Rabu, 24 April 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kempen Provokasi di DUN Rantau dalam Parlimen Rembau telah bermula

Posted: 24 Apr 2013 01:45 AM PDT






Laporan berikut dari laman web PKR N.Sembilan

Banner Provokasi mula dipasang di DUN Rantau

Laporan Polis telah dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR DUN Rantau terhadap banner-banner provokasi yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat di DUN Rantau

Sebelum ini telah berlaku tindakan membakar dan menurunkan bendera-bendera PKR yang di pasang di sekitar Taman Angsamas, Mambau.

Ini satu tindakan jahat dan tidak menghormati demokrasi.



DUN Rantau ialah tempat antara calon wanita PKR Aisah Lamsah menentang calon lelaki Umno Dato Seri Mohamad Hasan yang merupakan Pengerusi BN N.Sembilan.
 

Laman web PAS DUN Kota kini melebihi 8,000 pengunjung

Posted: 24 Apr 2013 01:29 AM PDT




24 Apr 2013 - Walaupun PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan DUN Kota sebagai sasaran utama untuk memenangi kerusi DUN tersebut dalam PRU ke 13 , namun laman sesawang PAS DUN Kota yang dilancarkan pada 3 April 2013 yang lalu, terus mendapat sambutan para pelayar internet dari seluruh dunia dengan jumlah capaian melebihi 8,000 pengunjung.

Jika sebelum ini laman ini dilayari oleh pelayar internet dari Malaysia, Amerika Syarikat, Rusia, Singapura, United Kingdom, Jerman, Arab Saudi, Brunei, Korea dan Jordan, kini ianya turut dilayari mereka dari Mesir dan Oman.

Laman web PAS DUN Kota, tiada isu-isu yang panas atau isu-isu sensasi, ianya hanya memaparkan isu-isu setempat yang diketengahkan oleh calon PAS DUN Kota iaitu Hj Ghazali Mohd Shom.

Teruskan memberi sokongan dengan mendapatkan berita-berita terkini PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) di http://pas-n28-kota.blogspot.com

Umno N.Sembilan dan Malaysia tumpu kempen di Paroi

Posted: 23 Apr 2013 08:29 PM PDT




Pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , PAS di Negeri Sembilan hanya memenangi satu kerusi DUN sahaja iaitu di Paroi dalam Parlimen Rembau. Hj Mohamad Taufek Abd Ghani pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan telah menewaskan calon Umno.

Kini dalam PRU-13 tahun 2013 , semua jentera Umno tertumpu di Paroi, untuk memastikan kemenangan Umno di Paroi.

Dato Seri Mohamad Hasan selaku Pengerui Barsian Nasional N.Sembilan dan juga calon Umno DUN Rantau yang begitu yakin Umno akan menang besar di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota tertumpu kempennya di DUN Paroi.

Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, calon Umno Parlimen Rembau juga begitu yakin akan mendapat undi yang banyak di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota, juga tertumpu kempennya di Paroi bersama bapa mertuanya Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Ini terbukti dengan berita-berita kempen di laman web http://n9kini.com , hampir majoritinya ialah di DUN Paroi.

Apa khabar pengundi dan petugas Umno di DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, DUN Lenggeng, DUN Pilah, DUN Johol, DUN Senaling, DUN Klawang serta lain-lain DUN seluruh Negeri Sembilan selain DUN Paroi?

Layari laman sesawang Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Jadual solat, ramah mesra, minum petang bersama calon PAS DUN Kota

Posted: 23 Apr 2013 07:15 PM PDT




1. Majlis Zikir bersama Ulama terkenal di DUN Kota 25 Apr 2013 (KHAMIS)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir ke Majlis Zikir bersama seorang ulama terkenal bukan sahaja di Negeri Sembilan, malahan di dunia Arab pada hari Khamis 25 Apr 2013 bermula solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid yang bersejarah di dearah ini. Semua muslimin dijemput hadir.
                     
2. Solat Jumaat bersama calon PAS DUN Kota 26 Apr 2013 (JUMAAT)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Pulau Mampat pada 26 Apr 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Asar, Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Pulau Besar atau Masjid Kariah Pulau Mampat.

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 6 ptg.

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Pulau Mampat pada Jumaat 26 Apr 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

3. Solat jemaah bersama calon PAS DUN Kota 27 Apr 2013 (SABTU)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Zuhur di Masjid Kariah Gadong dan solat Asar di Masjid Kariah Seberang Paya pada hari Sabtu 27 Apr 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Chengkau Ulu.

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 6 ptg.

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Chengkau Ulu pada Sabtu 27 Apr 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

4. Solat jemaah bersama calon PAS DUN Kota 28 Apr 2013 (AHAD)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Zuhur di Masjid Kariah Lubok China dan solat Asar di Masjid Kariah Sg Timun pada hari Ahad 28 Apr 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Kg Batu.  

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 4 ptg.

Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang akan diadakan pada Ahad 28 Apr 2013 jam 5 ptg di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Titian Bintangor, Lubok China, Rembau

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Penajis pada Ahad 28 Apr 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

4. Solat jemaah bersama calon PAS DUN Kota 1 Mei 2013 (RABU)

InsyaAllah, calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom akan hadir menunaikan solat Zuhur di Masjid Kariah Kota dan solat Asar di Masjid Kariah Seri Kendong pada hari Rabu 1 Mei 2013. Seterusnya akan solat berjemaah Maghrib dan Isya di Masjid Kariah Legong Ulu  

Sesi bertemu pengundi akan diadakan antara jam 3 ptg – 4 ptg.

Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang akan diadakan pada Rabu 1Mei 2013 jam 5 ptg di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Seri Kendong.

Ceramah Kelompok akan diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Legong Ulu (Rumah Undang Rembau ke 19) pada Rabu 1 Mei 2013 jam 9 mlm bersama calon PAS DUN Kota, calon PKR Parlimen Rembau dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Layari laman web PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com  , laman web Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Tiada ulasan: