Anwar Ibrahim |
- [BANNER] Ceramah Perdana Dan Pengisytiharan Calon-calon Keadilan Selangor
- PR Selangor Yakin Sokongan Rakyat Tidak Berubah
- Anwar Dedah Arahan Tewaskan 3 Calon Pakatan
- Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim – NEGERI SEMBILAN
- [Video] Kempen Wanita PRU13: Tangan Mu
- Calon KEADILAN Setakat ini Disahkan Bertanding PRU 13
[BANNER] Ceramah Perdana Dan Pengisytiharan Calon-calon Keadilan Selangor Posted: 11 Apr 2013 01:33 AM PDT |
PR Selangor Yakin Sokongan Rakyat Tidak Berubah Posted: 11 Apr 2013 12:54 AM PDT Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus serta adil. Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor ketika ini dilanda 'Gelombang Biru' apabila program anjurannya dihadiri ramai orang. Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri. Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas. "Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN. "Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR," ujarnya optimis. Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran Umno-BN. "Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri, kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar," katanya. Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat tempatan. Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu. "Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan makan tetapi bila undi, ini cerita lain," ujarnya penuh yakin sokongan rakyat masih bersama PR. |
Anwar Dedah Arahan Tewaskan 3 Calon Pakatan Posted: 10 Apr 2013 10:23 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13. “Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara). “Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina,” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing. “Ada orang kata beri kepada beliau (Nurul Izzah) kawasan yang selamat. Saya balik berbincang dengan dengan dia, dan dia kata, ‘tidak papa, mereka adalah rakyat saya, saya akan pertahankan Lembah Pantai,” kata Anwar di hadapan kira-kira 4,000 hadirin hadir dalam ceramah di Bandar Tun Razak. Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu mengumumkan anak sulungnya bertanding mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13. Beliau juga mengumumkan calon-calon PKR yang bertanding di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di majlis yang berlangsung di sebuah padang bola sepak di Bandar Tun Razak. Selain Nurul Izzah, Anwar juga memperkenalkan empat lagi tokoh pemimpin PKR yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan. Parti itu mengekal calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 melainkan di Wangsa Maju. Bagi parlimen Setiawangsa, PKR mencalonkan Ibrahim Yaacob, anak bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 1973-1983, Tan Sri Yaacob Latif. Beliau pernah bertanding di parlimen tersebut pada 2008 tetapi tewas kerana terdapat undi pos di kawasan tersebut. Ibrahim bertugas secara sukarela di pejabat ketua umum sejak enam tahun lalu dan berkelulusan bahagian kewangan dari universiti di Amerika Syarikat dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat saham. Selain itu Anwar mengumumkan bekas menteri Datuk Tan Kee Kwong untuk bertanding di kerusi parlimen Wangsa Maju, menggantikan calon Wee Choo Keong yang keluar daripada parti dan menjadi calon bebas. Anwar juga mengumumkan Tian Chua mempertahankan kerusi parlimen Batu dan Menteri Besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon PKR mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak. Ditemui Malaysiakini selepas pengumuman tersebut, Ibrahim (kanan sekali) berkata beliau yakin untuk merampas kerusi Setiawangsa pada pilihan raya umum nanti. Katanya, sekiranya beliau dapat mendapat undi tentera sebanyak 5,000 undi, maka beliau yakin kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana, katanya, pada pilihan raya umum lalu, undi biasa memihak kepadanya melainkan undi pos sahaja. “Undi askar ada yang mengundi pos dan ada yang mengundi awal sebagai undi (seperti amalan) biasa. Jadi peluang menang, Insya-Allah kepada Pakatan Rakyat,” katanya. Menurutnya, peranan lima bekas jeneral tentera yang menyertai Pakatan akan membantu kemenangan beliau dan mereka mula menerima penerangan yang dibuat. |
Posted: 10 Apr 2013 09:53 PM PDT 13 April 2013 (Sabtu) 8.30 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat & Lokasi: Pusat Komersial Melang, Kuala Pilah Penceramah: ii. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas iii. YB Anthony Loke Siew Fook iv. YB Mohamad Taufek Abd Ghani v. YB Zuraida Kamaruddin vi. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin |
[Video] Kempen Wanita PRU13: Tangan Mu Posted: 10 Apr 2013 09:40 PM PDT |
Calon KEADILAN Setakat ini Disahkan Bertanding PRU 13 Posted: 10 Apr 2013 09:16 PM PDT Senarai calon KEADILAN akan dikemaskini setiap kali pengumuman dibuat dari semasa ke semasa. Berikut calon-calon yang disahkan bertanding:
1. Mohamed Azmin Ali
2. Datuk Saifuddin Nasution Ismail
3. Tian Chua
4. N Surendran
5. Fuziah Salleh
6. Nurul Izzah Anwar
7. Datuk Dr Mansor Othman
8. Rafizi Ramli
9. Dr Muhammad Nur Manuty
10. William Leong
11. Onn Abu Bakar
12. Dr Abdul Aziz Bari
13. Datuk Dr Tan Kee Kwong
14. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
15. Shamsul Iskandar Mohd Akin
16. Gooi Hsiao Leung
17. Dr Azman Ismail
18. Datuk Fauzi Abdul Rahman
19. Baru Bian
20. Murnie Hidayah Anuar
21. Ali Biju
22. Abang Zulkifli Abang Engkeh
23. Abun Sui Anyit
24. Roland Engan
25. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
26. Dr Meor Ahmad Isharra Ishak
27. Dr Lee Boon Chye
28. Mustafa Kamil Ayub
29. Zuraida Kamaruddin
30. Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein
31. Steven Chong Shiau
32. Mohd Hizwan Ahmad
33. Datuk Idris Jauzi
34. Rahim Ali
35. Datuk Johari Abdul
36. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina
37. Hassan Karim
38. Julailey Jemadi
39. Mohd Khuzzan Abu Bakar
40. Fariz Musa
41. Kamaruddin Chik
P118 Setiawangsa Ketua Staf Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dicalon semula
P044 Permatang Pauh Ketua Umum KEADILAN Pertahan kerusi
P140 Segamat Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Johor, bekas Menteri Kesihatan (1995-2004) Calon baru
P052 Bayan Baru Ketua Cabang Bayan Baru Adun Pulau Jerejak Pindah kawasan
46. Muhammad Bakhtiar Wan Chik P053 Balik Pulau Aktivis reformasi sejak 1998, Ahli Mjalis Perbandaran Pulau Pinang Calon baru
P107 Subang Ahli Biro Politik KEADILAN Pertahan kerusi
P159 Pasir Gudang Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor Calon baru
N21 Sungai Acheh Ketua Cabang KEADILAN Rembau Calon baru
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan