Selasa, 30 April 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


suara wanita akan diwakili oleh tengku maraziyah, calon n13 dun kuang sekira beliau menang

Posted: 30 Apr 2013 06:02 AM PDT


KUNDANG, 26 APR : Calon Pakatan Rakyat DUN Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman tekad mahu mewakili suara wanita jika beliau berjaya menjadi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, sebahagian besar pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan wanita, justeru adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memperjuangkan kaum itu.
"Setakat hari keenam saya berkempen di sekitar DUN Kuang, nampaknya penerimaan masyarakat setempat sangat positif kerana bagi saya calon wanita itu lebih dekat di hati pengundi.
"Saya juga banyak melawat ke kampung-kampung untuk bertemu pengundi dan amat mengejutkan mereka menyambut baik saya sebagai calon wanita di sini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar malam Kundang bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang tadi.
Tambahnya, isu anak tempatan dan calon muka baru yang sering dibangkitkan sesetengah pihak tidak akan mematahkan semangat beliau untuk memenangi hati rakyat di DUN itu.
Malah katanya, beliau yakin mampu memberi saingan sengit kepada penyandang DUN BN, Abdul Shukur Idrus.
"Saya tiada masalah dan orang yang kata saya muka baru. Itu adalah orang yang kecewa dengan pencalonan saya di sini.
"Saya telah bergiat di Parlimen Selayang sejak tahun 2000 lagi dan Kuang adalah tempat 'lepak' saya bersama ahli parti wanita. Orang kampung terima saya dengan baik," katanya lagi.
DUN Kuang menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Tengku Maraziyah (PKR) menentang calon BN yang merupakan penyandang kerusi itu, Abdul Shukur Idrus dan calon Bebas, Zahariman Abd Latip.

KEMPEN GUNA VIDEO LUCAH ADALAH SATU JENAYAH ~ MUSA HASSAN

Posted: 30 Apr 2013 05:57 AM PDT

pabila Musa Hassan mula bersuara ....
KAMPEN POLITIK GUNA VIDEO LUCAH SATU TINDAKAN JENAYAH: MUSA HASSAN.      (Oleh Sidiqin Omar)    KUALA LUMPUR 29 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
KAMPEN POLITIK GUNA VIDEO LUCAH SATU TINDAKAN JENAYAH: MUSA HASSAN.


(Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 29 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
"Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.
Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.
Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.
"Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku," tegas Musa.
Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
"Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.
"Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi," kata Musa.
Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.
"Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum," kata Musa.
19

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51286

PAK WAN @DATUK DR WAN ISMAIL WAN MAHMUD BERKEMPEN DI BANDAR TASIK PUTERI UTK DUN KUANG

Posted: 30 Apr 2013 05:29 AM PDT

Calon N13 Dun Kuang Tg Maraziah Tg Sulaiman, Calon P97 Parlimen Selayang ~ William Leong bersama Pak Wan@ Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud, ayahanda kpd Datuk Presiden PKR di Ceramah INI KALILAH semalam di Bilik Gerakan Utama Bdr Tasik Puteri ~ turut sama Sdr Othman Hitam dan Puan Khatijah Daud.

Tiada ulasan: