Selasa, 4 Jun 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Peningkatan kes TB, Batuk Kering di Malaysia membimbangkan

Posted: 04 Jun 2013 07:37 AM PDT

Adakah peningkatan kes TB atau Batuk Kering di Malaysia pada ketika ini berkait rapat dengan peningkatan kebanjiran pekerja asing di negara ini?


890 penghidap penyakit tibi dikesan di Pahang tahun lepas
3 Jun 2013

TEMERLOH - Seramai 890 kes penghidap tibi dikesan di Pahang sepanjang tahun lepas berbanding 788 kes pada 2011 manakala jumlah kematian akibat penyakit itu pula berlaku pada kadar 7.1 bagi setiap 100,000 penduduk.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dr. Norhizan Ismail berkata, seramai 112 penghidap penyakit itu meninggal dunia tahun lepas berpunca daripada batuk berpanjangan dan pelbagai faktor termasuk penularan jangkitan kuman HIV.

Beliau berkata, penghidap HIV berisiko tinggi menghidap tibi selain punca diabetes, buah pinggang dan penyakit berjangkit.

"Tibi perlu dikawal kerana boleh merebak melalui ahli keluarga dan orang sekitar jika penyakit itu tidak dikawal dari awal," katanya ketika merasmikan Hari Tibi Sedunia peringkat Negeri Pahang di Felda Lakum semalam.

Norhizan berkata, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 1.4 juta orang meninggal dunia akibat penyakit tibi pada tahun 2011 daripada 8.7 juta kes baharu tibi dikesan pada tahun yang sama.

Katanya sejak tahun 2000, Pahang berjaya mencapai kadar pengesanan yang disarankan WHO iaitu sebanyak 70 peratus tetapi saranan itu ditingkatkan kepada 85 peratus pada tahun 2011 dan tahun ini meningkat kepada 95 peratus. - Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hellο! I've been reading your web site for a while now and finally got the courage to go ahead and give you a shout out from Houston Texas! Just wanted to say keep up the excellent work!

Feel free to visit my blog; how to get bigger boobs naturally