Rabu, 8 Mei 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


HENTIKAN TIUP API PERKAUMAN, PRU13 KEBANGKITAN RAKYAT MALAYSIA ~ TSUNAMI RAKYAT

Posted: 07 May 2013 07:21 PM PDT

KEPUTUSAN PRU13 - POLA PENGUNDI MASYARAKAT CINA???
KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah banyak pihak.    Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut. Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.    "Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat. "Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.    "Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.    Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.    Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.    Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.    Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.    Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.    "Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.       "Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu 'wake up call' kepada BN," katanya juga dalam Facebook.    Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.    Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.      "Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.    Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.    "Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.     "Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya.
KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah ...banyak pihak.

Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut. Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.

"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat. "Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.

Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.

Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.

Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.

Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.

"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.


"Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu 'wake up call' kepada BN," katanya juga dalam Facebook.

Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.

Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.


"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.

Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.

"Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.

"Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya

AEMNO MAIN ISU PERKAUMAN LAGI

Posted: 07 May 2013 06:31 PM PDT

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang.

Tiada ulasan: