Anak Muda Kampung Nak Senang |
Masjid-masjid yang mati di Rembau Posted: 03 May 2013 07:24 PM PDT Artikel ini dari blog http://rozmal.blogspot.com Jam 11.59 malam ini tamatlah tempoh berkempen untuk PRU-13. Esok seawal 8 pagi kita akan mula mengundi. Mari kita renung kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang tempoh berkempen ini, berapa banyak amalan baik kita telah lakukan, berapa banyak dosa kita telah lakukan. Pasti banyak, tidak kiralah kita orang Islam yang menyokong PAS, PKR atau UMNO. Saya dimaklumkan oleh petugas PAS di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, sepanjang mereka pergi solat berjemaah bersama calon PAS, masjid-masjid di Rembau ini boleh dikatakan amat suram semasa solat jemaah 5 waktu. Ada satu waktu, ketika jentera Pakatan Rakyat berkempen di Lubok China, Rembau, mereka singgah solat Zuhur atau Asar di Masjid Kariah Sg Timun. Walaupun waktu sudah masuk namun tiada Imam setempat yang hadir. Akhirnya salah seorang veteran PAS, Hj Harun mengimamkan solat jemaah di masjid tersebut. Paling menyedihkan ialah solat Subuh, calon PAS, Hj Ghazali Mohd Shom yang sering solat subuh di beberapa masjid mengatakan tidak ramai yang hadir solat subuh. Tidak kiralah siapa yang menang di DUN Kota, Parlimen Rembau nanti. Yang pasti , wakil rakyat yang menang ialah beragama Islam. Satu usaha harus dilakukan mulai sekarang sehinggalah menjawat wakil rakyat nanti, bagaimana untuk menarik pengundi-pengundi Islam di DUN Kota ini untuk berjemaah di masjid, terutama sekali orang Islam lelaki. Tidak kiralah pengundi tadi penyokong PAS, PKR dan UMNO. Saya harapkan juga teman-teman saya dalam ISMA yang sibuk berkempen di Seremban, turunlah di kampung-kampung selepas ini, bukan sahaja di Rembau malahan di Kuala Pilah, Pasoh, Gemencheh dan di kawasan Felda. Apa guna kita menang sorak, iman tergadai, masjid-masjid mati. Tulisan saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Rembau di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html Senarai masjid-masjid kariah dalam DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/calon-pas-dun-kota-ajak-umat-islam.html Kempen "Solat Didahulukan, Allah Diutamakan" oleh PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/solat-didahulukan-allah-diutamakan.html |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan