Jumaat, 26 April 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


BN Rembau belum umumkan projek mega di daerah ini untuk PRU 13

Posted: 25 Apr 2013 07:18 PM PDT




Sudah masuk hari ketujuh berkempen, namun kempen Barisan Nasional di Rembau agak muram dengan pengumuman projek-projek mega di daerah ini, tidak seperti kempen PRU-12 tahun 2008.

Semasa kempen PRU-12 tahun 2008 antara projek-projek mega yang dilaung-laungkan yang akan dibangunkan di Rembau ialah pembinaan hotel bertaraf antarabangsa dengan dewan persidangan, kampus UiTM Rembau, landasan pesawat kecil dan hospital Rembau.

Menurut seorang usahawan Sahrizal, anak muda dari DUN Kota, ramai rakan-rakan beliau di bandar sering bertanya kepada beliau apa perkembangan projek hotel bertaraf antarabangsa, UiTM, landasan pesawat kecil dan hospital Rembau, dijawab Sahrizal beliau sendiri tidak pasti kerana beliau kini terpaksa merantau mencari rezeki di Kuala Lumpur.

Sumber gambaran imaginasi Landasan Pesawat Terbang Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/bn-rembau-belum-umumkan-projek-mega-di.html

Projek kereta api laju KL - Gemas bermula
31 Jan 2008

Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
21 Feb 2008

Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.

Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
7 Mac 2008

Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.

Tiada ulasan: