Jumaat, 10 Mei 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


TAN SRI KHALID DI SOKONG PENUH OLEH DAP, PAS JADI MENTERI BESAR

Posted: 10 May 2013 03:51 AM PDT






Satu perhimpunan Pakatan Rakyat malam tadi yang bertujuan meraikan kejayaannya mengekalkan Selangor, bertukar menjadi perhimpunan pro-Khalid Ibrahim, menyokong beliau menjadi menteri besar bagi penggal kedua.

Manakala sesetengah penceramah seperti Pengerusi PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan Senator Syed Shahir Syed Mohamud dari PKR meminta mereka menyerahkan keputusan mengenainya kepada Pakatan Rakyat, tetapi yang lainnya telah menyatakan pendirian mereka dengan jelas.

NONETimbalan Pengerusi PAS Selangor, Khalid Samad (kiri) memberitahu
hadirin lebih 5,000 orang itu bahawa walaupun PAS mempunyai kerusi DUN yang lebih daripada sekutu-sekutunya DAP dan PKR, tetapi ia tidak mendambakan jawatan tertinggi kerajaan negeri itu.

Beliau berkata parti itu menganggapnya jawatan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab, dan bukannya hadiah untuk direbut.

"Apabila ditanya oleh pemberita, saya jawab bukan pelik jika satu pasukan bola sepak menang Liga Eropah, tiba-tiba pengurusnya ditukar," katanya sambil menambah bahawa itu adalah satu langkah yang sangat pelik dan tidak sesuai.

Berucap sewaktu perhimpunan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam itu, Khalid mengakhir analogi bola sepak itu dengan menambah bahawa Pakatan Selangor telah mencapai kejayaan yang cemerlang dan Umno serta BN tidak tahu bagaimana hendak mengendalikannya.
Khalid menambah bahawa beliau telah menerima surat daripada Presiden PAS, Datuk Hadi Awang dua hari lepas (7 Mei) menyokong Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

NONEBercakap kepada pemberita kemudian, Khalid Samad berkata surat daripada Hadi sebenarnya ditujukan kepada Sultan Selangor dan Abdul Rani telah ditugaskan untuk menyerahkannya.

Sementara itu, seorang lagi penceramah, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata parti itu telah menghantar surat kepada Sultan, juga menyokong Khalid Ibrahim menjadi menteri besar.

Beliau memberitahu pemberita kemudian bahawa surat itu adalah dari Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan telah dihantar pada 8 Mei.

Sepanjang dua jam ceramah politik itu, orang ramai juga secara spontan melaungkan "Kekalkan Tan Sri Khalid" beberapa kali.

Apabila tiba gilirannya untuk berucap, Khalid Ibrahim berkata keutamaan beliau adalah untuk mengembalikan kekayaan negeri kepada rakyat, dan berkata beliau akan berucap pendek kerana beliau hanya tahu bagaimana hendak bekerja dan bukan bagaimana hendak menyerang pihak lawannya.

Khalid Ibrahim juga berjanji untuk menyediakan maklumat terkini mengenai pencapaian kerajaan negeri setiap dua bulan jika dilantik semula, supaya rakyat Selangor tahu apa yang telah dilakukan.

NONEDalam perkembangan lain, awal semalam, Pengerusi PKR Selangor,
Azmin Ali (kanan) dilaporkan berkata - tanpa menyebut sebarang nama - bahawa beliau tidak mahu menteri besar yang mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star dalam edisi talian, memetik Azmin sebagai berkata memandangkan Selangor diberi mandat yang kukuh dengan 40 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, maka ia perlu diketuai seorang pemimpin yang tegas dengan wawasan yang jelas.

Spekulasi sudah lama tersebar bahawa beliau sendiri mengintai jawatan menteri besar, walaupun beliau telah menyatakan sokongannya kepada Khalid semasa sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.

Ketika diminta mengulas mengenainya, Khalid Ibrahim (kiri) memberitahu pemberita, "Semua perkara telah diambil kira dan tidak ada keperluan untuk menyatakannya secara terbuka".

Beliau berkata, keputusannya akan merupakan satu keputusan bersama antara ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat)."

AZMIN MASIH SEPERTI AZMIN ~~

Posted: 10 May 2013 03:16 AM PDT

mso menulis......
1. Seperti mana saya tidak percaya Mohamaed Azmin Ali akan umum keluar dari PKR bersama rakan-rakan, maka ia terjawab hari ini apabila Azmin menjelaskan yang beliau masih bersama PKR. Sidang akhbar khas Azmin bersama beberapa orang MP dan Adun Selangor yang sangat diminati ramai khasnya Umno, menjawab serba serbi. Yang paling pentingnya dia tidak keluar PKR dan berjanji tidak akan mengkhianati amanah rakyat terutamanya pengundi di Gombak dan Bukit Antarabangsa.


Azmin melambai tangan entah kepada siapa?
Azmin masih seperti Azmin belum menjadi seperti Ezam Mohd Noor.

2. Penjelasan itu menyebabkan harapan sesetengah orang yang suka lihat PKR hancur tidak kesampaian. UBN kenalah cari idea lain untuk terus 'menggodak' PKR supaya 'berkekah' dan berpecah. Sebenarnya untuk godak PKR supaya berpecah tidak begitu penting sebab pilihan raya sudah pun selesai, dan Umno Selangor kalah makin teruk. Khir Toyol saya percaya masih bergedik-gedik kaki seronok atas kekalahan Umno Selangor. Kenapa, sila tanya Mat Maslan?

3. Dengan apa disebut dan dijelas Azmin pada sidang akhbar itu, apa menyebabkan berlaku seperti kejutan semalam mengenainya yang dinanti-nanti ramai ialah, isu ketidak-puasan hatinya kepada kepimpinan PKR Selangor. Perkaranya ialah mengenai jawatan MB Selangor.  Kini orang sudah tahu apa sebabnya.

Presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail telah hantar nama Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor tanpa ada nama-nama lain. Nama Khalid tunggal saja. Silapnya di sini Azizah seperti dakwa Azmin tidak ajak pimpinan Selangor berbincang (mengambil konsensus) sebelum hantar nama Khalid. Itu sebabnya.

Tetapi kalau Azizah hantar nama Mohamed Azmin Ali kepada sultan tanpa nama lain dan tanpa diajak berunding dan berbincang dengan sesiapa pun, saya rasa tidak timbul kemarahan. Azmin tidak pun akan persoal mengenai himpunan raksasa di Kelana Jaya malam kelmarin dan dia juga pasti ada sama bertempik dan menyocok orang ramai agar bangkit protes SPR.

Namun kerana namanya tidak ada maka dia dan rakan-rakan lain prejudis kepada Himpunan Hitam itu. Menarik di sini kenapa Azizah sebagai presiden tidak berbincang dengan rakan-rakan dan terus hantar nama Khalid? Bolehkah dipercayai dengan sifat Azizah sedemikian, yang hanya dianggap sebagai presiden 'simbol-simbolan' dia berani berbuat demikian tanpa merujuk kepada sesiapa?

Di sini saya percaya Azizah mendapat wahyu lain untuk berbuat demikian. Mesti ada orang yang membisik di telinganya kemudian menghantar nama Khalid kepada Sultan. Jangan marahkan Azizah tanpa mencari 'jibrail' yang menyampaikan wahyu kepadanya. Terlalu 'hujan' sangat kalau hendak marahkan Azizah di sini. Azmin dan pimpinan lain yang memang suka kalau Azmin jadi MB, kena cari orang lain yang menjadi petunjuk dan pemberi wahyu kepada Azizah itu. Cari, tak jumpa tanya saya.

Dalam kemelut jiwa ini saya tidak nampak Anwar campur tangan, tetapi saya juga tidak nampak Anwar tidak campur tangan. Boleh jadi saja dalam kasus ini Anwar telah campur kaki. Bila campur kaki maka beliau sukar untuk menulis nama Azmin atau nama Khalid.

4. Kritikan Azmin kepada himpunan raksasa di Kelana Jaya itu bagi saya ia dituju direct kepada Anwar Ibrahim. Ketidaksetujuan Azmin bukan seperti mana ketidak-setujuan saya kepada majlis itu. Saya sudah katakan, Azmin tidak akan mengkritik dan sokong kalau semalam namanya sudah ada di tangan Sultan Selangor. Problemnya namanya tak masuk istana? Tetapi tidak mengapa, Azmin sudah berjanji akan hadir pada himpunan-himpunan sama yang lain.

Bagaimana pun saya bersetuju kalau Azmin kekal dengan bantahan itu sekiranya ia dibuat tanpa ada alasan peribadi lain. Saya sudah ulas himpunan itu dalam blog dan boleh dirujukkan. Himpunan untuk protes SPR itu terlalu awal dan dibuat tergesa-gesa seakan ia mahu mengejar sesuatu. Kita semua perlu ada kerehatan. Di dalam kaedah membaca al Quran selain waslah ada ada juga wakaf, berhent.

5. Kesimpulannya kenapa Azmin menunjuk ulah dan perangai sehingga boleh menyebabkan darah sesetengah ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat semalam mendidih, ialah kerana disebabkan Azmin tidak diangkat menjadi MB. Itu saja, Azmin sendiri tidak boleh berdolak dalih dan menafikan hakikat ini.

Memang pun Azmin layak menjadi MB dan perlu dipertimbangkan. Khalid sudah lama diceritakan ada masalah kerana beliau dilihat menjadi MB tidak mempedulikan parti tetapi masalahnya dia disayangi oleh rakyat. Dua keadaan inilah menyebabkan maka timbul apa yang sedang timbul kini.

6. Satu pandangan untuk PKR, kalau mereka mahukan MB yang menjaga negeri dan rakyat dan tidak mempedulikan kepentingan orang parti, ambillah Khlalid jadi MB. Tetapi kalau mahukan MB yang menjaga orang parti, menjaga poket orang parti serta mahu mempamirkan seorang MB imej politik ambillah Azmin.

7. Sebelum saya tutup saya hendak berikan nota sedikit kepada ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin. Zuraida jangan lancang dan 'lancau' sangat kepada PAS dan DAP. Tidak jadi masalah kalau PAS dan DAP juga hendak bercakap mengenai kerusi MB. Walhal PKR harus sedarkan diri dalam soal ini. Mengikut bilangan kerusi PAS lebih berhak kerana mereka memilik kerusi lebih. PAS 15 sama sengan DAP, PKR hanya 14. Apakah hak Zuraida atau PKR untuk melarang orang lain mendiamkan diri. Ingat kemenangan itu adalah kemenangan bersama, kemenangan kerana kombinasi.

Jadi dengan cuba menutup mulut PAS bercakap isu MB dan merasakan PKR yang berhak, satu sikap huduh yang tidak patut ada pada seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat tambahan lagi pula ahli itu perempuan garik.

8. Mengenai siapa akan jadi MB Selangor tidak ada penentapan yang ianya milik PKR atau milik sapa. Jadi baik PAS atau DAP terbuka untuk menyebut dan membincangkannya. Ia juga terbuka untuk difikirkan oleh Sultan Selangor bagi diserahkan kepada sesiapa saja dari kalangan Adun Pakatan Rakyat di Selangor yang mendapat kepercayaan DUN dan diperkenankan oleh baginda Sultan.

Azmin sendiri juga tidak patut membuat 'mini ugutan' kerana cara saudara itu boleh menjejaskan sikap professional yang ada kepada anda selama ini. Jangan sakitkan hati orang dengan gimik-gimik begitu. Projek mini gimik itu sebahagian daripada 'demo' untuk menghadapi kongres nasional parti itu. Jangan risau yang pastinya MB Selangor bukan Hasan Akiah.  [wm.kl.4:24 pm 10/05/13]

Tiada ulasan: