Sabtu, 20 April 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


DATIK PADUKA DR TAN YEE KEW CALON TERBAIK PKR UNTUK PARLIMEN TG MALIM

Posted: 20 Apr 2013 01:00 AM PDT

CALON PKR DUN BEHRANG ~ BRID GEN DATUK ABDUL HADI KHATAP AKAN MENGHADAPI 4 PENJURU

TIAN CHUA TIDAK GENTAR HADAPI 5 PENJURU

Posted: 20 Apr 2013 12:56 AM PDT

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 bagi P115 Batu menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah 56 tahun Malaysia menghadapi pertandingan lima penjuru antara KEADILAN, BN, Berjasa dan dua calon Bebas.
Penyandang kerusi Batu yang juga Naib Presiden KEADILAN Tian Chua bagaimanapun tidak gentar menghadapi persaingan sengit tersebut.

LEE KEE HIONG, CALON KUALA KUBU BHARU INIKALILAH !!!!

Posted: 19 Apr 2013 07:25 PM PDT


TAKTIK HALANG DAP GUNA LOGO SENDIRI AKAN MAKAN DIRI BEEND ~ ANWAR

Posted: 19 Apr 2013 05:18 PM PDT

Taktik halang DAP guna logo sendiri makan diri - Anwar

Aedi Asri

Taktik Umno BN yang memperalat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan menghalang DAP dari menggunakan simbol parti sendiri pada PRU 13, memakan diri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka ingat kejutan ini akan menggemparkan kerana DAP dikait sebagai parti Cina, yang anti Melayu dan Islam.

"Kalau tujuan untuk takutkan rakyat, (ia gagal). Mereka ingat kalau DAP tak pakai (lambang) roket, akan ada masalah, orang tak boleh terima. Tak kerja bodoh ke ini?" katanya.

Berucap di Madrasah An-Nahdhoh, Permatang Pauh malam tadi, Anwar berkata, keputusan ROS sebaliknya melonjakkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

"Mereka (Umno BN) ingat rakyat belum bersedia, fikir orang Melayu susah hendak pangkah DAP. Tapi, saya yakin ia membantu kita, malah untungkan Pakatan kerana lonjakkan sokongan.

"Pimpinan Umno BN bila hilang keyakinan, mereka ambil keputusan kurang bijak dan gopoh. Keputusan ini memakan diri," katanya.

Semalam, DAP memutuskan akan menggunakan logo PAS bagi Semenanjung Malaysia dan KEADILAN bagi Sabah dan Sarawak yang dipersetujui tertinggi pimpinan Pakatan.

Ketetapan itu diambil selepas parti itu menerima surat ROS berhubung penggantungan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya.

Seperti SPR, SPRM, polis dan institusi kehakiman, ROS juga dianggap antara jentera Umno BN untuk mengekal kuasa melalui 'keputusan teknikal'.

Tiada ulasan: