkan mee. YB Dr Xavier Jayakumar bersama-sama para peserta melihat sendiri cara menghasilkan mee. 








Sekitar Sambutan Hari Bapa di Taman Sentosa

Posted: 16 Jun 2013 09:31 PM PDT

Persatuan Taman Saga telah mengadakan sambutan Hari Bapa di TamanSentosa pada 15 Jun 2013 yang lalu. YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri majlis sambutan tersebut dan menyampaikan hamper-hamper hadiah kepada insan-insan yang bergelar bapa.





Gotong-royong Di Taman Rakyat

Posted: 16 Jun 2013 09:22 PM PDT

YB Dr Xavier Jayakumar bersama-sama Ahli Majlis dan anggota-anggota Majlis Perbandaran Klang turun padang menjalankan aktiviti gotong-royong di Taman Rakyat, Taman Seri Andalas, Klang.






Selangor Prihatin, Skim Bapa Bersama Keluarga

Posted: 16 Jun 2013 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jika peranan bapa itu dihayati dalam pentadbiran sesebuah negara dan negeri ia akan juga memudahkan bapa untuk melaksanakan fungsinya dengan baik.

Demikian perutusan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail sempena Hari Bapa Sedunia.

Ini, katanya kerana kerajaan yang prihatin akan menyediakan dan menawarkan skim-skim yang memungkinkan bapa-bapa meluangkan masa mereka secara efektif bersama keluarga; seperti pemberian cuti 14 hari oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada suami-suami yang isteri mereka bersalin.

"Skim tersebut akan nanti diusahakan untuk dilanjutkan kepada pihak swasta di negeri Selangor," ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Untuk kesekian kalinya menyambut hari ini, Hari Bapa Sedunia. Semoga Allah sentiasa merahmati para bapa di dunia ini.

Mengimbas kembali permulaan manusia ialah bapa yang pertama, iaitu Nabi Adam a.s., manusia pertama bersama isteri baginda, Hawa sehingga kini telah wujud bilangan berbilion manusia pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Kedudukan insan, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, yang bernama bapa dalam kehidupan manusia amatlah penting.

Hubungan bapa dengan anak-anak dan isterinya serta kaum-kerabat dan manusia sekeliling memberi kesan kepada pembinaan peribadi dan sahsiah yang mencontohi mereka, sama ada secara sedar ataupun tidak - yang didorong oleh keadaan tinggal bersama, bentuk-bentuk hubungan yang dibina dan sejauh mana perkongsian dengan bapa dalam berbagai aspek kehidupan bersama itu.

Kemesraan bapa menjadi idaman setiap anak dan bagi mereka yang menyaksikan kemesraan itu, khususnya para isteri dan ibu.

Kemajuan apapun, dan di peringkat manapun, landasan kemajuan yang hakiki perlulah disandarkan pada institusi keluarga yang kukuh. Dan bapa memainkan peranan yang kritikal dalam pembinaan keluarga yang utuh.

Bapa merupakan pembimbing, mentor dan role model. Beliau adalah juga contoh dan simbol kejayaan-kejayaan yang membuatkan kita semua juga ingin menuju ke arah mencapai kejayaan dalam kehidupan ini.

Dalam satu dapatan mengenai satu komuniti di dunia ini, 50% dari keseluruhan anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada berbapa: anak-anak itu adalah berisiko lima kali ganda hidup dalam kemiskinan dan terlibat dalam kegiatan jenayah; sembilan kali ganda tercicir dari persekolahan, dan duapuluh kali ganda berisiko dipenjarakan kerana perbuatan jenayah.

Anak-anak tanpa bapa sering mempunyai masalah perilaku, lari dari rumah atau menjadi ibubapa remaja.

Kesemua gejala itu boleh menjejaskan keutuhan institusi keluarga yang menjadi asas keutuhan dan kesejahteraaan sesebuah masyarakat dan negara.

Bapa-bapa contoh adalah mereka yang berusaha menanam dan menyuburkan nilai empati pada anggota-anggota keluarganya, menyemarakkan emosi dan sifat positif dengan sentiasa menghalakan pemikiran kepada kepentingan selain dari untuk diri sendiri dan mewariskan etika kecemerlangan serta mendidik melalui tauladan lebih dari kata-kata.

Terima kasih bapa kerana telah mendidik kita prinsip-prinsip kejujuran untuk sentiasa bertutur yang benar dan memenuhi janji yang diungkapkan serta tidak mengambil hak orang lain.

Jika peranan bapa itu dihayati dalam pentadbiran sesebuah negara dan negeri ia akan juga memudahkan bapa untuk melaksanakan fungsinya dengan baik kerana kerajaan yang prihatin akan menyediakan dan menawarkan skim-skim yang memungkinkan bapa-bapa meluangkan masa mereka secara efektif bersama keluarga; seperti pemberian cuti 14 hari oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada bapa-bapa  yang isteri mereka bersalin.

Skim tersebut akan nanti diusahakan untuk dilanjutkan kepada pihak swasta di negeri Selangor.

Bapa, sama ada yang hidup ataupun tiada lagi di dunia ini adalah  insan yang disayangi dan dicontohi, semuga dirahmati Allah swt selalu.

Selamat menyambut Hari Bapa Sedunia 2013.


Sumber: Harakahdaily

Selangor Laksanakan Perkhidmatan Bas Tempatan Dalam Dua Bulan

Posted: 15 Jun 2013 02:45 AM PDT

SHAH ALAM, 15 JUN : Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyempurnakan serta menambah baik beberapa perkara dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai memenuhi Pelan Tindakan Lima Tahun Jawatankuasa Tetap PBT Negeri Selangor (Rangka Pertama).

Ini termasuk menyediakan perkhidmatan bas tempatan di peringkat PBT dan menyelaraskan undang-undang kecil e-lesen untuk bangunan perniagaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dalam sidang media berkata, antara rangka lain yang dikenal pasti ialah penambah baikan sistem pengauditan dan pemantauan cara kerja.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada peningkatan kerja warga PBT dan perlesenan burung walit.

"Usaha ini akan diselaraskan untuk seluruh negeri di mana kita akan membuat perbincangan dari semasa ke semasa mengenai perkara tersebut.

"Berhubung perlesenan burung walit, pihak Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan pengusaha burung walit sebelum kita membuat keputusan terakhir.

"Butirnya akan diumumkan kemudian bila kita sudah mempunyai langkah yang konkrit," katanya selepas sesi perjumpaan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam semalam.

Perkhidmatan bas tempatan pula akan dilaksanakan sebagai menepati janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 Pakatan Rakyat Selangor.

Sumber: Selangorku

Tambah Anggota Penguatkuasa di PBT Tingkatkan Pantau Keselamatan Awam

Posted: 15 Jun 2013 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 15 JUN : Bagi meningkatkan keselamatan awam, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah anggota penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi melaksanakan kerja-kerja meronda.

Meskipun ia adalah tanggungjawab pihak polis dan di luar bidang kuasa negeri, namun menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, langkah ini diyakini mampu mengatasi kelemahan sistem keselamatan sedia ada.

"Ini adalah sebagai langkah sementara iaitu menggunakan tenaga kerja PBT di peringkat Majlis.

"Kita mahu memastikan keselamatan orang ramai adalah lebih terjamin," katanya ketika menerangkan Pelan Tindakan Lima Tahun Jawatankuasa Tetap PBT Negeri Selangor (Rangka Pertama) di sini semalam.

Jelas beliau lagi, Kerajaan Negeri akan menambah lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) terutama di kawasan tumpuan awam seperti bank.

Katanya, penambahan sistem CCTV itu adalah untuk memudahkan pihak berkuasa membuat pengecaman sekiranya berlaku jenayah.

"Setakat ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memasang sebanyak 414 buah CCTV di seluruh negeri. Namun kita dapati ia tidak mencukupi untuk memastikan sistem ini benar-benar berkesan.

"Kita akan cuba libatkan pihak swasta iaitu berjumpa dengan pihak bank untuk memasang kamera di luar bangunan bank untuk mengenalpasti masalah jenayah yang berlaku.

"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menjadi PBT pertama yang mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pihak bank dan peniaga swasta berhubung perkara ini," jelasnya lagi.

Sumber: Selangorku

Tiada ulasan: