Anwar Ibrahim |
- Rakyat Disaran Pilih Kepimpinan Untuk Tubuh Kerajaan Yang Adil
- [VIDEO] Anwar Ibrahim Interview On CNBC : We Are For Market Reform, But We Are Not For Corruption
- [VIDEO] Anwar Ibrahim: Bukan Pimpinan Baru, Bukan Parti Politik Baru, Tetapi Kebangkitan Rakyat Malaysia
- [VIDEO] Anwar Ibrahim: Di Bawah Najib, Nothing Will Change
- A Malaysian Story
- Pemilihan Calon Parti Keadilan Rakyat Selangor: Pilihan Terbaik,100,000 Anak Muda Keadilan Sedia Turun Bertempur
Rakyat Disaran Pilih Kepimpinan Untuk Tubuh Kerajaan Yang Adil Posted: 15 Apr 2013 12:34 PM PDT RESOLUSI (14 April 2013) RAKYAT DISARAN PILIH KEPIMPINAN UNTUK TUBUH KERAJAAN YANG ADIL Wacana Kepimpinan Islam & Isu Semasa Menjelang PRU 13 yang diadakan pada 14 April 2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya Selangor yang disertai oleh pimpinan Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama' Asia (SHURA) telah mengambil ketetapatan seperti berikut: 1. Tanggungjawab Mengundi dan Amalan Demokrasi. Kami berpendirian bahawa tanggungjawab mengundi adalah proses umat mengguna ruang demokrasi yang diamalkan sekarang dan ia perlu ditunaikan untuk memastikan kepentinganumat khususnya dan rakyat amnya. Amalan pilihanraya perlu dimanfaatkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab. Kami menyanggah pendapat bahawa penglibatan umat Islam dalam proses demokrasi pilihanraya adalah bertentangan dengan Islam. Para Ulama kontemporari dari Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (??????? ?????? ?????? ????????) yang dipimpin oleh Al-Allaamah Sheikh Yusuf al-Qaradhawi memutuskan bahawa umat Islam hendaklah memanfaatkan amalan demokrasiyang sebahagian besar ciri-cirinya adalah sesuai dengan Islam. Asas-asas demokrasi sepertimemelihara hak-hak perbedaan pendapat dan bersuara, menjaga hak-hak asasi rakyat danhak menubuhkan parti-parti politik sehingga terlaksananya proses pilihanraya umum. Ciri-ciri ini di lihat sebagai hampir dengan konsep Syura yang mengutamakan al-Haq dan penerimaan oleh Jumhur sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Hubungan antara al-Haq dan penerimaan Jumhur adalah sangat sinonim di dalam Islam. Rasulullah (s.a.w.) bersabda di dalam Hadithnya yang masyhor; "Tidak mungkin umatku akan bersatu di atas kebatilan" Sedikit sebanyak kecacatan sistem demokrasi yang wujud hendaklah diperbaikki dan disesuaikan dengan tuntutan Islam terutamanya mengutamakan al-Haq agar semua operasipilihanraya bebas dari penipuan dan penyelewengan yang kesemuanya itu melambangan kebatilan. 2. Memerangi Politik Kotor Kini kempen PRU 13 menunjukkan pihak yang bernafsu untuk mempertahankan kuasa pentadbiran pusat dengan apa cara sekalipun telah mededahkan politik negara berhadapan dengan bahaya kacau-bilau yang sangat besar. Gejala budaya politik yang sangat jijik seperti politik fitnah, politik lucah, politik wang dan politik samseng sedang ditaja untuk berhadapan dengan kesedaran rakyat untuk merubah kerajaan yang sedia ada. Gejala menyerang peribadi lawan dalam kempen politik dengan fitnah seks bertujuan mengaibdan menjatuhkan maruah individu yang disasar semakin menjadi-jadi. Ini menunjukkan bahawa saranan Presiden pimpinan parti pemerintah dalam satu perhimpunan tahunan bahawa “kita akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir” sedang giat direncana dan dilaksanakan. Rakyat harus mengistiharkan perang ke atas politik seperti ini yang akan menghina maruah dan integriti politik negara dimata dunia. Kami mengesa semua pihak yang melaksanakan kempen ketika PRU 13 ini tidak terjebak dengan politik kotor sekaligus tidak membenarkan sebarang pihak menjadikan pilihanraya ini sebagai pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Usaha maksima untuk menjernihkan politik negara ini perlu dilancarkan oleh semua pihak. 3. Tanggungjawab Media yang Beretika. Media massa yang turut memainkan peranan menyebar dan mengembangkan fitnah dan berkonspirasi menyerang peribadi musuh politik suatu dosa besar dan adalah sangat terkutuk serta perlu dihentikan sertamerta. Media samada bersifat media cetak, elektronik atau internet yang bertindak jahat melaga-laga, megadu-domba dan memburuk-burukan peribadi individu yang menjadi lawan politik dengan fitnah seks adalah media yang haram disisi Islam dan perlu diambil tindakan tegas.Berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam ayat 6, Surah al-Hujurat yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Sementara kebebasan media dan hak media adalah suatu keperluan dalam amalan demokrasi yang sihat, akan tetapi media perlu mengamalkan etika kewartawanan dan jurnalisme yang beradab, beretika dan professional. Kewartawanan dan jurnalisme media murahan yang mengotorkan pilihanraya dengan bahan fitnah, putar belit, provokasi, manipulasi berita adalah terkutuk dan hendaklah dibentaras sehingga ke akar umbinya. Tindakan secara undang-undang dan boikot awam hendaklah dilancarkan terhadap media berkenaan. Peribadi pemilik dan mereka yang bersekongkol dengan media tersebut perlu didedahkan sehingga rakyat tahu siapa mereka. Kami mengingatkan kepada pihak yang menjadi dalang dan penaja kepada fitnah melalui media akan pasti berhadapan dengan pertanggungjawaban mutlaq dari Allah S.W.T akhirnya.Firman Allah S.W.T. dalam ayat 11, Surah al-Hujurat bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." 4. Hak Rakyat Mengubah Kerajaan Kami menyarankan rakyat perlu melakukan perubahan politik yang berani demi memastikan arah tuju negara mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab dan negara yang bermaruah dapat direalisasikan. Rakyat tidak boleh diugut dengan kacau-bilau jika mereka memilih Pakatan Rakyat sebagaialternative, jika jelas gabungan itu mampu menampilkan calon yang benar-benar berwibawa, beriltizam dan jujur memperjuangkan nasib rakyat serta memelihara maruah negara. Politik sebagai suatu amanah untuk memelihara agama dan menguruskan hal ehwal dunia berdasarkan agama hendaklah menjadi panduan ketika pengundi dan melaksanakan tanggungjawab memilih calon yang layak. PRU 13 ini adalah genting untuk membawa perubahan besar-besaran kepada masa depan negara kerana kepincangan selama lebih 55 tahun merdeka semakin mengakar dan kekal dalam gaya pemerintahan yang sedia ada. Kepimpinan yang mengkhianati amanah rakyat sehingga ini perlu ditukar melalui peti undi dalam PRU 13 ini adalah saatnya yang paling baik. 5. SPR dan Semua Agensi Bertanggungjawab Menjamin Pilihanraya yang Bersih danAdil. Kami berpendirian SPR memikul amanah besar untuk menjamin PRU 13 berjalan dengan bersih dan adil. Respon SPR tidak mengakui ada kepincangan dalam daftar mengundi,wujudnya Akta Pilihanraya yang tidak demokratik dan menyekat pihak parti politik untuk mencabar kesahihan daftar pengundi akan menghakiskan intergriti pilhanraya itu sendiri. Agensi awam yang lain seperti agensi keselamatan dan memastikan ia tidak diperalatkan untuk kempen politik hendaklah dipelihara secara professional. Tindakan terhadap amalan politik kotor berdasarkan undang-undang hendaklah dikuatkasakan dengan adil dan telus. Etika pilihanraya yang umumnya sesuai dan secocok dengan Islam untuk menutup pintu penipuan dan manipulasi dalam pilihanraya. Firman dalam ayat 8, Surah al-Maidah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." 6. Memilih Calon yang Layak Wacana pada hari ini menyarankan semua pengundi dalam PRU 13 ini menunaikan kewajipan memilih calon dari parti yang akan menubuhkan kerajaan yang adil dan mengamalkan urustadbir yang baik, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Tanggungjawab mengundi hendaklah dilaksanakan dengan penuh keinsafan bahawa setiap undi yang diberi akan dipersoalkan oleh Allah SW.T. Memilih calon yang akan meneruskan kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara akan membawa negara kepada kehancuran. Bersikap berkecuali untuk tidak mengundi atau dengan sengaja merosakkan undi juga akan mencelakakan negara. Perbuatan ini akhirnya akan memenangkan calon yang tidak layak memimpin dan akan mengakibatkan kuasa berada ditangan mereka yang akan mengkhianati amanah rakyat. Kami menyarankan kriteria Islam diguna sebagai asas dalam memilih calon yang layak menduduki dewan perwakilan rakyat di negeri mahupun parlimen. Antara Kriterianya adalah seperti berikut; • Dalam kontek Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen pemilihan pemimpin ia lebih merujuk kepada kepimpinan secara kolektif. Ia bermaksud memilih kumpulan atau gabungan parti-parti politik yang lebih beriltizam dengan prinsip-prinsip al-Haq (kebenaran), keadilan dan ketelusan terhadap Tuhan dan rakyat. Dr Mohd Fauzi Zakaria Us. Hj. Abdul Ghani Samsudin Tuan Hj. Mohd Azmi Abd Hamid |
[VIDEO] Anwar Ibrahim Interview On CNBC : We Are For Market Reform, But We Are Not For Corruption Posted: 14 Apr 2013 10:56 PM PDT |
Posted: 14 Apr 2013 10:53 PM PDT |
[VIDEO] Anwar Ibrahim: Di Bawah Najib, Nothing Will Change Posted: 14 Apr 2013 10:49 PM PDT |
Posted: 14 Apr 2013 10:27 PM PDT FT Magazine An audience with Anwar Ibrahim, Malaysia's opposition leader, who spent six years in solitary confinement, where he read the Bible, Lao Tse and all of Shakespeare It's an incongruous sound coming from Malaysia's skinny opposition leader, with his professorial spectacles and greying goatee. Then Anwar returns to his coffee with honey ("very odd combination", he concedes) and explains that he and his children used to sing the song together when they visited him in jail. "The guards would all be in tears hearing us," he chuckles. Anwar spent six years in solitary confinement, accused of sodomy and corruption (which he denied). He was released in 2004, and in elections on May 5 might become prime minister. His multi-ethnic opposition coalition has a genuine chance of toppling the Barisan Nasional coalition, which in different guises has ruled Malaysia since independence in 1957. Anwar considers Malaysia a "sham democracy" that favours a coterie of ethnic Malays. He promises to bring multi-ethnic democracy. If he succeeds, Malaysia will make a journey that resembles his own: from ethnic Malay supremacist to arrogant Malay ruler to chastened multi-ethnic leader. So much in his story echoes Malaysia's story. Anwar, who is in town to give a speech, has come to the Bristol alone this morning, without bodyguards, albeit warily. In Malaysia he worries about being bugged or murdered. Abroad he feels freer. But even here he is cautious: "All this opposition to the Shah, to Putin, were killed in London." Drinking his odd concoction he recounts his life story. He was born in 1947 into an ordinary Malay family. He called his Chinese and Indian neighbours "uncle" and "auntie". But later he ran an Islamic students' association, and in 1982 jumped to the United Malays National Organisation (Umno) – the ruling party that he now opposes. The clever young man soared within Umno. In 1991 prime minister Mahathir Mohamad made him finance minister. However, Anwar and Mahathir later fell out. Anwar says he came to oppose affirmative action as a get-rich scheme for children of the ruling elite. And when he appeared on Time magazine's cover in 1997, he says Mahathir was "very annoyed". But Anwar admits he hadn't anticipated Mahathir jailing him. "Nobody knew Mahathir as well as I did. Even his children were not as close to him." Suddenly Anwar was in a cell, with "all the time in the world". "For six months Mahathir didn't give me anything. No paper. So I sang, of course. My generation was Ricky Nelson, Paul Anka, The Beatles, Johnny Mathis. I also sing Malay songs, Hindi songs. Can you imagine how many hundreds of songs I memorised? It's crazy." Later he was allowed books. Anwar's habit of quoting classic authors in speeches isn't simply an affectation. In jail he read them all: the Bible, Hindi epics, Lao Tse, Shakespeare. All of Shakespeare? "Four and a half times, copious notes," he chuckles. He has even addressed an academic Shakespeare conference in Australia. He identified with King Lear, ousted from power, though after Anwar's release Nelson Mandela teased him: "Why King Lear? Julius Caesar!" His newfound multiculturalism hasn't kept him from a favourite pastime of Malaysian politicians: Jew-baiting. Umno has long enjoyed pointing out Anwar's friendships with American Jewish politicians. "They printed my picture with Paul Wolfowitz and sent it to every village," he grumbles. So in 2010 Anwar enjoyed pointing out that Umno's "1Malaysia" campaign curiously resembled an Israeli "One Israel" campaign. He said the same PR agency concocted both. Wasn't this anti-Semitic? Anwar protests: "I had to face the domestic audience that portrayed me as a Jewish agent." But, he adds, sadly: "Frankly, I've not been able to recover fully, because some of the Jewish establishment in the States went very severe." Still, by Malaysian standards Anwar is multicultural. His other plank is Umno's corruption. Perhaps because he fell, his own family remains comparatively austere. When I met his chatty veiled daughter in Paris, and instructed her on local taxis, she asked me about metro tickets. "Budget!" was how she summed up her travel strategies. In the 2008 election, Anwar's coalition got 47 per cent of the vote. Now, despite government control of most media, he could feasibly win. Then he might finally get the job that Mahathir denied him – but now possibly as a humbler man |
Posted: 14 Apr 2013 10:18 PM PDT Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini ingin menyatakan sokongan terbuka kepada semua calon Parti Keadilan Rakyat untuk Dun dan Parlimen Negeri Selangor seperti yang diumumkan secara langsung oleh Ketua Umum, Dato Seri Anwar Ibrahim semalam, dihadapan lebih 10,000 rakyat yang hadir menyaksikan majlis penuh bersejarah itu. Disebalik beberapa desas-desus nakal yang dimainkan bahawa AMK Selangor begitu kecewa dan berdukacita, kerana tidak ada wakil sayap ini secara rasminya didalam senarai calon namun saya segera mahu menepis dakwaan tersebut dengan menyatakan ahli-ahli AMK Selangor menerima keputusan pemilihan calon itu dengan penuh rendah diri, dan berazam untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera anak muda di seluruh negeri Selangor ini. Soal berkecil hati dan merajuk tidak pernah wujud dalam perjuangan anak muda, AMK Selangor menyedari begitu ramai calon berwibawa yang perlu diketengahkan disebalik kerusi yang terhad. AMK Selangor begitu memahami dan berterima kasih dengan keteguhan dan tolak ansur yang dimainkan oleh Pengerusi MPN Selangor, YB Tuan Mohamed Azmin Ali dalam proses menyenarai pendek calon yang berkelayakkan. Pastinya, inilah pilihan terbaik dan paling seimbang yang mampu diputuskan oleh beliau dan ahli akar umbi haruslah berdiri teguh menyokong keputusan penuh sukar ini yang pastinya meletakkan kepentingan rakyat sebagai paling utama. Walaupun mungkin ada yang terkilan kerana tidak terpilih namun kami positif perasaan terkilan tersebut lahir kerana mereka ini begitu bersemangat untuk menjadi wakil membela rakyat dan juga simbol hadapan dalam menghadapi karenah Umno Barisan Nasional di negeri Selangor ini. Keadaan tersebut adalah normal dan AMK Selangor yakin mereka akan segera bangun untuk memberikan tenaga dan masa bagi memastikan semua calon pilihan parti menerima sokongan dan bantuan jentera yang cukup baik.Mereka ini telah bekerja dengan begitu keras sejak 2008 dan wajarlah sokongan dan kerjasama erat itu diteruskan lagi. Beberapa kerusi panas seperti N46 Pelabuhan Klang yang mempertaruhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon baru adalah sebagai menebus kesilapan yang dilakukan oleh calon Keadilan yang lalu, dan pengundi Pelabuhan Klang pastinya mahu membalas permainan kotor Umno yang mengkhianati pilihan pengundi pada 2008 yang lalu. AMK Selangor menyeru pengundi-pengundi untuk memberikan sokongan padu terhadap Tan Sri Khalid, yang sanggup meninggalkan kerusi selesa di Ijok semata-mata untuk membalas budi pengundi di Pelabuhan Klang. YB Tuan Mohamed Azmin Ali telah melafazkan ikrar untuk menjadi panglima mempertahankan Selangor dan kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, oleh itu AMK Selangor menitipkan semangat , kudrat, keringat, air mata dan doa untuk membantu Pengerusi MPN Selangor mengajar Umno Barisan Nasional apakah ertinya demokrasi, menghormati perlembagaan yang dijunjung tinggi dalam memartabatkan semangat zaman dan kedaulatan rakyat. Umno Barisan Nasional terutama di negeri reformasi Selangor ini, akan diberi tentangan yang cukup sengit dalam sejarah kewujudan mereka. AMK Selangor bertekad untuk mengerah 100,000 anak muda Keadilan seluruh negeri Selangor untuk turun bertempur dalam perang demokrasi yang berat sebelah, namun kami yakin dengan sokongan rakyat , kezaliman Umno Barisan Nasional bakal dinafikan sekali lagi di Selangor ini, malah akan tumbang juga di Putrajaya nanti. Pertahankan Selangor, Tawan Putrajaya AZMIZAM ZAMAN HURI |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan