PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- ‘Kabinet Transformasi’ Najib bayangi zaman diktator Mahathir
- Semakan dapati kajian sokong ‘Anwar bersara’ palsu
- Ketua AMK Negeri Sembilan dipanggil polis berhubung #Black505 Seremban
‘Kabinet Transformasi’ Najib bayangi zaman diktator Mahathir Posted: 19 May 2013 08:26 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 MEI : Tindakan polis menahan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis mahasiswa, Adam Adli di bawah Akta Hasutan adalah cubaan biadab Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertujuan menakutkan rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. Tegasnya, tindakan polis dipersoalkan kerana hanya menahan individu yang melaksanakan tanggungjawab kepada negara, namun gagal bertindak terhadap individu dan kumpulan yang cuba menimbulkan suasana tidak stabil dalam negara dengan memainkan isu perkauman. "Adakah kita sudah kembali ke zaman Tun Dr Mahathir yang terus memperalatkan kuasa polis untuk bertindak terhadap rakyat yang mahu hak asasi mereka dikembalikan? kata Azmin dalam kenyataannya, hari ini. "Apabila kita lihat Jabatan Peguam Negara juga mula bersikap penakut, maka kita akan saksikan lebih banyak penahanan dan dakwaan akan dikenakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis hak asasi," ujar Ahli Parlimen Gombak. Secara sinis, Azmin turut mengucapkan 'tahniah' kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana menggunakan jawatannya dan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya di Malaysia agar pergi ke negara lain. "Inikah maknanya 'kabinet transformasi' yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Zahid bertindak angkuh dan bodoh terhadap Pakatan? "Beliau harus faham. Kita bukan bergadu. Ini adalah negara kami dan anda (Umno BN). Masalah sekarang ialah Umno-BN yang sebenarnya gagal memahami hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil," tegas Azmin. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52213 |
Semakan dapati kajian sokong ‘Anwar bersara’ palsu Posted: 19 May 2013 08:01 PM PDT Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu. Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya, Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei lalu. Setelah disemak, jabatan ITThe Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama. "Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge. Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers. Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya sama ada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan Pakatan itu untuk memenangi pilihan raya 5 Mei lalu. 81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. – Harakah Daily Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52152 |
Ketua AMK Negeri Sembilan dipanggil polis berhubung #Black505 Seremban Posted: 19 May 2013 07:59 PM PDT SEREMBAN, 19 MEI : Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Mohd Nazree Mohd Yunus dipanggil memberi keterangan di balai polis Seremban hari ini, berhubung himpunan Suara Rakyat Suara Keramat anjuran Pakatan Rakyat di Seremban, 17 Mei lalu. Beliau memaklumkan didatangi sepasukan polis di rumahnya sehari selepas himpunan dan memintanya hadir ke balai polis Seremban untuk memberi keterangan. "Saya meminta agar ditangguhkan ke hari Isnin. Namun pegawai polis bertegas kena hadir hari ini dengan alasan kertas siasatan mengenai kes ini akan dihantar ke Bukit Aman pada 20 Mei ini," katanya kepada Keadilandaily. Nazree memberitahu, beliau ditanya beberapa soalan berkaitan himpunan itu di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 selama lebih dua jam "Saya tegaskan akan hanya menjawab di mahkamah. Mereka terus mencuba bertanya. Jawapan sama saya berikan, "Selepas lebih dua jam di soal siasat, saya dibebaskan," katanya ditemani, Naib Ketua AMK negeri, Ramlan Roes dan 15 aktivis muda Pakatan Rakyat. Pada 19 Mei lalu, Pakatan Rakyat mengadakan himpunan edisi Negeri Sembilan yang menyaksikan lebih 60,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pusat Komersil Oakland, Seremban bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13. Siri himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' Black 505 akan diteruskan di Kompleks Pas Kedah pada hari Selasa, 21 Mei, Terengganu (Khamis, 23 Mei) dan Melaka (Jumaat, 24 Mei). Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52203 |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan