PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Najib & Muhyiddin sibuk ke N Sembilan, kawasan sendiri terabai
- Teknik solekan boleh menyerupai Anwar sama seperti ‘Lincoln’
- Pakatan yakin menang 23 kerusi DUN Negeri Sembilan – AMK
Najib & Muhyiddin sibuk ke N Sembilan, kawasan sendiri terabai Posted: 17 Mar 2013 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR 18 MAC: Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas (gambar) hairan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin begitu gemar melawat negeri itu. "Kenapa Najib suka datang Negeri Sembilan, terutamanya Port Dickson? Ada kenangan silam ke?" seloroh Kamarul disambut ketawa hadirin. "Muhyiddin pun sama. Kalau tak silap, sudah enam kali dia datang ke Negeri Sembilan. Sedangkan kawasan sendiri pun belum tentu terjaga," kata Kamarul pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Rembau, Sabtu lalu. Tegasnya, BN tidak mampu merangka dasar untuk kesejahteraan rakyat, selain menabur wang dan janji termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua tahun ini. "Respon rakyat masih menolak Umno BN walaupun BR1M sudah diberikan. Kalau yakin menang pilihan raya umum, sudah lama mereka bubarkan Parlimen, tapi asyik tangguh," katanya. – SDQ Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47663 |
Teknik solekan boleh menyerupai Anwar sama seperti ‘Lincoln’ Posted: 17 Mar 2013 09:05 PM PDT (Oleh: Rusnizam Mahat) KUALA LUMPUR 17 Mac: Jika pelakon Daniel Day Lewis boleh disolekkan hingga wajahnya saling tak tumpah seperti Presiden ke 16 Amerika, Abraham Lincoln, apatah lagi dalam isu gambar menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, sama seperti gambar lucah terbaru mirip Anwar, teknik solekan penyamaran juga boleh dilakukan ke atas mana-mana individu untuk menyerupai ketua umum KEADILAN itu. Beliau berkata demikian mengulas isu gambar fitnah terbaru yang disebar blogger Umno, memaparkan individu mirip Anwar bersama seorang lelaki. Kata Rafizi, bukan sesuatu yang asing dalam industri filem Hollywood mengguna teknik solekan bagi menghidupkan watak dalam sesebuah filem, khasnya filem biografi. "Dengan special effect, make up dan teknologi baru dalam filem Hollywood, Lincoln dan Nelson Mandela boleh diklonkan. " Daniel Day Lewis, rupanya langsung tak sama seperti Lincoln. Solekan pada wajah, janggut, latihan berjalan dan lain-lain digunakan untuk menjadikan rupa dan pembawaannya sama seperti Lincoln. "Sudah tentu perkara yang sama boleh dibuat oleh mana-mana individu untuk menyerupai Anwar Ibrahim," "Kalau Hollywood boleh hidupkan semula presiden yang sudah mati, bukan lah satu mustahil, malah perkara yang mudah untuk menghasil individu seperti Anwar. Apatah ia dirakam dalam video pendek dan hitam putih yang kualitinya jauh lebih rendah," kata Rafizi. Persoalannya, kata Rafizi, berapakah kos yang dihabiskan oleh musuh politik Anwar untuk menghasilkan individu yang kelihatan sama sepertinya? "Sudah tentu ia memerlukan dana yang besar, disokong dan dibiayai orang tertentu. Dalam video fitnah pertama, ia dikeluarkan individu yang rapat dengan Umno dan Mahathir seperti Rahim Tamby Chik. "Memang ada bukti tokoh Umno memainkan peranan yang cukup penting untuk mengeluarkan video fitnah seperti ini," ujarnya menambah pelakon serupa digunakan seperti dalam video fitnah pertama yang dihasilkan di Thailand. Tambah beliau, tidak mustahil lebih ramai lagi pimpinan KEADILAN akan menjadi mangsa Umno, termasuk dirinya sendiri dengan penghasilan video seumpama itu. Bagaimanapun kata Rafizi, KEADILAN enggan melayan fitnah berkenaan kerana tumpuan kini adalah kepada isu melibatkan urustadbir negara. "Reaksi rakyat akan lebih marah lagi dengan video ini kerana rakyat tidak berminat dengan fitnah peribadi. Hingga satu peringkat ada pemimpin Umno sendiri meminta supaya menghentikan fitnah ini kerana ia menimbulkan kemarahan rakyat," "Umno hanya mahu kita mengalih usaha dan tumpuan daripada isu lebih besar seperti rasuah dan kerosakan pentadbiran negara," katanya. Dalam filem Lincoln, arahan Steven Spielberg, Daniel Day Lewis disolekkan oleh jurusolek, Lois Burwell yang pernah memenangi anugerah Oskar, dan ia bukan sesuatu yang baru dalam industri filem Hollywood. Di Malaysia, solekan penyamaran tidak kurang hebatnya. Ia pernah digunakan dalam filem-filem tempatan seperti filem Hingga Ke Hujung Nyawa yang menampilkan Erra Fazira sebagai seorang nenek berusia 78 tahun. Dalam filem terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd itu, teknologi solekan silikon diguna untuk menghidupkan watak Erra sebagai wanita tua. Manakala Cinta Kolesterol pula menggunakan medium latex atau getah khas untuk mengubah fizikal bekas Ratu Cantik Malaysia itu kepada gadis bertubuh gempal. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47605 |
Pakatan yakin menang 23 kerusi DUN Negeri Sembilan – AMK Posted: 17 Mar 2013 09:03 PM PDT REMBAU 18 MAC: Pakatan Rakyat yakin dapat menawan Negeri Sembilan berdasarkan kaji selidik dan maklumat akar umbi, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, kata Nazree Yunus. Beliau berkata, ia hasil gerak kerja Pakatan berpandu maklumat dari pemandu teksi, peniaga dan semakan laporan pegawai awam. "Kita ada berita gembira. Pakatan dijangka menang 23 kerusi. PAS dan KEADILAN tambah kerusi manakala DAP menang semua 11 kerusi yang disandang sekarang," katanya. Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Pedas Tengah, Rembau 16 Mac lalu. Negeri Sembilan ada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan hanya memerlukan empat kerusi lagi untuk menawan negeri berkenaan. Selain itu, Nazree berkata, hutang terkumpul RM1.4 bilion kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat menjadi bukti kegagalan pentadbiran Umno BN yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan. "Tokoh korporat jadi Menteri Besar jaga Negeri Sembilan. Tapi apa jadi apabila diperintah Umno BN?" katanya. Justeru, Nazree meminta rakyat negeri itu membandingkan pencapaian kerajaan Selangor yang memiliki rizab simpanan tunai RM2.3 bilion. Sebelum ini, media kawalan Umno BN pada Jun 2012 melaporkan Adun BN Chembong, Mohamad Rais Zainuddin mencadangkan supaya Mohamad Hasan digugur sebagai calon PRU 13. Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook pula pernah menggesa pejabat Peguam Negara menyiasat dakwaan Mohamad Hassan menyalur RM10 juta ke United Kingdom melalui perkhidmatan pengurup wang. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47643 |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan