Ahad, 23 Jun 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


MALAM 15 NISFU SYA'BAN

Posted: 23 Jun 2013 03:59 AM PDT

Malam Nisfu Sya'ban ialah malam 15 Sya'ban.

23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.

Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Berkata Imam Syafii rahimahullah : "Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya'ban". (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.

SINDROM TERAGAK-AGAK PEMIMPIN PR UTK BANTAH PRU13 ~ DS ANWAR

Posted: 23 Jun 2013 12:40 AM PDT

pakatan convention de palma 230613
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.

"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.

"Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis.

"Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa.

"Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya.

Tiada ulasan: