Isnin, 13 Mei 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tahniah Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, Rembau

Posted: 13 May 2013 12:44 AM PDT




Antara maklumat terkini mengenai kempen PRU-13 di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah jentera PAS di UPU Kg Chengkau Ulu telah mendapat maklumat dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu mengenai arahan dari pihak tertentu agar Pemuda Umno di Kg Chengkau Ulu menurunkan dan membuang bendera-bendera PAS semasa kempen PRU-13 yang baru berlalu.

Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu yang mendapat tawaran wang ringgit untuk menurunkan bendera PAS tersebut memberitahu kepada yang memberi tawaran tersebut yang mereka hanya mengambil upah untuk menaikkan bendera BN, tetapi tidak akan menerima tawaran untuk menurunkan bendera PAS.

Yang memberi tawaran tersebut memberitahu kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, kalau mereka tidak mahu menurunkan bendera PAS, dia akan memberi tawaran tersebut kepada orang luar.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dalam Parlimen Rembau, walaupun duduk di kampung, tetapi mereka faham maksud sebenar demokrasi.

Pihak pimpinan atasan terutamanya media tidak perlulah nak menggembar gemburkan isu perpaduan parti PAS dan UMNO. Cukuplah pihak media ini , terutamanya bekas Timbalan Presiden PAS yang merupakan anak jati DUN Kota ini, belajar dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dan jentera PAS Kg Chengkau Ulu bagaimana mereka hormat menghormati antara satu sama lain.

Kempen PRU-14 PAS DUN Kota telah pun bermula di laman sesawang http://pas-n28-kota.blogspot.com

DUN Klawang terbaik pencapaian PAS N.Sembilan PRU-13

Posted: 13 May 2013 12:44 AM PDT




Analisis awal mendapati DUN Klawang adalah yang terbaik semasa PRU-13 dalam peratus undi yang diperolehi iaitu sebanyak 48.22%, diikuti dengan Paroi sebanyak 46.04% dan seterusnya Labu sebanyak 44.03%.

Manakala pertambahan pengundi yang paling ramai untuk tahun 2013 PRU13 berbanding 2008 PRU12 ialah DUN Paroi yang bertambah seramai 8,802 pengundi, diikuti Serting 4,702 pengundi dan kemudian Chembong seramai 3,290 pengundi.

Sementara itu peratus keluar mengundi adalah begitu ketara sekali peningkatannya di semua DUN dengan paling tinggi ialah di DUN Paroi sebanyak 87.90%, diikuti dengan DUN Lenggeng sebanyak 87.00% dan seterusnya DUN Chembong sebanyak 86.60%.

Dapatkan statistik lengkap pencapaian setiap DUN dan perbandingan dengan PRU-12 di http://pasns.blogspot.com/2013/05/dun-klawang-terbaik-pencapaian-pas.html

Tiada ulasan: