Isnin, 27 Mei 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Adakah RON95 mudah terbakar?

Posted: 26 May 2013 07:00 PM PDT




Kajian terperinci perlu dilakukan adakah RON95 begitu mudah terbakar apabila berlaku lintar pintas, kemalangan kecil, enjin panas dan sebagainya memandang banyak kes kereta terbakar dilaporkan akhir-akhir ini.

Kereta rombongan kahwin rentung
27 Mei 2013
    
Padang Besar: Seorang wanita yang menunggu hari untuk bersalin terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di tepi jalan terbakar ketika dia menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin di Batu 8, Jalan Kaki Bukit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, kereta milik Rusmazailina Othman, 25, terbakar bersama dua kereta lain milik saudaranya yang diletakkan berhampiran ketika mengikuti rombongan pengantin lelaki.

Difahamkan, ketiga-tiga kereta berkenaan disambar api akibat tumpahan minyak dari sebuah kereta Toyota KE20 yang cuba dihidupkan enjin selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga sebelum itu.

Menurut ibu mentua Rusmazailina, Salwa Ibrahim, 50, ketika kejadian, dia bersama anaknya, Mohd Fikri Mokhtar, 25, dan menantunya makan di majlis perkahwinan pihak pengantin perempuan.

"Ketika hampir selesai makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum terdengar suara riuh-rendah orang ramai di depan jalan rumah pengantin perempuan menyebabkan kami bergegas pergi untuk melihat apa yang berlaku.



Anggota polis disamun, pistol dilarikan

Posted: 26 May 2013 06:59 PM PDT




26 Mei 2013 KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengalami nasib malang apabila tayar motosikal dinaikinya pancit sebelum disamun dua lelaki bersenjatakan pisau yang berpura-pura mahu membantunya dalam kejadian di Lebuhraya Akleh, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, anggota berpangkat konstabel terbabit sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Bukit Aman, dekat sini, apabila menyedari tayar motosikal dinaikinya pancit ketika menghampiri susur masuk ke lebuh raya itu.

Menurut sumber, mangsa kemudian dihampiri dua lelaki menaiki Yamaha 125Z berwarna hitam yang kononnya mahu menghulurkan bantuan sebelum seorang daripadanya bertindak mengeluarkan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan beg silang yang dibawanya.

"Mangsa enggan berbuat demikian dan cuba mempertahankan dirinya dengan menyentap beg yang berisi sepucuk pistol jenis General Victor dan juga 10 butir peluru hidup.

"Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak memotong tali beg berkenaan sebelum melarikan diri bersama senjata itu," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pudu sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk diambil keterangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya kini sedang menyelaraskan maklumat dengan IPD Cheras berikutan mangsa membuat laporan di sana.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata secara berkumpulan.


Dapatkah FAM dan Kementerian Belia dan Sukan mencontohi Bayern Munich?

Posted: 26 May 2013 06:58 PM PDT




22 Mei 2013 -  MENYEDARI solat merupakan salah satu tuntutan dalam agama Islam, kelab bola sepak terkemuka Jerman, Bayern Munich memutuskan untuk membina sebuah masjid untuk memudahkan para pemainnya yang beragama Islam menunaikan solat.

Kelab pasukan bola sepak Jerman itu bersetuju dengan permohonan membina sebuah masjid berhampiran stadium Allianz Arena bagi kemudahan ibadah kepada para pemain dan peminat.

Permintaan itu pernah dikemukakan oleh pemain tengah Bayern Munich beragama Islam, Bilal Franck Ribery yang mencadangkan supaya diwujudkan satu ruangan khas walaupun bersaiz kecil untuk kemudahan pemain beragama Islam menunaikan solat.

Mengikut pelan, selain untuk kemudahan ibadat, masjid itu bakal menempatkan imam sepenuh masa, perpustakaan dan kelas pengajian Islam.

Dalam pengumuman itu, sebanyak 85 peratus perbelanjaan pembinaan masjid akan ditanggung oleh pihak pengurusan kelab manakala selebihnya disumbang oleh para pemain dan peminat yang berminat untuk berbuat demikian.

Keputusan membina masjid itu bukan kali pertama dalam kalangan kelab bola sepak Eropah, kerana kelab bola sepak England, New Castle United telah mewujudkan sebuah bilik khusus untuk para pemain beragama Islam bersolat.

Tiada ulasan: