PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Pindah wang ke Cayman Islands melebihi mandat 1MDB
- Dakwat kekal... tidak kekal
- Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke NEGERI SEMBILAN
- Sekitar Walkabout Calon N14 Ampangan di Pasar Ampangan
Pindah wang ke Cayman Islands melebihi mandat 1MDB Posted: 30 Apr 2013 04:13 AM PDT (Oleh: Aedi Asri) KUALA LUMPUR 29 April: Pemindahan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun sulit di Cayman Islands, United Kindom melebihi kuasa badan pelaburan milik negara itu, kata editor akhbar The Edge, M Shanmugam. Beliau merujuk pemindahan RM7.18 bilion ke pusat kewangan pesisir pantai itu, yang dinyatakan dalam laporan tahunan 1MDB dan didedahkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Shanmugan berkata, mandat utama 1MDB yang diilhamkan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menarik pelaburan asing ke dalam projek berimpak tinggi dalam ekonomi domestik. "Beberapa siri urus niaga kabur dalam urusan 1MDB dengan PetroSaudi International (PSI) bangkitkan lebih banyak persoalan, yang mana badan pelaburan yang dilindungi kerajaan itu menolak untuk jawab. "Contoh jelas adalah penebusan kertas hutang Islamik (Islamic debt paper) oleh PSI (kepada 1MDB) yang meningkat kepada RM6.8 bilion setakat 31 Mac 2012. Jumlah ini termasuk 'keuntungan yang boleh diterima' atau bayaran faedah yang belum dibayar PSI kepada 1MDB atas bon Islamik itu. "Pada 1 Jun 2012, 1MDB ambil 49 peratus pegangan ekuiti dalam PetroSaudi Oil Sdn Bhd (PSOSL) dari PSI. Nilai pegangan itu sama dengan jumlah yang dihutang kepada 1MDB. Maka, bon Islamik itu dikira sudah ditebus," katanya dalam rencana fz.com. Memetik rencana itu lagi, beliau mempersoalkan kekurangan maklumat mengenai PSOSL, walaupun dikatakan memiliki urus niaga yang melibatkan sejumlah wang yang besar. "Apakah perniagaan utamanya, aset, liabiliti, keuntungan dan situasi aliran tunai? Apakah saiz sebenar syarikat ini? berdasarkan transaksi antara 1MDB dan PSI, ia tentulah besar…(Tetapi) kenapa terlalu kurang maklumat mengenainya?," katanya, seperti dipetik. |
Posted: 30 Apr 2013 03:11 AM PDT dipetik daripada Malaysiakini Dakwat kekal... tidak kekal Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan. Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus. Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya. "Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwatstamp pad. Tak kuat mana. "Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS. Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat. "Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya. |
Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke NEGERI SEMBILAN Posted: 29 Apr 2013 07:47 PM PDT Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke NEGERI SEMBILAN; 30 April 2013 (Selasa) 1) 3.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim Lokasi: Pekan Tanjong Ipoh, Seri Menanti 2) 4.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim Lokasi: Bilik Gerakan PR Simpang Pertang 3) 6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim Lokasi: Dataran Niaga, Palong 8, Gemas 4) 7.15 mlm – Masjid Nurul Huda Jelai 3 5) 8.00 mlm – Jamuan Bersama Rakyat Lokasi: Bilik Gerakan PR Felda Jelai 3, Gemas 6) 9.30 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat Lokasi: Bilik Gerakan PR Rembau, Pekan Chembong, Rembau 7) 11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat Lokasi: Betaria Business Centre, Jln Dato' Siamang, Gagap, Seremban |
Sekitar Walkabout Calon N14 Ampangan di Pasar Ampangan Posted: 29 Apr 2013 07:43 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan