PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Program Minggu Ini
- Najib perlu segera bubar parlimen, elak kekeliruan- Prof Aziz Bari
- Politik lucah taktik terakhir Umno lawan Pakatan Rakyat – Saifuddin
- PKR juga tolak tawaran siaran 10 minit RTM
- Pengumuman Bubar?
Posted: 26 Mar 2013 01:53 AM PDT CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT Tarikh: 30 Mac / Sabtu Masa : 9.00 - 12.00 malam. Tempat: Dataran Tok Dagang, Paroi. Penceramah: Artis Pak Long 'Sekali ada rindu'. Leman Raja Lawak. YB Manickavasagam. YB Taufek Abd Ghani YB Loke Siew Fook. YB Dato Kamarul Baharin Abbas |
Najib perlu segera bubar parlimen, elak kekeliruan- Prof Aziz Bari Posted: 26 Mar 2013 01:16 AM PDT KUALA LUMPUR 26 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membubarkan parlimen segera bagi mengelakkan lebih banyak kekeliruan khasnya di kalangan rakyat, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Ini kerana Dewan Undangan Negeri Sembilan kini menjadi DUN pertama terbubar secara automatik, sedangkan parlimen masih belum dibubarkan. Keadaan itu, kata Aziz, menyebabkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan 'terkial-kial' berhadapan situasi seperti itu. Semalam, Mohamad berkata, DUN Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada Khamis 28 Mac ini, sekiranya tiada pembubaran DUN berlaku pada Rabu, 27 Mac. Mohamad berkata, kerajaan negeri menggunapakai Akta Interpretasi 1984 dan 1967 bagi menentukan tarikh DUN dibubar secara automatik, di mana DUN di negeri itu kali pertama bersidang pada 25 Mac 2008. Bagaimanapun menurut Aziz, beliau hairan dengan keputusan itu, sedangkan perlembagaan jelas menyebut DUN akan terbubar sendirinya setelah genap tempoh lima tahun bersidang. "Saya berasa aneh tentang perlunya MB Negeri Sembilan merujuk kepada Akta Tafsiran 1967. Rujukan ini hanya perlu sekiranya ada kesamaran. "Tempoh lima tahun itu jelas disebut oleh perlembagaan, dikira dari sidang pertama dewan selepas PRU. Apa yang tak jelas disini? "Kita kena ingat perlembagaan mengatasi undang-undang lain; termasuk undang-undang bertulis bernama Akta Tafsiran 1967 itu. "Najib kena bubar cepat. Sebab kalau tidak akan keliru; dan Mohamad Hasan ini sudah terkial-kial. Kenapa Najib biarkan MB dia terkial-kial dan malu begitu?," soal bekas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa itu lagi. Mengulas mengenai penubuhan kerajaan sementara di Negeri Sembilan, Aziz berkata Yam Tuan Besar boleh melantik Mohamad Hasan semula sebagai menteri besar. Katanya, meskipun ia tidak dijelaskan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, istana perlu menunjukkan keprihatinan terhadap perkara itu bagi memenuhi amalan tersebut. "Kuasa itu ditentukan oleh Yamtuan; atau kalau di peringkat persekutuan Yang Di Pertuan Agong. Atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri kalau di negeri lain. "Yamtuan – atau Agong – perlu lantik kerajaan untuk memberi nasihat kepada baginda. Dalam bahasa biasa menjalankan rutin pentadbiran. "Ketua negeri atau ketua negara mesti sentiasa ada kerajaan untuk memberi nasihat. Ini tidak boleh dilambat-lambatkan," katanya ketika dihubungi. Secara prinsip, katanya, sesiapa sahaja boleh dilantik mengetuai kerajaan sementara ini. Ia katanya, menjadi amalan biasa di negara yang mengamalkan sistem kerajaan berpelembagaan atau westminster lain. Malah kata Aziz, tanpa penubuhan kerajaan sementara pun, pentadbiran negara atau negeri masih boleh dijalankan seperti biasa oleh penjawat awam sedia ada. "Saya fikir pentadbiran negara boleh berjalan macam biasa. Ketua Setiausaha Negara kan ada, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara pun ada. Apa yang susah sangat?," soalnya. Dengan kata lain, katanya, perdana menteri atau menteri besar boleh mengundurkan diri jika mandat yang diberi kepada mereka berakhir. Ini sekaligus mengelakkan sebarang salahgunakuasa, khasnya membabitkan jentera kerajaan ketika pilihan raya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48406 |
Politik lucah taktik terakhir Umno lawan Pakatan Rakyat – Saifuddin Posted: 26 Mar 2013 01:15 AM PDT PETALING JAYA 26 MAC: Penyebaran video seks fitnah melibatkan pimpinan KEADILAN taktik terakhir Umno BN berdepan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, taktik kotor itu terpaksa digunakan kerana Umno BN kehabisan 'umpan' untuk mengalahkan kekuatan Pakatan Rakyat. "Umno BN takkan pernah berhenti (sebar fitnah). Mereka tidak mampu lawan dari segi dasar, tawaran dan rekod pemerintahan. Mereka hanya boleh bergerak di atas penguasaan media perdana untuk membina persepsi hodoh rakyat terhadap pemimpin KEADILAN dengan menerbit video jijik dan tidak bermaruah. "Ajak debat tak nak, kita (Pakatan) buat manifesto, dia (Umno BN) tak buat. Kita lancar manifesto, dia lancar video," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini. Saifuddin mengulas pendedahan terbaru video lucah yang didakwa melibatkan pimpinan KEADILAN yang ditonton beliau bersama beberapa pemimpin parti. Menurutnya, video itu dipertonton kepada beliau oleh ejen Umno tiga hari lalu dalam kereta yang dipandu sekitar Kuala Lumpur. "Ada satu dua lagi video yang akan diberikan kepada kita. Setakat ini video dan gambar lucah melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. "Maklumat kita terima dari pelbagai. Berdasarkan pratonton, kita juga dapat maklumat ada video melibatkan Menteri Besar Selangor yang meragukan dalam pembikinan. Ini melibatkan sumber-sumber penting dalam Umno BN," kata Saifuddin. "Ejen tersebut beritahu saya, ada dua lagi (video pemimpin KEADILAN) yang akan diberi kita tengok. Ejen-ejen itu saya tidak pernah kenali, tetapi mereka seperti mengetahui banyak tentang video-video aksi dalam pembikinan," kata Ahli Parlimen Machang itu. Menurut Saifuddin lagi, video yang ditontonnya dalam kereta tersebut tidak memaparkan aksi lucah, tetapi hanya memberi gambaran aksi SX 18 dan imej gambar berkenaan dikaburkan. "Mereka tidak berniat untuk menayangkan video yang terang. Mereka mahu tunjuk asalkan ia nampak seakan-akan watak sebenar, itu sudah cukup buat mereka. "Mereka mahu kita terjebak dengan taktik tersebut, sebab itu kita maklumkan kepada rakyat tentang hal itu," katanya. – NS Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48416 |
PKR juga tolak tawaran siaran 10 minit RTM Posted: 26 Mar 2013 01:14 AM PDT PKR hari ini menolak tawaran Radio Televisyen Malaysia kepada parti pembangkang untuk menyiarkan manifesto mereka selama 10 minit di saluran tersebut. Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata parti tersebut menolak tawaran berkenaan yang dilihat sebagai "muslihat politik". "Tawaran siaran 10 minit itu satu penghinaan kepada pemikiran rakyat," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. "Menteri penerangan (Datuk Seri) Rais Yatim menggunakan tawaran ini untuk membuktikan (kerajaan memberi) akses bebas kepada media, tapi sebenarnya tidak," katanya. |
Posted: 26 Mar 2013 01:13 AM PDT |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan