Khamis, 18 April 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


CALON PAS PAKATAN HARAPAN RAKYAT DUN HULU BERNAM ~ HAJI IDRIS AHMAD

Posted: 17 Apr 2013 11:52 PM PDT



UNDILAH CALON PAS PAKATAN HARAPAN RAKYAT DUN HULU BERNAM ~ BUAT PERUBAHAN UNTUK MASA DEPAN GENERASI KITA!!!!!!!!!!!!!!!!

PROFIL CALON PAS N05 DUN HULU BERNAM

by Pru Dun Hulu Bernam (Notes) on Monday, April 15, 2013 at 11:48pm
HJ MUHAMAD IDRIS BIN AHMAD

TARIKH LAHIR : 10HB APRIL 1961
ALAMAT : NO. 11A, JALAN KERUING 4A, TAMAN KERUING, RASA, HULU SELANGOR 

ISTERI : HAJJAH ROZLINAH BINTI HASHIM


CAHAYA MATA

AADAM BIN MUHAMAD IDRIS(22 tahun)
NUUH BIN MUHAMAD IDRIS (20 tahun) IBROHIM BIN MUHAMAD IDRIS (19 tahun) IISA BIN MUHAMAD IDRIS (17 tahun) MUUSA BIN MUHAMAD IDRIS (15 tahun) DAAWUD BIN MUHAMAD IDRIS (13 tahun) SULAIMAAN BIN MUHAMAD IDRIS (12 tahun) MARYAM THOHIRAH BINTI MUHAMAD IDRIS (10 tahun)


PENDIDIKAN
1972 SEK REN BANDAR HILIR MELAKA (PENILAIAN DAJAH 6)
1976 SEK MEN AMINUDDIN BAKI JB JOHOR(SRP)
1978 SEK TINGGI MUAR JOHOR(SPM)
1980 PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA
1984 INSTITUT TEKNOLOGI MARA DPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

KERJAYA
'86-'89 LANKHORST PANCABUMI CONTRACTORS SDN BHD (Site Supervisor) '90-'92 SHIMIZU CORPORATION SDN BHD (Site Supervisor) 92-'02 PERCON CORPORATION SDN BHD (Auditor-Technical) '02-'11 SUNWAY CONSTRUCTION SDN BHD (Senior Supervisor) '11- kini ALLIANCE PRECAST INDUSTRIES SDN BHD  (QA QC Executive)

POLITIK
1990 SETIAUSAHA PAS CAW SEKSYEN 11, KAW SHAH ALAM

2002-2005 SETIAUSAHA PAS CAW RASA, KAW HULU SELANGOR

2005-2007 KETUA IT PAS KAW HULU SELANGOR

2007-2009 SETIAUSAHA PAS KAW HULU SELANGOR
2009-2011 NYDP PAS KAW HULU SELANGOR
2011- KINI YDP PAS KAW HULU SELANGOR


KHIDMAT KEMASYARAKATAN
2002 TYDP PIBG SEK REN KEBANGSAAN RASA
2002 SETIAUSAHA SURAU TAMAN KERUING RASA
2011-KINI AJK MASJID ALKHOLIDIAH RASA
2012-KINI KETUA BIRO KESELAMATAN TAMAN KERUING RASA

YB AZAN ISMAIL BAKAL MB BARU TERENGGANU

Posted: 17 Apr 2013 11:46 PM PDT

KEADILAN akan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.
Kawasan terlibat adalah DUN Bandar (N14), Bukit Besi (N25), Telemung (N21), Seberang Takir (N11), Permaisuri dan Kota Putera (N02).
Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail diletakkan sebagai calon DUN Bandar.
Azan Ismail
Azan Ismail
Penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota itu akan bertemu calon tunggal MCA, Datuk Toh Chin Yaw di negeri itu.
Manakala Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Dungun yang juga kontraktor, Mohd Shamsul Mat Amin, 28, akan bertanding di DUN Bukit Besi.
Bagi DUN Permaisuri, Wan Mokhtar Wan Ibrahim dipilih.
Untuk DUN Telemung pula diwakili Narawi Embung.
Keempat-empat ini diumumkan Wan Azizah di Kuala Terengganu petang semalam.
Sementara itu, untuk DUN Seberang Takir dan Kota Putera, masing-masing diwakili Mohd Nazri Abdullah dan Drs Mohd Abdul Ghani Ibrahim.
Kedua-dua calon ini disahkan Azan kepada Keadilan Daily.
Mengulas pengumuman itu, Azan ketika dihubungi menyifatkan pertukaran kerusi dan penampilan muka baru antara strategi Pakatan Rakyat untuk menawan Terengganu dalam pilihan raya kali ini.
"Saya menyokong penuh pengumuman itu, tiada sebab untuk kecewa atau merajuk. Semua ini untuk kebaikan parti.
"Saya pasti kita akan menang di semua kerusi yang akan ditandingi KEADILAN berdasarkan momentum rakyat yang mahukan perubahan," kata Azan.
Tambahnya, gerak kerja semua DUN kini berjalan lancar dan hanya menunggu hari pengundian.
"Kita bukan lagi gerak kerja, tapi gerak kilat. Setakat ini kita hanya menunggu hari penamaan calon dan sebelum itu kita akan adakan perjumpaan.
"Selesai penamaan, kita terus berkempen tanpa henti," katanya.
Dalam program berasingan di Pahang malam tadi, Wan Azizah turut mengesahkan DUN Teruntum (N14) milik KEADILAN. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50600

Tiada ulasan: