Sabtu, 8 Jun 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Istilah ‘dakwat kekal’ tipu pengundi, kata Dr Haron Din

Posted: 08 Jun 2013 10:00 AM PDT

Harakah Daily

Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat ‘kekal’.

Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah ‘dakwat kekal’ itu.

"Polis mempunyai kapa­siti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal mem­bekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.

"Kalau kerajaan ber­pakat dengan SPR meme­san dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa se­bagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat," ujarnya.

Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.

Sehubungan itu katanya, beliau menyokong se­barang perhimpunan aman membantah penipuan pilihan raya yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengun­dang kepada malapetaka.

"Lagi pun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpu­nan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dina­makan sebagai demonstra­si tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhim­punan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," jelas beliau.

Tiada ulasan: