Selasa, 16 April 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Manifesto Selangor

Posted: 16 Apr 2013 06:01 PM PDT

Pakatan Rakyat Selangor umum calon dan manifesto 18 April

Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan manifesto pilihan raya serentak dengan pengumuman calon-calon Pakatan Rakyat pada 18 April ini, bermula jam 8 malam bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.DSC_9233
Manifesto Pakatan Rakyat Selangor ini selari dengan manifesto Pakatan Rakyat ke Putrajaya dan pada masa yang sama meneruskan polisi dan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang lima tahun lalu.
Kami yakin barisan calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS untuk mempertahankan Negeri Selangor menyokong penuh komitmen kerajaan negeri yang mengutamakan pentadbiran telus dan bertanggungjawab.

Manifesto Pakatan Rakyat Selangor yang akan dilancarkan ini terbahagi kepada empat komponen penting iaitu ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat, persaudaraan rakyat dan kerajaan rakyat.
Untuk ekonomi rakyat, matlamat utama kita adalah memberi kebajikan kepada 5.2 juta rakyat Selangor dengan mengembalikan hak air kepada rakyat melalui pemilikan saham air.
Kita juga fokus kepada keperluan perumahan rakyat dimana sejumlah RM100 juta diperuntukkan kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan pemaju swasta membina rumah mampu milik untuk menampung permintaan yang kian meningkat.
Pendidikan juga diantara yang menjadi keutamaan manifesto dimana kita akan memperkasakan sekolah maahad tahfiz di Selangor dan menubuhkan tabung bagi membantu sekolah jenis kebangsaan termasuk sekolah persendirian.
Golongan belia dan wanita juga tidak akan ketinggalan dalam manifesto ini dimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menyediakan dana RM100 juta untuk mereka bagi memperhebatkan kemahiran serta bidang keusahawanan yang mereka ceburi.
Kami menjemput rakyat Selangor datang pada majlis ini bagi menyaksikan barisan calon kerajaan rakyat dan manifesto Pakatan Rakyat. Bagi mereka yang tidak berkesempatan, boleh menyaksikan majlis ini secara langsung di laman web www.selangorku.com
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
PENGERUSI PAKATAN RAKYAT SELANGOR
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50522

Tiada ulasan: