Rabu, 24 April 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Lagi banner provokasi BN di Pertang

Posted: 24 Apr 2013 04:55 AM PDT



Lagi banner provokasi Umno-BN yang berjaya diturunkan oleh petugas-petugas Keadilan DUN Pertang. Nampaknya Umno-BN benar-benar terdesak dalam meraih sokongan Melayu dengan memasang banner-banner provokasi yang jelas berniat memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat. 

Petanda jelas keterdesakan Umno-BN menuju kejatuhan dalam PRU-13 ini.

Sekitar kempen Calon Keadilan DUN Linggi di Bukit Tembuk, Linggi.

Posted: 24 Apr 2013 04:45 AM PDT




DAP: Kehadiran 10,000 di Seremban tanda keyakinan

Posted: 24 Apr 2013 04:37 AM PDT


Kumpulan jentera BN di Seremban yang membantah pemilihan Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai sebagai calon mereka dilihat mula beralah apabila bahan kempen pilihan raya parti itu mula dikesan di bandar tersebut sejak dua hari lalu.

Tinjauan Malaysiakini di bandar ini hanya mengesan bendera BN dinaikkan selepas kempen masuk hari ketiga, di kawasan strategik seperti jalan yang menghubungkan plaza tol Seremban ke pusat bandar tersebut.

Jentera berkenaan bagaimanapun perlu bekerja lebih keras untuk menyaingi DAP – yang banyak memenuhi sudut utama di bandar tersebut dengan kain rentang dan wajah pemimpin parti DAP.

NONE
Antara yang menjadi perhatian adalah kain rentang dengan wajah calon parlimen Rasah, Teo Kok Seong, penyandang kerusi Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, dan calon parlimen Seremban, Anthony Loke.

Antara bahan kempen BN lain yang dikessan adalah beberapa papan iklan gergasi dengan wajah menteri besar sementara, Datuk Mohamad Hassan di samping wajah perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.

Ironinya, kedua-dua kawasan parlimen Rasah dan Seremban yang menjadi tumpuan penduduk bandar di ibu negeri tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Lima daripada enam kawasan DUN dalam parlimen Seremban dikuasai Pakatan dan hanya DUN Lenggeng dikuasai BN dalam pilihan raya umum 2008.

NONE
Namun DUN Lenggeng juga bermasalah bagi BN ekoran tentangan dari kalangan pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon sehingga ada di kalangannya bertanding sebagai calon Bebas.

Empat daripada lima DUN di bawah parlimen Rasah juga dikuasai DAP. Satu lagi DUN, Labu, dimenangi BN dalam pilihan raya tersebut.

Jika jumlah kehadiran peserta ke ceramah menjadi ukuran, DAP nampaknya lebih ke hadapan.

NONE
Seramai kira-kira 10,000 orang hadir ke ceramah anjuran parti tersebut di depan pasar besar Seremban pada malam Isnin lalu.

Jumlah hadirin tersebut memenuhi memenuhi keseluruhan kawasan tapak ceramah sehingga ke kaki lima jalan dalam keadaan hujan renyai.

Loke yang merupakan pengerusi DAP negeri berkata, kehadiran berkenaan menggambarkan keyakinan bahawa Pakatan bukan sahaja mampu menguasai Seremban dan Rasah, malah turut mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.

"Ia petanda perubahan yang akan berlaku di Negeri Sembilan. Malam ini malam bersejarah kerana dalam masa 20 ke 30 tahun ini, inilah kali pertama kita adakan ceramah raksasa di depan pasar besar Seremban," katanya dalam ceramah tersebut.

NONE
Pakatan bagaimanapun tetap perlu berwaspada di dua kerusi majoriti Melayu – DUN Sikamat dan DUN Ampangan yang dimenangi PKR dengan majoriti tipis pada 2008.

Sikamat dimenangi Aminuddin Harun dengan majoriti hanya 499 undi dan Ampangan pula dimenangi Rashid Latiff dengan majoriti 165 undi.

Beberapa bilik gerakan PKR di Ampangan juga dilaporkan ditutup ekoran bantahan terhadap pencalonan pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Penyandang kerusi Sikamat Aminuddin Harun kali ini perlu berdepan dengan calon muda dan jelita dari Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah.

Bendera PAS dipatah & dirosakkan di DUN Chembong

Posted: 24 Apr 2013 04:18 AM PDT




Lokasi: tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Rembau

Menurut sukarelawan PR yang menghantar gambar-gambar ini, individu yang terbabit dengan kegiatan merosakkan dan mematahkan tiang bendera Pas tersebut telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis. 


Namun sukarelawan terbabit memaklumkan bahawa polis tidak mengambil sebarang tindakan tegas tetapi hanya memberi nasihat kepada individu itu. Malah tambahnya lagi polis mengatakan bahawa individu terbabit mengaku beliau adalah anggota PKR. Persoalannya, apakah ini satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada para pensabotaj upahan Umno-BN?

Lagi banner provokasi Umno-BN di Parlimen Rembau

Posted: 24 Apr 2013 04:06 AM PDT




Ini satu lagi banner provokasi angkara Umno-BN untuk merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat yang dapat diturunkan oleh jentera dan sukarelawan Keadilan Rembau.

Banner ini telah dipasang di persimpangan lampu isyarat Pekan Rembau. Jelas tindakan begini membuktikan Umno-BN sangat terdesak dan tidak mampu bertanding secara demokrasi dengan Pakatan Rakyat. Pihak Umno-BN mempunyai kelebihan dari segi kawalan media-media utama dan jentera melalui agensi-agensi kerajaan untuk berkempen tetapi dilihat masih gagal menjalankan kempen secara sihat.

Tindakan ini benar-benar satu provokasi kerana banner tersebut terpampang gambar Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang sengaja untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian di kalangan orang-orang Melayu khususnya.

Banner Provokasi BN mula dipsang di DUN Rantau

Posted: 24 Apr 2013 12:46 AM PDT





Laporan Polis yang telah dibuat oleh Pengarah Pilihanraya DUN Rantau terhadap banner-banner provokasi BN yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat di DUN Rantau


Nampaknya pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai didalangi oleh Umno-BN di Rantau telah mula memasang banner-banner bersifat provokasi yang jelas berniat jahat untuk merosakkan imej dan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Ini adalah antara tindakan tidak demokrasi yang telah dijalankan oleh pihak lawan yang sebelum ini bertindak ganas dengan membakar dan menurunkan bendera-bendera PKR yang terpasang di sekitar Taman Angsamas, Mambau.

Modus operandi seperti ini pernah dijalankan oleh Umno-BN ketika tempoh berkempen dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2009 lalu.

Ini satu tindakan jahat dan tidak menghormati demokrasi yang seolah-olah pihak Umno-BN mengganggap mereka adalah pemilik mutlak negara ini.

Profil ringkas calon DUN Ampangan

Posted: 23 Apr 2013 11:42 PM PDT

Selain menggalas tugas mempertahankan kemenangan di Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan untuk memacu kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dengan mewakili Keadilan di DUN Ampangan.

Dilahirkan pada 12 Jun 1947. Keluarga beliau menetap di Sekolah Melayu Ampangan (kini Sekolah Kebangsaan Ampangan) Gedong Lalang, Ampangan sejak tahun 1951 hingga 1953. Beberapa tahun selepas itu, keluarga beliau telah berpindah di rumah kuarters kerajaan di Rahang Square, Seremban.

Bapa beliau, Abbas Bin Haji Ali seorang yang sangat dikenali di Seremban kerana menjadi Guru Kanan di Sekolah King George V Seremban dari tahun 1956 hingga 1981.

Setelah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah KGV Seremban, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Merupakan graduan Pengurusan Perniagaan ITM (kini UiTM). 

Beliau memulakan karier di sebuah syarikat koporat dan menjadi usahawan berjaya di Tenaga Ehsan Sdn Bhd sejak tahun 1987. Beliau juga merupakan lembaga pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB)

Beliau dianugerahkan pingat DSSA yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 1996.

Berkecimpung dalam bidang politik dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Umno Selangor. Selepas pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Kamarul merupakan antara pelopor Parti Keadilan Nasional sejak tahun 1998. Beliau memegang beberapa jawatan tertinggi parti antaranya Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

Pada tahun 2007, beliau telah diamanahkan oleh Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim memimpin Keadilan Negeri Sembilan sehingga berjaya memperolehi kemenangan pertama kalinya di Parlimen Telok Kemang dan memacu kemenangan di empat DUN iaitu Sikamat, Ampangan, Chuah dan Port Dickson.

Profil Ringkas


LATARBELAKANG

UMUR: 66 Tahun (Lahir pada 12 Jun 1947)

Keluarga beliau menetap di Sekolah Melayu Ampangan (kini Sekolah Kebangsaan Ampangan) sejak 1951-1953 sebelum berpindah ke Rahang Square, Seremban. Bapa beliau, Abbas Hj Ali merupakan Guru Besar di sekolah tersebut.

PENDIDIKAN
·         Sekolah Rendah King George V: 1955-1959
·         Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK): 1960-1964
·         Diploma Pengurusan Perniagaan, Institut Teknologi Mara(ITM): 1965-1968

KERJAYA
·         Pegawai Pemasaran Nestle Products: 1968-1972
·         Pengarah Eksekutif Tenaga Ehsan Sdn Bhd-syarikat Pembangunan Hartanah
(1987-kini)
·         Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB): 2010-kini

POLITIK
·         Bendahari Agung, Parti Keadilan Nasional (2003-2005)
·         Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat (2005-2007)
·         Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan (2007-kini)
·         Ahli Parlimen Telok Kemang (2008-2013)


Tiada ulasan: