Isnin, 29 April 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke PERAK

Posted: 29 Apr 2013 11:44 AM PDT

2 Mei 2013 (Khamis)

1) 3.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: BGU Bagan Datuk, Bangunan PKNP

Simpang Empat, Hutan Melintang

2) 5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: BGU DN Sungai Manik, Pekan Langkap

3) 6.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: BGU KeADILan Kampar, Malim Nawar

4) 8.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: BGU KeADILan Tapah, Jalan Pahang, Tapah

5) 9.30 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Pasar Awam Pekan Sungkai, Tanjung Malim

6) 11.00 mlm – Ceranah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor

[PRESS STATEMENT] Ensure Political Violence Does Not Escalate

Posted: 29 Apr 2013 03:49 AM PDT

W are here today over our shared concern about the escalating violence over the past few weeks. These bombs, Molotov cocktail, arson, wielding of parangs and metal rods are unprecedented in Malaysian election campaigns.

 

We are alarmed that the Minister of Home Affairs stated publicly that these happenings would worsen more than a month ago, in what we consider an endorsement of political violence, and that these incidents have indeed occurred. However, we applaud the Police force, especially the Penang Police force for taking swift action to pre-empt any further violence and setting up a task force to investigate the incidents.

 

Because of these incidents, I met up with Tan Sri Musa Hassan and briefed him about Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR), or the Pakatan Rakyat Security Advisory Council. I am pleased to announce today that he has agreed to be our Council Advisor. As people who have spent a great part of our lives protecting and serving Malaysians to ensure peace and safety in our country of ours, we wish to categorically state that political violence has no place in our democratic process.

 

Elections must not only be free and fair; they must also be conducted peacefully and orderly. MPKPR was set up to: First, to assist and support this process; Second, to advise on relevant national security matters; Finally and most importantly, Insyallah, to resolve any arising conflicts to ensure that the transition of power is smooth, peaceful and orderly, thereby guaranteeing and promoting democratic practice.

 

We also discussed the efforts of Pakatan Rakyat to improve the armed and police forces of Malaysia, which include a RM500 million allocation to the Military Veterans' Small Entrepreneur Fund, increased funding to the Armed Forces Fund Board (AFFB) and a Soldiers' Dividend to remunerate non-pensionable veterans.

 

For the police, Pakatan Rakyat aims to increase police salaries by 15% in stages, increase personnel at the Crime Investigation Department (CID) and allocate additional funds to strengthen police force capabilities. Remuneration must be equitable and fair, recognising performance and length of service.

 

We hereby call for urgent and immediate measures by the agencies concerned to closely monitor the situation. It is their responsibility to ensure that political violence does not escalate both before and after the elections on 5 May 2013.

 

29 April 2013

 

General Tan Sri Md Hashim Hussein

Former Chief of Army, Malaysia

Chairman, Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat

 

Tan Sri Musa Hassan

Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch)

Former Inspector General of Police, Malaysia

Advisor, Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat

[KENYATAAN MEDIA] UMNO dan BN Harus Hentikan Segera Main Isu Perkauman dan Agama

Posted: 29 Apr 2013 03:39 AM PDT

Pilihanraya Umum ke 13 ini bakal menjadi satu detik yang sangat bersejarah. Pakatan Rakyat menjadikan perubahan sebagai teras pendekatan kami. Namun, kita sedar pendekatan Barisan Nasional (BN) adalah untuk menjadikan pilihanraya ini sebagai isu perkauman dan agama.

Pakatan Rakyat ingin menegaskan supaya UMNO dan BN jangan menakut-nakutkan pengundi dengan menggunakan isu bangsa dan agama untuk menimbulkan kecurigaan dan melaga-lagakan rakyat. Terutama, mempermainkan dan mengapi-apikan sentimen orang-orang Melayu sebagai kuda tunggangannya dalam meraih undi dan sering memaparkan Pakatan Rakyat sebagai musuh Islam dan bangsa Melayu.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat memberi komitmen sepenuhnya mendokong perlembagaan Malaysia. Kami berikrar dan beriltizam akan memelihara status Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan orang asal Sabah dan Sarawak, dan serta kedudukan institusi Raja-raja Melayu. Ini tidak pernah dipersoalkan dan tidak dipertikaikan oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Oleh sebab Dato' Seri Najib Razak tidak berani tampil ke depan untuk debat dengan saya mengenai Manifesto Pilihanraya Umum ke-13, maka kami ingin mencabar Barisan Nasional, khususnya UMNO, untuk menjawab beberapa persoalan mengenai nasib orang Melayu:

Pertama, kenapakah di sepanjang pemerintahan BN jumlah tanah rezab Melayu yang berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 telah menguncup kepada 1.7 juta hektar. Ke manakah pergi 1.3 juta hektar dan siapakah yang mendapat faedah dari penjualan tanah rezab Melayu? Bukankah BN yang cuba menjual tanah rezab Melayu Kampung Baru?

Kedua, kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP telah mengekalkan kuota Bumiputera untuk kontraktor kelas F. Nilai kontrak yang diperolehi kontaktor Bumiputera telah meningkatkan dua kali ganda. Peruntukan untuk hal-ehwal Islam di Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 2.5 kali ganda berbanding dengan ketika BN menguasai Pulau Pinang. Adakah ini dasar yang anti-Melayu dan anti-Islam? Prestasi Melayu di bawah kerajaan DAP lebih baik dari ketika Gerakan menguasai kerajaan Pulau Pinang. Di manakah suara UMNO ketika itu?

Ketiga, Dato' Seri Najib sendiri dalam kenyataannya di Parlimen mengakui bahawa daripada saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bernilai RM56 bilion yang telah diberi kepada Bumiputera, sebanyak RM52 bilion telah dijual kepada bangsa lain. Setahu kami, saham RM56 bilion tidak sampai kepada guru-guru sekolah, para nelayan dan penarik beca, kerani-kerani dan konstable polis. Berapa ramaikah menteri dan ketua-ketua bahagian UMNO yang telah menjadi jutawan melalui skim ini?

Keempat, kenapakah selepas 56 tahun Merdeka, orang Melayu masih merupakan bangsa yang termiskin? Jika benar, perjuangan UMNO ialah untuk membela orang Melayu, kenapa ramai pemimpin UMNO semakin kaya dan jurang di antara golongan miskin dan kaya semakin luas, terutama di kalangan orang Melayu? UMNO sedikit pun tidak memberi sumbangan kepada negara mahu pun meningkatkan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu yang termiskin. Namun, UMNO cuba menagih budi dengan meningatkan orang Melayu supaya bersyukur kepada UMNO, tetapi kebetulannya merendahkan maruah Melayu dengan serdak yang mereka perolehi.

Kami, selaku pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat, berikrar akan membebaskan rakyat dari belengu rasuah dengan langkah-langkah berikut:

  1. Mereformasikan urustadbir perkhidmatan awam supaya ia tidak menjadi instrumen eksploitasi kepimpinan politik. Ini akan dilakukan melalui proses yang telus, melalui pemisahan pembuatan dasar dari pelaksanaan supaya tidak wujud campur tangan politik dalam pelaksanaan dasar.
  2. Menjamin autonomi dan keberkecualian badan kehakiman, Pejabat Peguam Negara, PDRM dan SPRM supaya kesemuanya dapat bertindak tanpa pilih kasih atau perasaan takut. Kesemua badan ini perlu bertindak profesional dan tidak menjadi alat politik pemerintah.
  3. Menubuhkan sebuah Suruhanjaya untuk menyemak semula amalan kontrak runding terus yang berat sebelah dan amalan monopoli di ekonomi Malaysia yang membawa beban kepada rakyat.

Usaha membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu dan lain-lain komuniti yang terpinggir akan dipergiatkan lagi dengan program-program yang disasarkan untuk membina daya saing dan daya dikari seperti program mikrokredit. Dasar ekonomi yang berkesan dan berjaya ialah dasar yang dapat mengurangkan pergantungan kepada subsidi dan pemberian kebajikan. Dasar sebegini tidak akan merugikan masyarakat Melayu.

Orang Melayu yang miskin dan terpinggir tidak perlu bimbang akan perubahan yang kami bawa. Masa depan mereka lebih terjamin di bawah Pakatan Rakyat. Hanya orang Melayu yang menyalahguna kuasa dan terlibat dalam rasuah harus cemas dengan perubahan yang kami anjurkan.

 

ANWAR IBRAHIM

29 APRIL 2013

[VIDEO] Anwar:42 undi pos tentera didaftar di bawah kod bangsa luar negara

Posted: 29 Apr 2013 12:23 AM PDT

Mazlan Ismail tak tahu al-Quran buktikan Ahli Kitab yang kafir pun pakai kalimah Allah!

Posted: 29 Apr 2013 12:18 AM PDT

Faqarblogspot.com

DATUK Dr Mazlan Ismail yang bertanding atas tiket Umno di Permatang Pauh berjanji nak pertahan kalimah Allah dengan meminta orang Islam di parlimen itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena PRU13 ini.

Itu maklum balas semasa sesi ceramah kelompok di Kampung Belah Dua semalam.

‘DAP Melayu’ Khairul Ishak pun ada dalam ceramah itu.

Semasa berdialog, saya tanya, “Apa yang bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang (Mazlan) itu nak pertahankan?”

Orang kampung kata Mazlan paksa semua kami percaya Islam haramkan bukan Islam guna kalimah Allah.

Saya kata, “Mazlan sama celaru dengan Nasharuddin Mat Isa yang puak-puak Yusni Mat Piah puja atas nama ulama dulu-dulu.”

Saya tidak mahu mengulas apa yang telahpun disebut oleh Anwar sebelum ini.

“Kalimah Allah ini digunakan sejak Nabi Muhammad belum dibangkitkan sebagai Rasul lagi. Ayah Rasulullah namanya Abdullah yang bermaksud ‘Hamba Allah’,” jelas Anwar.

Kalau kita belek (baca: tadabbur) al-Quran, di dalamnya ada disebut mengenai kalimah Allah disebut oleh Islam dan bukan Islam dalam rumah ibadat masing-masing.

"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah." (Surah Al-Hajj : 40)
Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi.

Ia sekaligus satu pengi'tirafan daripada Allah, atas keizinan bagi bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah…" (Sahih Muslim)
Dalam bahasa arab, kalimah 'assa'ah' yang diterjemah sebagai 'kiamat'. Ia juga boleh diterjemah sebagai 'kebinasaan'. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

Maksudnya;

"apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan"

Ditanya, "bagaimana amanah dikhianati?"

"apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan" Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat
Dalam bahasa arab, kalimah 'assa'ah' yang diterjemah sebagai 'kiamat'. Ia juga boleh diterjemah sebagai 'kebinasaan'. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

Maksudnya;"apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan"

Ditanya, "bagaimana amanah dikhianati?"

"apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan" Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat.”

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi.

Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah.

Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi.

Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah.

Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

Speed up political violence probe, Anwar tells cops

Posted: 28 Apr 2013 11:24 PM PDT

Malaysiakini

Opposition leader Anwar Ibrahim has urged the police to professionally resolve all investigations into recent cases of political violence as soon as possible.

"Police must act speedily to find those who are really responsible and inform the people," Anwar told reporters in Petaling Jaya today.

This, he said, is to counter BN propaganda attacks in the mainstream media accusing Pakatan supporters as being behind all the violence.

"This is a matter which must be handled professionally by police,@ he added.

Umcedel Pertahan Hasil Kajian Anwar Lebih Layak Jadi PM

Posted: 28 Apr 2013 09:47 PM PDT

Harakah

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mempertahankan keabsahan hasil kajian mereka yang terbaru berkaitan pilihan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ianya ekoran ada pihak yang mempertikai hasil kajian tersebut khususnya dari kalangan penganalisis politik dan termasuk juga dari pimpimpin Umno BN.

Dalam satu kenyataan semalam, pihaknya berkata kajian akademik tersebut dibuat dengan mematuhi standard dan tidak bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik,” kenyataan mereka dipetik.

Pada 25 April lalu, Umcedel telah mengadakan sidang akhbar mendedahkan hasil kajian terbaru mereka berhubung pilihan pengundi menjelang PRU13.

Kajian terhadap 1,407 responden pelbagai kaum yang merupakan pengundi berdaftar itu dijalankan pada 3 April hingga 20 April lalu.

Antara lain kajian itu mendapati, 43 peratus responden berpendapat Anwar lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Najib 39 peratus.

Selain itu, kajian tersebut juga mendapati rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

“Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali,” kata Umcedel lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas kajian itu semalam bagaimanapun menyifatkanya sebagai karut.

Najib berkata beliau tidak setuju dengan kajian tersebut yang menunjukkan beliau berada empat mata di belakang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Berikut adalah kenyataan penuh Umcedel:

NOTA ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013 (semalam).

Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.

Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:

1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen sama ada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi.

Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit, namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.

2. Pemilihan responden seramai 1,407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan.

Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup.

Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama. Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.

3. Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa, sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya.

Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.

4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata.

5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Mahathir, Who Give You The Right To Question Citizenship Of Our Rakyat?

Posted: 28 Apr 2013 09:01 PM PDT

Tiada ulasan: