BULETIN RAKYAT |
PARLIMEN HULU SELANGOR TIDAK ADA PETISYEN KAN... KAN.... Posted: 10 Jun 2013 12:46 AM PDT (Kenyataan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan) Saya boleh mengesahkan bahawa bermula hari ini, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen pilihan raya di kawasan-kawasan Parlimen berikut: Difailkan oleh KEADILAN 1. P014 Merbok 2. P018 Kulim Bandar Baru 3. P026 Ketereh 4. P029 Machang 5. P053 Balik Pulau 6. P072 Tapah 7. P075 Bagan Datok 8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000) 9. P092 Sabak Bernam 10. P118 Setiawangsa 11. P140 Segamat 12. P144 Ledang 13. P146 Muar 14. P158 Tebrau 15. P159 Pasir Gudang 16. P168 Kota Marudu 17. P177 Beaufort 18. P182 Pensiangan 19. P220 Baram Difailkan oleh PAS 1. P093 Sungai Besar 2. P096 Kuala Selangor 3. P119 Titiwangsa 4. P161 Pulai Difailkan oleh DAP 1. P078 Cameron Highlands 2. P142 Labis Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu. Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihan raya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya. Selain 24 kerusi Parlimen ini, Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN di seluruh negara (9 DUN yang ditandingi PAS dan 1 DUN yang ditandingi KEADILAN). Serentak dengan petisyen-petisyen ini, KEADILAN juga akan memfailkan tindakan undang-undang berikut dalam tempoh 3 minggu dari sekarang: 1. Saman terhadap Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal; 2. Petisyen pilihanraya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman KEADILAN; 3. Tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan. Pasukan KEADILAN yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53214 |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan